Friday, April 1, 2011

Terima Kasih

Kelopak mata terbuka,mulalah titik perjalanan untuk mengharungi dunia.
Oh tidak,masih belum tiba masa untuk keluar berjuang !
Suara tangisan mengisi ruang,seorang insan menghampiri membawa pengubat hati.
Siapakah dia ?
Badan diangkat-angkat untuk menegakkan tulang-temulang.
Detik berlalu,tubuhku kini teguh berdiri.
Apakah langkahku selepas ini?
Kaki digerakkan-gerakkan dan dibiarkan untuk membuat langkah.
Oh,inilah yang dikatakan berjalan.
Setiap hari,hanya wajahnya yang menyapa diriku.
Diajarku untuk berkata-kata.

Pulangnya dari sekolah,makanan sudah siap terhidang.
Bau makanan mencucuk hidung,mencengkam hati.
Arghhh...mengantuknya.
Tubuh kecilku diusung ke sebuah ruang dan dibaringkan.
Sejuk yang melilit tubuh,kini hilang di dalam kehangatan pelukan seorang insan.

Tahun demi tahun,
Membesar menjadi seorang remaja,
Saban hari menerokai,menjelajah benda baru.
Jiwa baru mula menguasai diri
Nak itu,nak ini !
Hati memberontak,mata menjeling,tangan memukul-mukul demi untuk memiliki satu benda
Namun,sentuhan lembut seorang insan mudah saja mencairkan gelegak api terselit di dalam kalbu.

Langkah demi langkah,
Tibalah masa untuk berjumpa dunia.
Minda dibawa melayar bersama-sama kelazatan dunia.
Oh hi kawan !
Apabila kawan menjadi musuh,
muka menyuram seribu satu kemuraman,
Sedikit kata-kata seorang insan berjaya mematahkan hari yang kusam.

Uhuk* Uhuk*
Badan yang penat direbah ke atas tilam,
wajah berkerut,tangan tidak berhenti-henti melegakan kesakitan.
Namun masih kuat menjagaku.
Eh,mengapa hati ini merasakan satu kerisauan?

Siapakah si dia?
Insan yang selama ini tidak mengenali rasa penat dan lelah
menjaga,mengambil berat,menyayangi diri ini.
Oh tolonglah jangan meninggalkan diriku,
Sesungguhnya jasad ini tidak akan mampu mengharungi ranjau dunia.

Ibu,sesungguhnya engkaulah insan yang akan tetap utuh terukir di dalam hati,kini dan selamanya.
Andai diri ini berlalu pergi,meninggalkan dirimu dahulu...
hanya satu ku pinta,Maaf dari mu.

Mungkin sebelum ini,tak pernah ku sedar kasih sayang yang dicurahkan,
tapi kini semuanya dah berubah.
Ibu,i just want you to know
Loving you is like food to my soul
And no one else can do what you have done for me
Terima kasih ibu !



No comments:

Post a Comment