Tuesday, July 5, 2011

Cecita

Hai kalian !
Okey,nak cecita sedikitlah mengenai apa yang jadi beberapa hari ni.

2 Julai haritu,ada larian 1 murid 1 sukan eh...yalah,toi la.
Ha ! Macam biasa,sebelum start lari tu kena beraerobik dengan Pn.Roz dulu.
Ergh,saya agak tak suka la.
You know how much i hate kinda stuff,right?
Jadi kenapa saya harus melakukannya?
Kenapa !?
Okey2,relax2.
Then lari-lari sambil berpegangan tangan bersama che sya.
Well,tak la jadi apa pun cuma nak cakap je yang semua tu memenatkan.

Then,lusa ada sukan pulak.
Punya la risau sebab tak participate dalam apa-apa pun.
Tiba-tiba,seperti membaca isi hati saya,cikgu memanggil ahli pengakap.
Akhirnya,saya terlibat jugak dalam kawad.
At last !
Tapi bila diamati balik,agak sakit hati la.
Kita seorang ja yang bersemangat untuk kawad,orang lain...buat dekk saja(ayat budak2 sekolah)

Lepas tu,minggu ni agak seronok.
Dapat 'bermain' hampir setiap saat dengan kawan baikku,
namun begitu...
panas baran sangatkah saya ni?
Asyik-asyik nak marah.
Kawan tak sengaja pun,dah merajuk.
Susah betul lah....

So,itu saja cerita saya.Agak kekeringan idea untuk mengarang.

p/s: Mintak maaf ye....

Tuesday, June 28, 2011

Hampa ni !

Whoa ! Sudah lama tidak ku post-post disini.
Agak teruja.Nah...tak pun.
Cuma,kinda busy lately.
Sorry....bagi sesiapa yang selalu mengread disini.
Well,beberapa bulan lagi tapi saya still tak melakukan preparation yang 'menyeluruh'.
Ish....agak risau ni.
chill2.

Okey,hari ini saya nak memperkatakan mengenai something.
Saya selalu pelik melihat kepada sikap manusia ni.
Mula-mula seseorang tu kelihatan bahagia dengan seseorang lain tu.
Kemudian bergaduh,maka belang sebenar terserlah lah.
Lepas itu,'pakat' lawan mengata.
Tulis di facebook,blog,etc...
Bukan nak kata la tapi agak menyemakkan page la.
Orang yang online tu bukannya tujuan dia nak melihat perlawanan 'manja hampa' tu !
Kacau !

Tidakkah anda sedar sifat itu seakan kebudak-budakan?
Dulu waktu 'hampa' dok bahagia,tak 'sedaq' pulak.
Sedangkan orang lain dah 'taw' dah ending di camana.
Bila orang cakap takmau dok 'dengaq'.
La ni,ha ! Baru sedar kan?
Manusia-manusia...

Tak ada lah,saya ni bukan apa.Tak ada niat pun nak memberatkan kepala anda-anda semua cuma nak menyentuh sikit la pasal benda yang berlaku di sekitar saya.
Kesimpulannya mudah saja,
-lain kali dengar orang cakap.
-Jangan selalu mengata orang.

Sekian,haha.
p/s: Minta maaf post kali ni agak mengarut.
Maaf andai terkasar bahasa.

Tuesday, June 7, 2011

Anak-anak disana


Pandangan sepi terhadap remaja zaman sekarang,tidak membawa sebarang makna.
Tindak tanduk mereka yang semakin entah apa-apa menguatkan lagi bukti bahawa mereka kian kritikal.
Jika dibandingkan dengan para remaja atau mungkin para 'pahlawan' di negara seberang,amat sukar sekali untuk mencapai taraf.
Adakah mereka kian kritikal atau sememangnya sudah kritikal ?

Minda diusung ke sana sini tanpa dipenuhi dengan ilmu-ilmu sebaliknya hanyalah pemikiran kotor dan gelap.
Memang benar bahawa,bukan semua remaja yang sebegini namun nampak gayanya seperti hampir kesemuanya begitu.
Fikiran mereka hanya tertumpu kearah keseronokan yang tidak kekal abadi.
Sungguh menyedihkan.

Sebaliknya buat anak-anak muda negara barakah yang sedang menaruh kebencian terhadap si Lanknatullah itu !
Mereka berjihad habis-habisan semata-mata untuk keselesaan,kepentingan generasi akan datang.
Baru sahaja melihat dunia,mereka sudah terpaksa melihat pertumpahan darah merah saudara-saudara mereka.

Pejuang-pejuang Islam dijadikan sebagai inspirasi,bukannya artis-artis atau selebriti-selebriti yang membawa kemudaratan itu.
Saban hari,anak-anak disini menatap facebook,twitter namun mereka disana terpaksa menahan kesakitan,sebak didada melihat ibu bapa diseksa,dibunuh.

Daripada peristiwa Perjanjian Balfour,ke tragedi 1948 hinggalah pula ke Perjanjian Camp David,mereka tidak pernah aman.
Tiada seinci pun tanah yang bertaraf 'merdeka' .
Hidup mereka dipayungi dengan ketakutan,kebencian,kesedihan,dan semangat jihad yang kian meninggi dari hari ke hari.
Bagi mereka,biarlah kaki dan tangan mereka hancur dek letusan bom,asalkan parut yang sudah lama berbekas di hati dapat ditebus.

Bertahun-tahun lamanya,puak laknatullah itu menjajah hidup mereka.
Sejak daripada zaman nenek moyang lagi,mereka terpaksa akur dengan arahan si tolol untuk pergi meninggalkan kampung halaman mereka sendiri.
Apakah itu wajar !?
Hidup mereka seperti burung di dalam sangkar,terperangkap diatas tanah air sendiri.

Bara api yang ditiup oleh para syuhada seperti Dr Abdullah Azzam,Iman Hassan Al Banna dan ramai lagi sememangnya pasti melekat di hati.
Kata-kata semangat,jasa dan sumbangan mereka hanya Allah yang mampu balas.
Namun begitu,apa yang diralatkan ialah masih terdapat pihak-pihak yang masih begitu naif hingga dijadikan boneka si celaka pihak rejim untuk memusnahkan masa depan anak-anak Palestin.
Walaupun mereka itu sebangsa,seagama namun kuasa wang dan hasutan syaitan ternyata lebih kuat.

Andai kata mereka rebah menyembah bumi,mereka akan dihadiahi sebuah hadiah yang indahnya tidak mampu dizahirkan dengan kata-kata.
Cuba kita imbas kembali,betapa kuatnya mereka,cekalnya mereka bangkit untuk melaungkan kalimah Allahuakabar.
Kita disini,masih sempat bergelak ketawa kekenyangan.
Hati masih tegar untuk tidak mahu melepaskan keberahian dunia ini walaupun untuk saudara-saudara Islam disana.
Bukan wang ringgit yang mereka dambakan namun iringan doa yang lahir daripada ketulusan hati.

