Thursday, September 30, 2010

Trauma ! Trauma ! Trauma !

Semalam memang hari yg penuh dengan ke-siao-an !!!! kenapa tah..since sebelum ramdhan,tgh ramadhan and after ramadhan...dok ada kejadian rasuk ja.MasyaAllah..! oke meh nak cite2 sikit...

28.9-Petang tu pi sembahyang,balik umah cam besa.Malam tu Amir kata ada orang kena.

29.9-Sembahyang zohor:orang semalam kena lagi selepas usainya kami solat.Memang terkejut la tapi x la cuak sangat sebab benda tu jauh dan dah besa dah.
-Waktu belajaq sejarah: tengah2 dok belajaq tiba2 dengaq dum dam dum dam(ayat cekgu) bunyi macam orang baling2 meja kat bawah.Dah tau dah tu apa..cekgu suruh buat bodo tapi dia pun pi tengok so kami semua pun mencelah la sama.
-Rehat: Turun2 dgn shidah.saja-saja la...nak merayau tiba2 tengok orang kerumun dekat tempat nak pi kelas bangunan bawah tu.Aish..tau dah pasai pa.Tiba2 cekgu buat announcement..suruh para muslim muslimah pergi ya surau.Nampak a friend of mine ni nangis.Iring la dia pi surau.
-Surau: Sesampei nya di ya surau,kami book satu tempat untuk duduk.Kami semua kelilig kawan yang dok nangis tu..pujuk dia.Tiba-tiba...ada orang kena dekat depan pintu surau tu.And her besties dok nangis...kawan2 aku dok suruh aku tarik orang yang menangis tu masuk dalam semata-mata sebab aku prefect.Oke hati dah dup dap dup dap dah.Baca bismillah sikitaku pun make my move.And alhamdulillah,aku berjaya tarik si dia masuk dalam.Dalam surau,kami dok baca-baca Yassin dan Al Kursi ramai2...Makin lama,makin ramai yang nangis...cekgu suruh buang semua rantai,gelang,cincin segala macam...ada yang pengsan..setiap penjuru kena..masyaAllah..! Waktu tu,tanyalah siapa2 budak perempuan pun dalam tu,semuanya pasti berasa walaupun sekelumit,perasaan cuak.Takpa,walaupun cuak..tapi jangan berhenti baca ayat kursi,berzikir...insyaAllah x jadi apa-apa.
Waktu nak amik wudhu' untuk solat asar..tiba2 semua budak perempuan jerit..and depa tolak aku keluaq...Ya Allah..sakitnya !!!! Budak laki semua tengok...(agak malu).xpa,semua sambung amik wudhuk...and solat.Lepas solat,baca lagi ayat kursi..Lepas tu cekgu kata,sapa yang parent dia dah datang,bisa pulang.Kami pun geng2 2 cm(girl) bergegas ke kelas bersama-sama mengambil beg2 kami dan turun.Aku pi jumpa cekgu Aida jap,minta tolong tumpangkan.Alhamdulillah..cekgu bagi.And aku pulang.

In short: Alhamdulillah kawan2 aku tak apa2...Moga2 orang yang kena tu akan cepat sembuh...Aku doakan agar Allah pelihara kesejahteraan,keselamatan kita daripada gangguan syaitan.Amin2 Ya Rabbal Alameen....

p/s:Terdapat beberapa scene yang perlu dicut atas sebab2 tertentu..Harap maaf...

Thursday, September 23, 2010

Hapi2 adek2 ku


Okay,aku menjadi adik kecik selama 5 tahun 3 bulan dan zaman tu berakhir lah pada tanggal 7 Mac 2002 pabila adik ku lahir.Maka dengan itu tamatlah zaman adik kecik ku dan sekali gus zaman sunyi ku.Selama ini tak pernah ku sedar dan rasa akan kebahagiaan mempunyai adik.Tak ku tahu yang aku sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar.So jalanilah hidup ku seperti biasa tanpa mempunyai perasaan sayang terhadap nya sampailah tiba pulak masa untuk adik ku yang kedua lahir pada tahun berikutnya.Hati ku masih tetap tak berperasaan seperti setiap hari.Beberapa tahun kemudian..adik ku yang ketiga keluar daripada rahim ibuku.Betapa gembira nya aku menyambut kedatangannya sebagai penghuni rumah ku yang baru.