Sanggupkah kita membiarkan anak-anak kecil disana dibunuh dengan sadisnya hanya kerana melontarkan batu untuk mempertahan nasib bangsa ?
Sanggupkah kita melihat anak-anak muda disana melihat darah ibu bapa mengalir keluar membasahi bumi?
Renung-renungkan lah....















Sunday, June 5, 2011

Holiday

Banyak betul perubahan yang telah berlaku kat diri saya sepanjang cuti ni.
I'm not quite sure what type of changes but i do sure,something change in me.
Tetapi,I kinda like perubahan tu.Ngeh.
Entah lah,cuti kali ini memang menenangkan dan merehatkan minda dan jiwa.
Walaupun,kerja bertimbun tetapi semuanya nampak mudah sahaja.

Thanks to dia sebab kehadiran dia menjadi sumber inspirasi.
Thanks to dia sebab dia menceriakan hari-hari yang dipayungi awan komulus.
Thanks to dia sebab membawaku belayar ke dalam hari yang bewarna-warni.
Thank you so much !

Kadang kala,lari daripada rutin harian mampu menjadi satu perkara yang baik.
Big exam makin datang,biarlah.!
Rehat sehari saja,takkan tak boleh?
Kita enjoy je cuti ni....tapi enjoy dengan cara yang baik la.
;D

psss: Dia tu bersifat umum*

Sunday, May 29, 2011

Seribu satu keindahan Pulau Payar

"Hembusan angin laut yang segar,panorama laut ciptaan Allah yang biru kehijauan,batu batuan besar terdampar di tepian pantai sesungguhnya menambat hati"

Selama 3 hari 2 malam,saya telah mengikuti kem ke Pulau Payar anjuran sekolah.
Perjalanan yang memakan masa 4 jam itu sememangnya berbaloi.
Setelah diberi taklimat oleh cikgu,kami pun bergerak ke gate a untuk menunggu bas.Punya la lama tunggu bas,sambil tu saya dan kawan pun baring2 dan bersembang di atas pondok.

Beberapa jam selepas itu,bas pun sampai.Cepat2 saya meletakkan beg dan memilih tempat di belakang sekali.Perjalan dari sekolah ke jeti kira kira satu jam.
Setibanya disana,kami terpaksa menunggu 2 jam pula untuk feri.Sempat la tengok marimar.

Orang lelaki terpaksa mengangkut semua peralatan masuk ke feri dan kami pula kena angkut beg orang-orang lelaki.Terpaksa la..dah la berat !
Lepas tu,pakat pilih tempat masing-masing.Dalam feri,orang tu buka cerita hantu kak limah,layan jelah.Sempat la sembang dengan pengetua.Pengetua prepare banyak gila plastik,takut termuntah.

Lepas 45 minit tu,kami sampai.MasyaAllah,cantik tersangat-sangat lah tempat tu.
Memang tak terucap tengok tu.Mulut tak henti-henti mengucap kalimah Allah.
Usainya penyerahan pelajar,cikgu yang mengambil alih kami tu pun bagi taklimat sedikit sebanyak.

Kami ditempatkan di atas sebuah gazebo di tepi laut.The view was so stunning !
Pada sebelah malam tu,kami ada ceramah dan kerja berkumpulan sampai pukul 2 pagi.Sambil dok bincang kerja tu,cikgu-cikgu sempat lagi berkaraoke.Dah la pasang stereo kuat.Satu pulau tu boleh dengar.Serius ! Bukan cikgu je berkaraoke,budak-budak pun sekali.
Nasib la saya ni tak berapa tahu menahu sangat macam mana nak berkaraoke,oleh yang demikian saya pun dok senyap jelah.
Ketua kumpulan dah semakin layu,jadi dia pun dengan lajunya cuba menghabiskan kerja tersebut dan akhirnya siap jugak.Bravo2 !

Kami berjaya menghabiskan kerja setengah jam sebelum dan kami pun pulang ke tempat tidur.Punya la pesat dengan beg-beg manusia.Saya sampai tak ada tempat nak tidur.Ngantuk punya pasal,saya tidur lah kat mana-mana yang boleh pun.Pukul 5 pagi tu kena bangun pulak.
Bangun-bangun terus pergi ke bilik air nak berus gigi dan ambil wudhu.Siap semua tu,kami dipanggil untuk berexcercise.Kami excercise kat tepi laut tu.Lepas excercise,kami main game cari kasut sendiri.Kasut saya tu tak exclusive,so ramai la guna kasut yang sama.Jenuh mencari.First2 ambil,tu kasut orang lain.Second tu pi cari balik,ramai orang tersilap ambil kasut.Stokin saya pun merata tempat.Punya la cari,cikgu-cikgu sempat lagi gelak kat orang.
Akhirnya jumpa jugak.Tapi best oooo....

Lepas main-main,kami dijemput makan.Breakfast la...memang menu dia menepati citarasa.
Lepas tu,kami snorkeling ! Whee....sebelum tu,cikgu bagi la taklimat sikit-sikit.Kami bersiap-siap dengan life jacket apa then cikgu ajar cara-cara nak bersnorkeling.Kena baring atas pantai waktu belajar tu.Habis pasir masuk mulut.Lepas tu,kami kena bergerak macam penyu masuk ke dalam laut.Mula2 tu,memang tak reti gila.Sampai tiga orang cikgu kena ajar macam mana nak menyelam.Sat sat air masuk mulut la,hidung la.Badan tak seimbang la.Last-last tu boleh jugak.Swim la ke pelampung biru yang jauh tu.Sambil tu dok menyelam tengok ikan.Banyak gila ikan ! Sea cucumber pun ada. Amat menakutkan tapi comel.
Sangat best,boleh swim dengan ikan-ikan.Ikan yu pun ada !
Lepas penat swim,berenang la balik ke pantai.Kat situ,dok main la dengan kawan-kawan.Bagi ikan makan.Syok habis !

Lepas tu,kami semua pergi pula jungle trekking.Redah habis hutan kat situ.Ada anak tangga la.Punya la banyak dan penat naik turun tangga tu.Sampai kat puncak tu,kami tengok sea view.Whoa ! Dengan anginnya.Lepas berjungle trekking,kami sampai di sebuah pantai di pulau tu jugak.Kena bersnorkeling lagi ke Langkawi Coral. Tengah-tengah dok swim tu tiba-tiba badan jadi tak seimbang.Cuak dah.Tarik la sapa-sapa pun.Dalam masa yang sama,kaki pulak jadi krem.Kacau....kakak kakak tu dok jerit-jerit panggil abang tu suruh tolong.Tiba-tiba,ada seorang abang ni datang dan terus menarik jaket keselamatan ku dan menarik ku ke tempat itu.Dia langgar habis orang-orang yang tengah swim tu. Saya la yang kena sepakan manusia2 tengah berenang tu.Punya laju dia bawa,sampai air pun dok kira keluar masuk mulut.