Hari makin hari,aku pun membesar.Minda ku semakin matang.Perasaan aku pun sudah diisi dengan warna warni.Selama beberapa tahun aku mencari kasih dan sayang ku terhadap kedua ibu bapaku serta adik beradik ku.Akhirnya ku temui jua dengan kadar yang sedikit.Walaupun sedikit,tapi sekurang-kurangnya..hati aku tidak sunyi daripada men
yayangi ibu bapaku.Dalam aku mencari lagi dengan hasrat untuk menambah perasaan kasih dan sayang,aku tanpa disedari telah terjumpa perasaan kasih sayang yang lain.Aku sudah pandai memberi kasih sayang ku kepada orang lain.Mereka lah lelaki yang aku paling sayang didunia selepas Nabi Muhammad dan bapaku.Merekalah yang mewarnai hidup ku hari-hari dengan gelagat comel mereka itu.Sudah ku bayangkan di kepala otak apa yang bakal mereka jadi suatu hari nanti.Ya Allah,jadikanlah impian ku satu realiti.! amin...

Seperti aku,mereka juga membesar.Tetapi semakin mereka membesar..semakin itulah perasaan takut di dalam hatiku kian menjadi-jadi.Tak dapat ku tahan sebak di dada ini lagi.Maka mengalir lah ia.Aku menyalahkan orang lain atas ketakutan yang melampau ini..tapi adakah wajar aku menunding jari kearah mereka yang tidak lansung berniat untuk melakukan perkara itu?
Bak kata orang lain,"itu merupakan fitrah mereka"...pedih hatiku tatkala mendengar ayat seperti itu.Bagaikan menusuk jantung ku yang sudah sedia sakit ini.Aku tak mahu,mereka menjadi seperti itu.Biarlah mereka berbeza pun,Fitrah ke bukan fitrah ke...aku tak mahu itu berlaku keatas diri mereka.

Ya Allah kau peliharalah mereka,adik-adik ku. Bimbinglah mereka,kuatkanlah iman mereka.Izinkanlah agar mereka menjadi seorang yang berjaya di dunia maupun akhirat suatu hari nanti.Sucikanlah hati mereka,ampunkan lah dosa-dosa mereka.Izinkanlah mereka menjadi seorang hambaMu yang taat pada perintahMu.Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh,yang dapat berbakti kepada ibu bapaku.Amin2..Ya Rabbal alamin...


Ammar Musouvi,Ammar Wafiy,Ammar Deedad Sofwan...I love you guys so much.!

p/s:Happy 5th birthday Deedad.!

Monday, September 13, 2010

My Raya This Year

worghh...dah raya keempat dah rupanya.Cepat gila..! Well,raya tahun ni erm boring..macam biasa..tapi tu raya pertama,kedua,ketiga la.Raya pertama,pergi umah kawan2 nana(kakak),umah tok,cam besa la.Raya kedua...pi umah tok jugak.Raya keempat,paling best.Aku ngan pina pi beraya umah cikgu Aida.Ramai la gak pi antaranya;Cidan,Amir,Din,Aniqah,Shameera,Luqman,budak2 kelas 2 Arif..budak2 form 1 smkj...and adelah budak2 lain.Best beraya umah cikgu...dapat duit raya lagi.Whee

Lepas umah cikgu,kami berempat(pina,sham,niqah and aku) pi beraya umah Atikah Chopra(kali kedua buat aku).Actually,raya ketiga tu,Tikah mai beraya umah aku then aku pi umah dia pulak.So ni kali kedua la aku pi.Hee...makan kek coklat dia buat.Perghhh..sedap ! Lepas kami semua beraya umah Tikah..kami pi umah aku.Ramai gila pi ! Aku rasa satu rombongan yang pi umah cikgu Aida tu pi umah aku.Tak dan nak kira.Sibuk layan tetamu.Hehe.Kecuali Din..dia tak pi pun. :(

Serius aku kata,penat ! penat ! penat ! Sat tumpang kereta pina,sat jalan kaki,sat naik basikal.Adoii..! Yoko2...I need you ! Kira oke la,raya aku taun ni.Thanks to Cikgu Aida,Atikah Cullen,Ayah Pina(Pakcik Afizul)...Tapi tak tangkap gambar pun...tak ade camera.humm...rugi2...hish2..
Tahun depan boleh beraya lagi camni.Syiokk2..! haha.Kesian kat my mom la kena masak banyak.Hoho...Budak lelaki waktu sampai umah aku tu,dan2 azan..depa pun pi lah sembahyang kat surau dulu..Cidan iqamat..wow ! hehe...Ibu sempat lagi kata kat depa"bagus sungguh".Tengok la kawan siapa.hehe...