Sampai atas tu,saya pun tengok la ikan-ikan bawah laut tu dalam satu tube ni.Okey,menarik.Lepas tu,nak balik ke pantai tu,ada cikgu ni bawa.Kami bersambung-sambung,pegang jaket orang-orang.Cikgu dok depan tarik kami semua.Kami cuma baring je atas air tu.Best gila !

Malam tu,ada ceramah lagi.And kena buat presentation.Lawak sangat.Setiap kumpulan kena buat trademark,nama kumpulan,logo,moto dan ikrar.Sampai kat kumpulan kami,saya yang kena cakap.Malu gila ! Group kami dapat 3 je tepukan.Si penghulu la bagi tu.Haha !
Lepas tu cikgu bagi kami tengok gamat,sea cucumber,dan landak laut secara dekat.Saya kena paksa pegang sea cucumber tu.Dah la besaq,hitam,lembik pulak tu.Mula-mula tu takmau la tapi kena paksa.Pegang la jugak.Waktu gamat tu,saya lari dulu.Tak sanggup nak pegang.

Esok tu,hari last.Bangun macam biasa,lepas tu excercise dan main sikit.Excercise dia punya la lawak.Main game gajah.sangat-sangat best dan lawak.Ada ujian imbangkan badan,dan saya fail.hahaha! Game perempuan lawan lelaki pun ada.Macam biasa,lelaki selalu menang.
Lepas tu,makan dan kami dibenarkan pergi bersnorkeling lagi.Saya mandi sekejap ja air laut tu.
Lepas tu ada aktiviti ikan baja.Silap tukar baju awal-awal.Habis bau ikan.
Kami kena asingkan ikan-ikan dalam baja tu.Bau punya la busuk.
Habis tu,kami siap-siap barang apa semua dan sedia untuk balik.

Balik tu of course la dengan feri.Dalam feri tidur je semua.Lepas tu balik dengan bas and sampai sekolah.Habis...
Kesimpulannya,sangat sangat sangat lah best ! Berbaloi jugak pergi sana tu.

Bayu tiupan anginnya menghempas setiap rongga badan,airnya yang jernih membasahi kulit,pasirnya yang berkilau,bintang-bintang menyinari malam yang gelap,hempasan ombak bermain di telinga.Satu kenikmatan yang Allah telah kurniakan,sesuai buat si hamba yang rindukan keindahan alam.
Tidak disangka,pemandangannya yang cantik itu berjaya menggamit hati dan perasaan setiap insan yang menjejakkan kaki disitu dan saya tidak terkecuali.

p/s: Minta maaf,gambar tiada.Tak ada camera pula nak bergambar.

Saturday, May 21, 2011

Baiklah para pembaca sekalian,post ini agak tak penting.
Saya cuma nak anda tahu bahawasanya post baru tidak dapat diterbitkan buat masa sekarang.(Ocehh)
Oleh yang demikian,seribu kemaafan saya pohonkan.
Buat masa sekarang,i'm kinda busy with mid year exam.So,agak tiada masa untuk memerah otak membikin entry baru.
Walaubagaimanapun,selepas semua ini tamat,akan saya kongsikan beberapa cerita atau post bernas bersama anda.
:D

*Saya tahu saya agak terPerasan,kononnya anda suka mengread my belog ni.huhu
Tolonglah doakan agar saya mendapat result yang baik untuk exam kali ini.
Terima kasih daun kari untuk anda !

Wednesday, April 27, 2011

Buddy

Bukan mudah bagi saya untuk menemui kawan baik.Kawan tempat saya bercakap setiap hari.
Jika dulu saya pernah menyatakan bahawa kosongnya hati saya,namun hari ini saya sudah membuat keputusan untuk cuba membuka segenap ruang di dalam hati.

Ketika persahabatan kami dipandang orang,pasti begitu banyak spekulasi akan dibentang.
Namun,jika ingin dilawan..manakan mampu.
Walaubagaimanapun,dialah kawan baik dan terbaik yang saya ada.

Mungkin disebabkan oleh perbezaan jantina,kami dipandang pelik akan tetapi saya tidak menghiraukan semua itu asalkan saya masih lagi berada di atas laluan betul.
Kadang kala saya berkelakuan serius dengannya,dan kadangkala juga saya menjadi agak kebudak-budakan.
Namun,tidak pernah sekali pun saya terdengar atau mendengar keluhan dan cemuhan daripadanya.

Kalau ingin diikutkan,saya mempunyai ramai kawan dan kawan-kawan saya semuanya baik-baik belaka akan tetapi,untuk mencari yang terbaik..sukar sekali.
Saya tidak begitu pasti...apakah dia akan menjadi satu-satunya orang yang akan tetap menjadi sahabat baik saya namun,saya amat pasti bahawa buat masa sekarang dialah yang TERBAIK !

THANK YOU,BUDDY

Thursday, April 21, 2011

Cantik

Assalamualaikum para pembaca sekalian.
Hai,bertemu kita pada kali ini (walaupun hakikatnya,anda tidak bertemu dengan saya pun)
Pada hari yang indah ini,bakal saya memperkatakan mengenai kecantikan.

Saya sering tertanya-tanya mengapa orang hanya memandang sesuatu rupa itu cantik dan sesuatu rupa lagi hodoh.
Apakah definisi cantik itu sebenarnya?
Mengapa hanya sesetengah orang sahaja yang terpaksa menerima kritikan tersebut?
Apakah ciri-ciri yang mampu melayakkan seseorang itu menerima pujian sebegitu?

Selalunya,masyarakat hanya melihat kecantikan itu berdasarkan rupa fizikal yang dimana kadang kala itu tidaklah secantik mana di mata orang lain pun.
Kecantikan rupa paras selalu sahaja mengatasi keindahan ketulusan hati.
Mengapa semua ini berlaku ?
Ramai orang sudah patah hati,kecewa kerana telah menyalah tafsirkan kecantikan yang sebenar,

Kecantikan yang sebenar itu merupakan anugerah dan ujian daripada Allah.
Jika ditanyakan mengapa hanya beberapa orang sahaja yang layak menerima pujian sedemikian,tiada jawapan baginya kerana KECANTIKAN ITU BERSIFAT SUBJEKTIF.
Manusia merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan Allah.
Punya pancaindera,akal fikiran,hati dan perasaan.
Semua orang itu cantik.Tiada seorang pun yang terlepas.

Namun,seringkali manusia lupa.
Lupa bahawa kecantikan itu juga merupakan ujian disamping anugerah.
Lupa untuk mengucapkan kalimah ALHAMDULILLAH atas apa yang diciptakan Allah Yang Maha Esa.
Sering saja manusia kufur,tidak bersyukur dan tidak sedar dengan nikmat kurniaan Allah.
Menambah sana dan sini,melaram berlebih-lebihan.
Untuk apa semua itu ?
Untuk mengagumi orang lain.
Hanya kerana itu...
Pada akhirnya,apa yang mereka dapat?
Banyaknya keburukan..

Berbalik kepada topik hari ini,kecantikan itu adalah bersifat subjektif iaitu pandangan atau penilaian seseorang terhadap sesuatu dan pandangan itu berbeda-beda bagi setiap orang.
Dengan takrifan sebegitu jelaslah menunjukkan bahawasanya manusia mempunyai penilaian masing-masing terhadap sesuatu perkara.
Tidak semua melihat kecantikan itu seperti di mata kita.
Akan tetapi,itu bukanlah menjadi penghalang bagi kita untuk hanya memandang kecantikan rupa fizikal itu sehinggakan lupa kepada budi pekerti,keluhuran hati seseorang.

Dalam memilih sahabat,budi pekerti itu amatlah penting untuk diambil kira.
Bukan hanya memandang kepada wajah yang dikatakan sebagai "lawa" kerana semua itu tidak menjamin kepada kebahagiaan hari kelak.
Apabila kita bersahabat,keikhlasan hati yang menjadi pengukur bukan wajah.
Oleh yang demikian,luaskan lah pemikiran anda akan makna kecantikan itu.
Saya tidak layak untuk mengubah persepsi anda tetapi ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa CANTIK ITU ADALAH SATU PERKARA SUBJEKTIF,tidak hanya terhad kepada keindahan wajah.

Sekian.

Monday, April 18, 2011

Si Pemukau Mata


Hati terasa kempunan ! mengidam ! segalanya untuk kau...
Oh,bilakah aku boleh menyentuh-nyentuh badanmu itu....
melilitmu menggunakan strap di leher ku ini...
menerjah segala sistem aplikasi mu...
Jiwa ini tidak bisa untuk mengutuskan mana yang lebik baik untukmu,
Hitam kah putih kah merah-putihkah atau kuning semata-mata
Sedang orang lain berlumba-lumba untuk memiliki si dslr,
jiwa ku masih dengan kau.
Walau sekuno mana sekalipun engkau,minda ku masih kuat kepinginkan untuk belayar bersama-sama denganmu.
Flashmu yang memukau pandangan,
Badanmu yang menarik perhatian...
Segala-galanya kamu !
Holga !!! Kau akan datang kepada dakapanku !!


(Cik Holga 135bc)



Lihatlah bahan-bahan kumuhan si Holga...


cool isn't it?

Wednesday, April 13, 2011

Life Path


Satu soalan tiba-tiba muncul di fikiran saya dan jawapannya masih belum ditemui.
Soalannya berbunyi begini,Apakah hala tuju sebenar hidup kita?
Setiap hari kita melakukan langkah menuju ke hadapan dengan harapan masa depan kita cerah.
Namun apakah kita pernah terfikir,masa depan bagaimanaka
h yang kita berlumba-lumba untuk kecapi itu?
Adakah masa depan itu hanya terhad kepada memiliki pekerjaan yang baik,suami/isteri yang baik,rumah-rumah yang besar...?
Apakah kayu pengukur bagi masa depan yang CERAH itu?

Adakah hidup kita semata-mata hanya untuk berjaya di universiti,mempunyai pekerjaan yang baik,hidup mewah dan selesa?
Selepas semua itu,apa lagi yang ada?
Atau maksudnya lebih daripada itu?

Setiap hari,kita pergi ke sekolah..pulang dari sekolah.Untuk apa? Orang kata untuk menimba ilmu.Tetapi setakat mana sangatlah niat kita pergi ke arah itu?
Andai kata benar objektif utama pergi ke sekolah itu adalah untuk menimba ilmu,mengapakah ilmu itu tidak dipraktikkan dalam hidup? Mengapakah masih ramai manusia di luar sana yang bertindak tidak seperti orang yang terpelajar?
Adakah hanya dengan pergi ke sekolah,masa depan kita akan terus menjadi cerah?

Saya yakin dan percaya,pasti terdapat maksud lain yang lebih utama kita hidup di atas bumi Allah ini.
Bukan hanya untuk menikmati penggoda-penggoda dunia ini,ianya lebih daripada itu !
Begitu sempit sangatkah pemikiran kita kerana menjadikan perkara-perkara duniawi sebagai sasaran dalam hidup?
Tidak,kita tidak terlalu bodoh untuk mensia-siakan hidup untuk itu.

Jadi,apakah hala tuju kita yang sebenar dalam hidup ini?
Tolonglah,soal diri kita,fikir-fikirkanlah,muhasabah diri.
Saya tak mahu kita begitu mudah mempersiakan masa kita di dunia ini.

Friday, April 8, 2011

Rezeki Di Tangan Tuhan

Manusia tidak pernah terlepas daripada mempunyai keinginan.Nama pun manusia,kalau boleh semua benda mahu.Akan tetapi,rezeki itu semuanya di tangan Allah.
Apa yang dikatakan sebagai rezeki itu ialah kebaikan yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya.Oleh itu,Dialah yang Maha Kuasa memberi rezeki kepada kita.

Kadang kala kita lupa,dari mana kita perolehi ni'mat dunia.Kita fikir,semuanya datang bergolek-golek hasil daripada titik peluh diri sendiri.Pabila kita gagal memperolehi sesuatu keinginan,hati meronta-ronta menginginkannya.Wahai saudara-saudari,ketahuilah bahawa Allah itu Maha Kuasa,Maha Mengetahui,Maha Penyayang dan Maha Adil.Sekiranya Dia tidak memberi sekarang,pasti terdapat sesuatu yang jauh lebih baik yang bakal kita terima kelak.

Memang benar bahawa Allah yang menyusun atur rezeki,qada' dan qadar kita namun Allah juga menyuruh agar kita berusaha.Oleh yang demikian,gandakanlah usaha seiring dengan doa yang tidak putus-putus dan janganlah berputus asa sekiranya doa tidak dimakbulkan.

Sedar tidak sedar,Allah menurunkan rezeki kepada kita setiap hari bahkan hampir setiap minit.Mengapa kita mudah sahaja alpa akan pemberianNya? Ketika kemahuan tidak dipenuhi,segala maki hamun tersembur keluar dari mulut.Ketika kemahuan dipenuhi pula,hati meloncat-loncat melupakan Yang Maha Kuasa.

Seharusnya sebagai seorang hamba Allah,kita seharusnya mengucapkan kalimah alhamdulillah tanda kesyukuran.Bukannya,melompat-lompat,meraikan kejayaan dengan gejala maksiat.
Manusia-manusia....sedarlah.

“Rasulullah bersabda: Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitanya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka” Hadis yan diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas.