Waktu raya pertama tu,aku pi dah umah maryam mufidah..ikut my sister...umah dia pun oke jugak.So,beraya sakan lah aku raya ni.Sekolah dah nak bukak...hum :( .Tak syiokk !

Saturday, September 11, 2010

Things I Hate.



Okay post saya pada hari ini adalah berkaitan dengan perkara yang saya agak benci dalam hidup.
Kalau anda merasakan tajuk ini seakan-akan menarik,silalah jangan segan-segan selami luahan post saya ini.Jika anda merasakan post ini sebaliknya,anda boleh
back atau log out atau tekan je button pangkah kat atas tu..easy right?Jika(lagi sekali) anda ingin comment2....silalah.Saya bagi keizinan rasmi untuk anda,khas daripada Amiera Basir.

-Saya benci bila budak-budak tambah-tambah di sekolah tu,sekolah kerajaan maupun swasta,yang kononnya nak ikut 'trend nowdays'. Tak salah nak ikut trend cumanya janganlah terlalu excited dengan trend yang diikutkan tu sampaikan betul dan salah tidak diambil kira lansung.

-Kenyataan saya ini mungkin berbaur kejam sedikit dan aka
n make you guys offended.Saya agak benci dengan budak yang selalu dok menghebahkan dan bangga dengan apa yang mereka tahu yang agak orang lain tak tahu(rare).Kononnya,hanya dia se
orang sahaja yang tahu....padahal saya tahu lama dah pasal tu.hehe.Contoh yang paling mudah,seseorang itu baru saja tahu mengenai band itu....dan dia dok bangga dengan pencapaiannya sampaikan dia dok post lagu band tu kat face-b,myspace..etc.Tapi dalam masa yang sama,saya tahu lama dah pasal band tu...dan sudah jemu mendengar lagu mereka.Saya seakan-akan ingin menghempuk kata-kata yang dapat membuatkan orang itu lari menangis kepada ibunya.Haha.!
Sebab perkara ini berlaku setiap hari dalam kehidupan saya.Im sick of it !

-Saya agak tak suka,tak benci lagi...perempuan di sekolah yang konon nak jadi 'stylish' yang sanggup melipat tudung mereka yang seboleh-bolehnya nak bag
i sampai tak nampak mata tu.Jika hanya seorang dua yang memakai fesyen tudung sebegitu,saya boleh terima lagi tapi ini sampaikan hampir setiap perempuan di sekolah mengikut gaya tu.Memang tak leh belah ler ! Kalau dah muka tu tak sesuai dengan gaya lipatan tersebut,tak usah le lipat camtu.Si pemakai tudung sebegitu pastinya tidak lari melengkapkan diri mereka dengan memakai stokin bersaiz xss,kasut colo
rful,tudung untuk adik-adik,baju berkain nipis,kain tergantung.Ia seakan-akan satu set yang diidam-idamkan oleh perempuan.Haih....

Okay,setakat itu saja yang saya boleh kongsikan dengan you guys buat masa sekarang.Saya tak boleh la nak reveal semua di public apa yang saya benci aka tak suka.Nanti,ada rusuhan pulak dekat luar rumah.Hehe.



P/S:Post ini tidak khas kepada mana-mana pihak.Harap maklum.

Tuesday, September 7, 2010

Am i....?

Bagi sesiapa yang mengenali diri ku ini..ada satu soalan yang aku ingin menanyakan.
Adakah aku ini seorang yang jahat lagi kejam?Am I mean..?
Well,begini...sebenarnya satu masa dahulu aku pernah mengalami satu keadaan yang amat mengelirukan.Keadaan itu seakan-akan putus cinta tapi ianya bukan.Saban hari,aku berdoa,meminta supaya aku mendapat seorang kawan yang dapat membimbing aku,seorang pendengar yang baik dan setia.Tapi,sekarang aku tak sure yang kawan aku sekarang ni merupakan orang yang Allah kurniakan yang akan bimbing aku tu.Adakah orang tu merupakan kesalahan aku yang kedua kalau aku jadikan dia sebagai teman baik ku,SEKALI LAGI.Tiap hari,aku cuba menjauhkan diriku daripada si dia tu,tapi makin lama aku rasa makin rapat.Di belakang si dia tu,aku rasa marah sangat..yang membuak-buak tapi di depan dia..aku seakan-akan lupa apa yang dia dah buat kat aku tu.Aku cuba meyakinkan diri aku bahawa,aku BENCI,MELUAT,MENYAMPAH dengan dia.Dia tu cumalah seorang kawan suam-suam saja.Tapi apakah,langkah aku tu betul..? Luka yang masih ada kat hati ni masih terasa pedihnya lagi.Aku sedar yang kita ni sebagai seorang Islam harus sentiasa maaf-bermaafan..tapi terasa begitu susah untuk aku melakukan sedemikian terhadap si dia tu.Aku cuba menggunakan sifatnya yang semakin menggila dan menjengkelkan tu sebagai alasan untuk membenci si dia.Am i a mean person? But i did it just because i felt hurt.

Friday, September 3, 2010

Raya Seminggu Lagi..!

yay ! cutiiii.............! School's out.It's time for raya ! raya,raya ! Aku syok terlebih pulak.hee :D
Kenapa tah,tahun ni tak sabaq nak raya.Rasa cam best je tahun ni.Hehe.Mintak2 la best and mintak2 la dapat duit raya,banyak ! haha.! Tahun ni kena kutip banyak demi merealisasikan impian ku.! yeah !!

Semalam last sekolah..agak syiokk.Memang beraya sakan la kami waktu nak balik tu.Tapi tak sempat pi bilik guru,jumpa cikgu2.Tapi tak pa uh.Sempat jumpa cikgu kelas.Whee

Ibu dengan abah pun dah start buat persiapan raya.So,suasana raya tu dah rasa la.Tu yang best tu.Baju raya pun dah beli.Hooo....gumbira nya.haha.

Nanti waktu raya,nak raya puas2.Pi umah kawan sana,umah kawan sini....hee :D. Takpa2..sabaq2...raya dok ada seminggu lagi.Sabar2 aina oii..sabar.heh

Kepada semua,raya ada lagi seminngu so hayatilah bulan Ramadhan ini sebelum ianya berakhir.


Wednesday, September 1, 2010

STAY OUT OF IT !!!!

STAY OUT OF IT !! itulah moto ku yang baru.ayat itu merujuk kepada penglibatan aku dalam hal2 orang yang berada di sekeliling aku.Che' takmo amik kesah dah pasal hal2 hampa ! Lantakk lah ! Yang aku tau,pasal diri aku ja...ALL ABOUT ME. Dah bertahun2 aku asyik dok dalam kehidupan orang.Dah sampai masanya untuk melangkah kaki keluar.Hampa kutuk aku???Tak kesah...puji aku?Terima kasih...Hampa nak kaple dengan laki tu laki ni?Takmo amik tau.
Hampa nak bergaduh dengan orang,suka hati hampa !! Mata aku yang sebenaqnya dah penat tengok aksi2 manusia yang semakin lama semakin annoying,hilang ke-moran-lan tu.
That's It !!

Hidup ni macam drama kan??Macam lakonan semata-mata.Manusia2 yang terdampar kat atas bumi ni macam para pelakonnya.Setiap hari kita akan memulakan lakonan kita tu dengan baiknya.Ada hari lakonan kita happy,ada hari lakonan kita tu sedih.Keadaan yang menjadi penentu babak lakonan kita yang seterusnya.Manakala naluri yang menjadi skrip kepada lakonan kita tersebut.Tapi apakah kita boleh ubah semua itu ? Dengan meninggalkan peranan keadaan sebagai penentu babak..? Bilakah kita boleh berhenti daripada lakonan ini? Jawapannya ialah apabila kita mati.Lakonan kita akan terbehenti disitu automatiknya. Riwayat si karakter yang mati itu akan ditentukan oleh para karakter yang lain,sama ada akan terus diingati mahupun dilupakan.Itulah kehidupan yang sebenar,hakikatnya.Itulah manusia.Kita punyai pilihan untuk menyambungkan perjalanan karakter kita dia atas pentas bumi ini sama ada ke arah kebaikan ataupun kejahatan.Tetapi,mengapa masih ada yang memilih kejahatan?Kerana itulah kehidupan,hakikatnya...


Amiera Basir