Friday, April 1, 2011

Terima Kasih

Kelopak mata terbuka,mulalah titik perjalanan untuk mengharungi dunia.
Oh tidak,masih belum tiba masa untuk keluar berjuang !
Suara tangisan mengisi ruang,seorang insan menghampiri membawa pengubat hati.
Siapakah dia ?
Badan diangkat-angkat untuk menegakkan tulang-temulang.
Detik berlalu,tubuhku kini teguh berdiri.
Apakah langkahku selepas ini?
Kaki digerakkan-gerakkan dan dibiarkan untuk membuat langkah.
Oh,inilah yang dikatakan berjalan.
Setiap hari,hanya wajahnya yang menyapa diriku.
Diajarku untuk berkata-kata.

Pulangnya dari sekolah,makanan sudah siap terhidang.
Bau makanan mencucuk hidung,mencengkam hati.
Arghhh...mengantuknya.
Tubuh kecilku diusung ke sebuah ruang dan dibaringkan.
Sejuk yang melilit tubuh,kini hilang di dalam kehangatan pelukan seorang insan.

Tahun demi tahun,
Membesar menjadi seorang remaja,
Saban hari menerokai,menjelajah benda baru.
Jiwa baru mula menguasai diri
Nak itu,nak ini !
Hati memberontak,mata menjeling,tangan memukul-mukul demi untuk memiliki satu benda
Namun,sentuhan lembut seorang insan mudah saja mencairkan gelegak api terselit di dalam kalbu.

Langkah demi langkah,
Tibalah masa untuk berjumpa dunia.
Minda dibawa melayar bersama-sama kelazatan dunia.
Oh hi kawan !
Apabila kawan menjadi musuh,
muka menyuram seribu satu kemuraman,
Sedikit kata-kata seorang insan berjaya mematahkan hari yang kusam.

Uhuk* Uhuk*
Badan yang penat direbah ke atas tilam,
wajah berkerut,tangan tidak berhenti-henti melegakan kesakitan.
Namun masih kuat menjagaku.
Eh,mengapa hati ini merasakan satu kerisauan?

Siapakah si dia?
Insan yang selama ini tidak mengenali rasa penat dan lelah
menjaga,mengambil berat,menyayangi diri ini.
Oh tolonglah jangan meninggalkan diriku,
Sesungguhnya jasad ini tidak akan mampu mengharungi ranjau dunia.

Ibu,sesungguhnya engkaulah insan yang akan tetap utuh terukir di dalam hati,kini dan selamanya.
Andai diri ini berlalu pergi,meninggalkan dirimu dahulu...
hanya satu ku pinta,Maaf dari mu.

Mungkin sebelum ini,tak pernah ku sedar kasih sayang yang dicurahkan,
tapi kini semuanya dah berubah.
Ibu,i just want you to know
Loving you is like food to my soul
And no one else can do what you have done for me
Terima kasih ibu !



Monday, March 21, 2011

Local Drama

Hello ! Assalamualaikum semua !!
Dah lama rasanya tak mengupdate belog tersayang ni.
Baiklah,disebabkan semua dah bertimbun-timbun entry yang mereka dah post...saya pun nak post jugak lah !
Hari ni saya nak cakap soal cerita TEMPATAN !!!

Bagi peminat local film,mesti la anda-anda akan kutuk apa yang saya nak sampaikan ini.Ini bukan atas tujuan untuk mengutuk ya.Cuma,nak sampaikan apa yang saya lihat lah.

1) Kebanyakan drama-drama kita ni selalu buat berkisar dunia korporat.Saya pun tak faham kenapa orang kita suka dunia korporat karat ni. Dah tu pula,mesti ada konflik dalam syarikat dimana berlaku perebutan kuasa.Lepas tu pula,mesti ada pihak jahat yang mahu takhta syarikat tersebut kemudian mereka tu buat jahat bila tak puas hati dengan orang lain.Aduh duh duh...!!

2) Anak orang kaya jatuh hati dengan anak orang sederhana.Tetapi mak ayah anak orang kaya tu tak restu pulak sebab nak jaga nama lah,katanya.Cinta terpisahlah kononnya. Selalu yang nak rosakkan hubungan tu mesti si emak.Kenapa ya? Tak adil....

3) Selalu ada adegan yang dimana berlaku situasi tembak menembak lepas tu bunyi satu tembakan. Tapi siapa yang kena tembak tu ? Si jahat ke si baik ? Jawapannya mestilah si jahat.Kemudian the end.Steriotaip...

4) Watak orang kaya selalunya mesti kaya tersangat-sangat. Pergi melancong situlah,sinilah.Kalau yang miskin tu,miskin tersangat.Sampai nak makan pun tak cukup. Kemudian penggunaan perkataan macam 'daddy','mummy','i','u'....
Bukannya tak boleh tapi selalunya untuk watak yang kaya je guna perkataan-perkataan macam tu.Tukar la sikit,muak dah.!

Haha...macam-macam betul ! Setakat dulu lah kot.Takut kena saman pulak kalau cakap lebih2.lol.



Thursday, March 10, 2011

Lets Explore The World !


5 Mac yang lalu,teman ada la join dengan ini kem yang diberi nama Kem Eksplorasi Rimba 2011 di Kem **** ********.
Sebenarnya kem ini khas untuk para pemimpin sekolah sahaja contoh macam ketua kelas or penolong ketua kelas or penolong kepada penolong ketua kelas atau penolong kepada penolong kepada penolong ketua kelas.
Saya bukanlah seorang pemimpin(jenis pemimpin yang dinyatakan di atas) tapi apakan daya,hati ini terlalu galak untuk menyertainya.

Al kisahnya bermula begini,saya bangun seperti biasa saya selalu bangun untuk pergi ke sekolah. Semua orang tengah nyenyak melayar mimpi lagi (maklumlah,cuti katakan) namun saya sebaliknya.
Tubuh ini tidak pernah mengeksplor alam-alam rimba ini.Manakan tidak,asyik terperap di dalam rumah sahaja.Tidak pernah keluar ke dunia luar.
Terasa seperti ingin melompat-lompat saja,tetapi takut nanti dilabel sebagai orang gila pula.!
Maka,simpanlah keseronokan ini dalam hati.

*

Melangkah kaki keluar ke rumah dengan kaki kanan perlahan-lahan.Disambutnya handle basikal dengan penuh sopan dan santun.
Naiknya atas basikal itu,shhhhhhh.....(bunyi angin menghempas badan).
Seronoknya menghirup udara pagi.!
Tibanya di sekolah,"awat ramai sangat kat sekolah?Salah hari ke ni?"
Intai-intai dalam sekolah,ohhh...tak silap hari.

*

Berkumpul di stadium mini. Whoa ! Macam semut.Betapa ramainya manusia.
Tunggu punya tunggu,cikgu dah habis menyibukkan diri dengan persiapan,maka mereka pun arahkan kumpulan sekian-sekian menuju ke bas.
"Inilah masa yang ditunggu-tunggu".
Naik-naik atas bas,semua berkelakuan seperti tidak pernah naik bas (saya seorang saja kot macam tu).

*

Selepas 20 minit berlalu,sampailah di kem tersebut.
Turun-turun bas,ohhh...inilah kem itu.!
Cikgu-cikgu bawa kami bersantap pagi di sebuah kantin ini.Makanannya baik-baik sahaja.
Tunggu lah kumpulan seterusnya untuk tiba.
Apabila semua orang sudah ada,mereka mengadakan satu sesi taklimat.
Hati kian melonjak-lonjak.

*

Tempat pertama yang diredah ialah ladang getah. Erk,ladang getah ? Getah pun getah lah,first time masuk ini. Cantik juga apabila diamati lama-lama. Punya la jauh perjalanan dalam ladang getah tersebut. Kaki semakin lama makin lemah. Tolong ! Tak terdaya dah !
Lepas tu buat apa tah,hah ! Kemudian kami masuk dalam hutan sekejap.Hutan kecil-kecilan saja.
Then,tiba la di check point pertama.Check point itu di bukit bukau. Wahhh....! Cantik sungguh bukit itu.Saya tak berapa pasti apa yang cantiknya tapi memang cantik. Permukaan bukit tu sungguh luas. Kami terpaksa lah mendaki sedikit tetapi apabila sampai di atas puncaknya,sekali lagi macam semut !

Lepas beristirehat,bergambar-gambar maka kami pun meneruskan perjuangan. Dituruninya bukit kecil itu kemudian bergerak merentas jalan-jalan kampung. Serius,bahan kumuhan lembu bertaburan merata-rata di atas jalan.
Memang membangkitkan lagi suasana kampung itu. Seronoknya.! (Saya maksudkannya)
Kemudian sampailah ke part yang ditunggu-tunggu,hiking !
Didakinya bukit itu dengan rasa takut akan pacat dan haiwan sewaktu dengannya.
Daki punya daki,tibalah di satu check point ni.Semua orang kalut mengambil gambar,becerita-cerita.Tetapi selepas jemu melakukan semua itu,semua bertanya,"kenapa kita berhenti di sini?".
Kemudian mereka suruh kami turun balik dari bukit itu. Alah...mengapa begitu? Saya mahu ke puncaknya !

*

Kami menyambung perjalanan meredah kampung-kampung,kemudian kami redah pula sawah bendang yang kering kontang.Namun apa-apa pun,peristiwa baru bagi saya yang tidak pernah sekalipun meredah bendang. Cantik sangat !
After that,kami pun terus our journey pulang ke kem.Perjalanan itu memerlukan kami meredah ladang getas sekali lagi.Keluarnya daripada ladang getah itu,semua bersorak kegembiraan seperti sudah seminggu sesat di dalam hutan.

*

Cikgu melayan kami dengan makanan tengah hari kemudian kami berkumpul sekali lagi untuk tunggu bas.Malangnya bas kumpulan kami terpaksa pulang lewat akibat ketidakcukupan bas.
Akan tetapi,pengalaman meredah segala flora-flora ini amatlah menyeronokkan.Pengalaman pertama dude !

*

Itulah keindahan ciptaan Tuhan. Walaupun kelihataan hijau sahaja namun jika diamati baik-baik ciptaanNya,terselit kecantikan dan keindahan.
Allah Maha Besar ! Allah Maha Kuasa !
CiptaanNya tiada tandingan. Tiada kuasa yang setanding dengan kuasaNya.

*

"(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi.Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu,dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.(Surah Al-An'am : 101)



(Sedikit foto untuk santapan penonton)








P/S: Terima kasih untuk Cik Z.H untuk foto-foto ini.

Friday, March 4, 2011

Ayuh Kita Bangkit !!!


Ramai orang masih mencari-cari gaya hidup yang betul.Bagaimana untuk menguruskan hidup dengan baik tanpa cacat celanya.
Tapi mereka tidak sedar,bahawa jawapannya sudah terang terangan di hadapan mereka.
Mereka hanya perlu berusaha sahaja untuk mendalami dengan lebih dalam.

Jika gaya hidup berlandaskan nafsu dan bisikan syaitan menjadi pilihan,itu bukanlah gaya hidup yang tepat.Kerana bisikan nafsu dan syaitan itu tidak membawa apa-apa melainkan kemungkaran.

Islam itu merupakan satu agama yang berkait rapat dengan kehidupan.Selagi kita berpegang kepadanya maka kita tidak akan sesat dalam dunia yang semakin hari makin mengelirukan ini.

Sebaik sahaja seorang insan lahir ke alam dunia ini,semuanya sudah tersedia untuknya. Sebut saja,semuanya ada.Kita hanya tinggal untuk memilih mana yang terbaik sahaja.Namun ingatlah,sekali kita tersilap pilih sukar untuk kita mencari jalan pulang. Dunia kini makin mengelirukan. Amat keliru untuk menyatakan mana satu betul mana satu salah.

Apabila orang Islam sendiri menolak gaya hidup yang
diajar oleh Islam,siapa lagi yang akan menerimanya? Siapa lagi yang akan bangkit berdiri mempertahankan ajaran Islam?
Sebut sahaja perkataan Islam,semua cuba menjauhinya.Seolah-olah menunjukkan bahawa Islam itu tidak relevan lagi untuk diikuti.

Orang Islam kini makin ditindas oleh manusia-manusia kafir diluar sana. Mengapa saudara Islam lain tidak bangun membantu mereka? Kita mampu melawan pihak-pihak kafir itu tetapi mengapa hati tidak membenarkannya?
Rela saja kita membenarkan mereka mereka itu menjajah minda kita.
Segala perkataan,perbuatan mereka...diiyakan saja.!

Sedarkah anda bahawa semua itu hanya satu cara untuk menjatuhkan Islam.Islam,agama kita !?
Mengapa kita masih menuruti mereka semata-mata untuk mengejar 'keindahan' dunia yang fana ini !?
Mereka mudah menyebarkan doktrin mereka itu kerana kita sendiri tidak berpegang teguh kepada Islam.
Salah siapakah semua itu ?
Ya tuan-tuan puan-puan,salah kita sendiri !

Relakah kita lihat saudara-saudara kita diseksa kejam oleh mereka?
Relakah kita lihat Islam tumbang?
Relakah kita lihat mereka menyorak kegembiraan,meraikan kekalahan kita?

Jika perkara ini tidak diubah,maka lengkaplah misi mereka iaitu untuk menjatuhkan kita.
Sekarang ini,mereka sudah pun berjaya menjatuhkan iman kebanyakan orang Islam.
Adakah kita mahu perkara itu berterusan?

Ayuh,bangkitlah semua ! Bangkitlah kita menegakkan panji Islam,bangkit melaungkan kalimah Allahuakbar,bangkit mempertahankan ajaran Islam !
Kebenaran berada di pihak kita !

Allahuakbar !


Tuesday, March 1, 2011

Cukuplah !!!


Memang betul kata orang,cara pembawakan diri sememangnya boleh mengundang fitnah.
Masakan tidak,setiap gerak geri kita akan dipantau oleh mata-mata sinis.
Baru sahaja ingin melangkah kaki keluar,semua mata memandang terus kearah kita dengan penuh kejam.
Terasa seperti tidak mahu saja keluar dari rumah.

Sedang mengamati keindahan alam tiba-tiba telinga mengesan suara sumbang manusia sedang menyebarkan fitnah.
Zzzzzaaaaapppp.!
Pedih sekali tikaman yang tepat menusuk hati itu.
Otak mula memutarkan persoalan,
"Apa yang saya dah buat!?"

Kemana sahaja kaki membawa diri,mulut-mulut manusia yang 'baik' itu memulakan tugas masing-masing.
Hati menjadi semakin sesak dengan bisikan-bisikan ganas itu.
Kaki terasa semakin lemah akibat bisa mulut si pengata.
Ingin menjerit tetapi mengapa tidak terkeluar !?
Terpaksalah menahan sakit di dalam hati.
Sekali lagi...."Apa yang saya dah buat !?"

Masing-masing hanya berbisik kecil,tidak berani
untuk meluahkan rasa isi hati.
Apabila ditanya,pelbagai jawapan diberikan. Semua itu semata-mata untuk mengelak daripada memberitahu perkara sebenar. Giat sungguh mereka menutup kesalahan si penyebar fitnah.
Apakah mereka gembira dengan melakukan penindasan ke atas si mangsa?
Beritahulah perkara sebenar,cukup-cukuplah menyeksa hati ini !!

Niat di hati ialah untuk berbuat baik,tetapi syaitan-syaitan di luar sengaja menyalah tafsirkannya.
Sakit mata sangatkah melihat diri ini melakukan kebaikan?
Namun,apakan daya...berusahalah si pemilik badan lemah ini dengan sekuat hati.
Dengan membawa hanya satu niat,iaitu untuk membahagiakan hati para manusia di luar.

Walau hati terasa seperti dirobek-robek,terpaksalah juga.
Pedih di hati kian membuak-buak,seakan tinggal di dalam penjara saja.
"Saya mahu bebas !!"
Tetapi kepada siapa untuk diluahkan rasa?
Hanya kepada Yang Berkuasa.










Saturday, February 26, 2011

Si Tukang Cerita & Si Pendengar

Gosip dan perempuan sememangnya serasi.Semua orang tahu akan hakikat tersebut. Tapi,jangan terkejut...kaum lelaki kini juga pandai bergosip setaraf dengan kaum perempuan. Namun,bukan itu yang bakal menjadi isu perbualan hari ini.

Menurut pemerhatian mata saya,gosip akan melibatkan dua pihak yang utama iaitu si tukang cerita dan si pendengar. Sudah tentulah,sekiranya tiada si pendengar kepada siapalah si tukang cerita mahu melepaskan cerita yang terbuku di hati,bukan? Si pendengar tugas mereka mudah sahaja,iaitu mendengar dan memberi komen. Mereka memegang prinsip,mendengar dan mempercayai. Mudah saja mereka mempercayai apa yang diceritakan.

Saya agak hairan,kenapa begitu mudah? Cubalah selidik dahulu kebenaran cerita tersebut.Ini tidak,terus saja percaya kemudian memberi komen dan menyebarkan cerita tersebut.Cubalah fikir seandainya si tukang cerita itu sedang mereka cerita dan memanipulasikan otak anda,betapa geramnya anda kan? Tambah-tambah pula,cerita yang berunsur fitnah. Tak pasal-pasal anda mendapat dosa.Oleh itu,periksalah dahulu kesahihan cerita tersebut.

Si tukang cerita itu,sememangnya tidak boleh hidup tanpa si pendengar.Dunia mereka seakan tidak lengkap. Mengapa ya? Si tukang cerita ini pula mudah saja bercerita tanpa pastikan dulu kepada siapakah mereka bercerita itu.Andai kata si pendengar tersebut menghebahkan rahasia anda itu ke seluruh pelosok dunia,kemudian pula telah menukarkan versi anda menjadi versi mereka,saya percaya...sudah tentu anda berasa ingin melenyek-lenyekkan orang itu.Haha !

Percayalah,saya pernah berada dalam situasi sebegitu.Saya mengerti bagaimana rasanya. Para si pencerita dan si pendengar di luar sana,berhati-hatilah ya. Anda tidak mahu berasa tertipu di kemudian hari,bukan?
Jangan menjadi seorang yang mudah. Pabila kita menjadi seorang yang mudah,orang juga akan melayan kita dengan mudah. Sementara menunggu belang sebenar si si tu terserlah,bukalah mata anda seluas-luasnya.

SELAMAT BERJAYA !!!



Sunday, February 20, 2011

Hanya Satu Ku Pinta

Setiap hari dalam hidupku kini,penuh dengan kemuraman dan kekusaman. Sukar untukku mencari kembali pelangi keceriaan. Berbagai cara ku guna semata-mata untuk membahagiakan hati ini. Namun,sering kali aku tersungkur di tengah jalan. Niat di hati bukan untuk membuka pekung di dada kerna diri ini hakikatnya bukanlah jenis sebegitu tetapi sekadar untuk meminta bimbingan.

Dalam perjalanan hijrahku,berbagai cara iblis dan syaitan gunakan untuk menggoda hati lemah ini. Puas aku menyedarkan diri sebelum dihanyutkan ke dalam kancah maksiat.
Perjuangan ku ini bukan untuk sesiapa tetapi untuk diriku dan Allah SWT.
Hati ini begitu kepingin untuk menjadi salah seorang ahli syurga Allah dan menjadi seorang insan yang cemerlang,gemilang di dunia dan akhirat. Inginku menyerahkan diri untuk memperjuangkan dan menegakkan agama Allah. Tiada apa yang lebih penting daripada Allah.

Jika semua orang bercita-cita untuk memperjuangkan nasib bangsa,namun aku sebaliknya. Agama Islam itu kuletakkan dihadapan. Sememangnya benar bahawa diharuskan membela dan mempertahankan bangsa namun jika dilihatkan kepada kedudukan Agama Islam kini yang bagai telur di hujung tanduk,yang bisa jatuh pada bila-bila masa..tak sanggup aku. Tak sanggup aku melihat agamaku sendiri jatuh.

Jatuh disini bukanlah seperti peristiwa jatuhnya Kerajaan Uthmaniyah,sebuah kerjaan Islam yang telah mencapai kegemilangannya namun,disebabkan beberapa faktor..jatuhnya kerajaan itu sehingga hari ini. Definisi jatuh didalam konteks perbincangan ini adalah jatuhnya kerohanian,keimanan masyarakat Islam pada hari ini akibat daripada perasaan hedonisme yang kian membuak-buak dalam jiwa. Sifat hedonisme itu saban hari meninggi sehinggakan iman mampu dikalahkan oleh nafsu.

Aku tidak mahu malah tidak ingin pun tergolong dalam jenis insan sebegitu. Aku tidak mahu lemas dalam lautan duniawi !! Seperti mahu nangis pabila tiba-tiba aku disedarkan daripada lamunan maksiat. Ya Allah,bersyukurnya aku ! Aku masih mampu diselamatkan. Tetapi,bagaimana aku ingin menghadapi hari-hari esok? Bagaimana sekiranya tanpa ku sedar,aku telah terjebak dalam perkara yang sememangnya tidak diredhai Allah !? Allah....
Aku tersangat menginginkan untuk menjadi seorang perempuan yang solehah kepada ibu bapa serta menjadi seorang yang muslimah.Tidak ku sangka,begitu banyak pengorbanan yang harus ku lakukan untuk menjayakan impian murni itu.Tetapi aku tidak kisah ! Semua itu bukanlah aku lakukan semata-mata untuk kelihatan baik dihadapan orang ataupun menggoda mana-mana lelaki. Aku sesungguhnya,tidak mahupun dilihat oleh mana-mana lelaki.Aku lakukan itu hanyalah untuk menjadi hamba Allah yang baik sepertimana yang dilakukan oleh Siti Fatimah,puterinya Rasulullah.

Aku berasa amat menyesal akan masa yang telah aku bazirkan selama ini. Masa yang begitu panjang,aku sia-siakan begitu sahaja. Sombongnya aku ! Namun kini,telahku berazam...aku tidak akan lagi membazirkan masaku sementara masih ada di atas muka bumi Allah ini. Aku akan cuba sedaya upayaku untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik walaupun aku sering kali gagal. Tidak akan ku biarkan mata ini bergenang dengan air-air kekecewaan akan kegagalanku.

Hanya satu aku pinta,mohonlah beri bimbingan kepadaku.Bukan hanya bimbingan mengenai perkara-perkara berkaitan pelajaran,berilah bimbingan kepadaku untuk menuju ke jalan yang benar.Aku mendukung beberapa cita-cita iaitu untuk berjaya di dunia dan ahirat dan menjadi seorang pemimpin kepada adik-adik,kawan-kawan dan saudara Islam yang lain. Aku ingin membantu mereka sedaya upaya keringatku mampu.Mohonlah untuk memberi bantuan kepadaku.
Jasa anda teramatlah dihargai,

Thursday, February 17, 2011

Pemimpin Agung

15 Februari 2011.Baru saya jumpa sinar kebahagiaan yang sebenarnya.
Apa maksud saya ? Adakah kerana AE Percival menyerahkan diri kepada Yamashita Tomoyuki pada tanggal ini(Sejarah tajuk 1)?
Tidak. Sebenarnya tanggal 12 Rabiulawal telah jatuh pada tarikh ini untuk tahun ini.
Satu tarikh yang amat bersejarah dalam Islam. Lahirnya seorang pemimpin yang agung.
Selama ini,tidak pernah saya terfikir atau cuba memikirkan apa maksud sebenar tarikh ini.
Apabila ditanya,pantas saja saya menjawab maulidur rasul.Tetapi hati tidak pernah faham apa itu maulidur rasul.

Ya Allah ! Terasa begitu rugi sekali. Sebagai seorang insan beragama islam,tidak sepatutnya saya mengabaikan perkara-perkara sebegitu.Tetapi semuanya sudah berubah.
Kini saya mengerti apa makna sebenarnya. Hati bagai disentap angin pilu.Terasa begitu bersyukur sekali. Tanpanya,saya tidak akan menjumpai kedamaian.
Kedamaian yang amat besar.

Baginda amat menyayangi umatnya. Diharunginya segala ranjau dan onak duri semata-mata untuk memastikan umatnya menerima kebenaran,untuk menegakkan agama Allah.Jika dilihatkan pada realiti semasa,semakin hilang insan yang mempunyai sifat sedemikian. Begitu sukar sekali untuk mencarinya. Mungkinkah insan sebegitu masih wujud dimuka bumi ini?

Hati meronta-ronta ingin berjumpa dengannya. Dikhabarkan bahawa semasa pemerintahannya,telah lahirnya hamba-hamba Allah yang begitu sejati hatinya. Alangkah indahnya andai dapat hidup dalam kalangan masyarakat sebegitu kuat imannya. Namun apakan daya,saya tidak mempunyai kuasa untuk pergi ke masa-masa lampau.

Namun,mengapa mulut ini begitu berat untuk memujinya setiap saat? Mengapa saya tidak bisa menjadi seperti insan lain? Saya amat menyayangi Rasulullah,walaupun saban hari melakukan dosa. Semua ini bukannya satu pembohongan. Saya tidak menipu diri sendiri.Semua ini kenyataan. Akan tetapi,masyarakat sering menyalah tafsirkan cinta murni ini.

Biarlah. Saya mengenali diri saya sebaik-baiknya. Saya tahu apabila saya bercakap benar. Jika masyarakat ingin memanipulasi perasaan saya ini,saya tidak kisah.Mungkin anda masih tidak menjumpai sinar kebenaran.
Akhir kata,saya ingin mengucapkan salam maulidur rasul.Marilah kita kenang akan pengorbanan dan perjuangan Baginda yang cukup besar.

Monday, February 14, 2011

Bulan 2 !

Untuk tempoh beberapa saat ini,ideologi tidak dapat dicurahkan atas kesibukan urusan dunia.
Disini terdapat sedikit nukilan yang tidak berapa penting sekadar untuk menyerikan blog :

8/2-Hari pertama untuk ujian 1. Buat dengan jayanya walaupun soalan agak susah sehingga mampu memuntahkan si penjawab.
9/2-Tidak hadir ke sekolah . Tidak sihat la pulak !! Demam panas yang teramat panas.
10/2- Masih tidak hadir ke sekolah. Rindu terhadap kelas membuak-buak. Keinginan untuk menjawab ujian semakin melonjak-lonjak. Selepas bertungkus lumus study,malangnya tiada rezeki. :(
Minggu hadapan- Terpaksa berhadapan dengan soalan para guru dan teman-teman,sebab tidak hadir.Cemburu dengan suasana mendapat result. Cemburu dengan kejayaan mereka.
Keputusan untuk kertas ujian hari pertama,tidak membawa pulangan yang memuaskan. Malah mencipta rekod baru. Jauh lebih 'baik' daripada tahun-tahun sebelum.

Kesimpulannya,bulan ini menjanjikan 1001 kekusutan. Dengan kesihatan yang terumbang ambing,rekod baru yang dicipta dan kejelesan yang mendalam.
Harap hari-hari yang mendatang di dalam bulan Februari ini akan memberi lebih kebaikan.