Wednesday, April 27, 2011

Buddy

Bukan mudah bagi saya untuk menemui kawan baik.Kawan tempat saya bercakap setiap hari.
Jika dulu saya pernah menyatakan bahawa kosongnya hati saya,namun hari ini saya sudah membuat keputusan untuk cuba membuka segenap ruang di dalam hati.

Ketika persahabatan kami dipandang orang,pasti begitu banyak spekulasi akan dibentang.
Namun,jika ingin dilawan..manakan mampu.
Walaubagaimanapun,dialah kawan baik dan terbaik yang saya ada.

Mungkin disebabkan oleh perbezaan jantina,kami dipandang pelik akan tetapi saya tidak menghiraukan semua itu asalkan saya masih lagi berada di atas laluan betul.
Kadang kala saya berkelakuan serius dengannya,dan kadangkala juga saya menjadi agak kebudak-budakan.
Namun,tidak pernah sekali pun saya terdengar atau mendengar keluhan dan cemuhan daripadanya.

Kalau ingin diikutkan,saya mempunyai ramai kawan dan kawan-kawan saya semuanya baik-baik belaka akan tetapi,untuk mencari yang terbaik..sukar sekali.
Saya tidak begitu pasti...apakah dia akan menjadi satu-satunya orang yang akan tetap menjadi sahabat baik saya namun,saya amat pasti bahawa buat masa sekarang dialah yang TERBAIK !

THANK YOU,BUDDY

Thursday, April 21, 2011

Cantik

Assalamualaikum para pembaca sekalian.
Hai,bertemu kita pada kali ini (walaupun hakikatnya,anda tidak bertemu dengan saya pun)
Pada hari yang indah ini,bakal saya memperkatakan mengenai kecantikan.

Saya sering tertanya-tanya mengapa orang hanya memandang sesuatu rupa itu cantik dan sesuatu rupa lagi hodoh.
Apakah definisi cantik itu sebenarnya?
Mengapa hanya sesetengah orang sahaja yang terpaksa menerima kritikan tersebut?
Apakah ciri-ciri yang mampu melayakkan seseorang itu menerima pujian sebegitu?

Selalunya,masyarakat hanya melihat kecantikan itu berdasarkan rupa fizikal yang dimana kadang kala itu tidaklah secantik mana di mata orang lain pun.
Kecantikan rupa paras selalu sahaja mengatasi keindahan ketulusan hati.
Mengapa semua ini berlaku ?
Ramai orang sudah patah hati,kecewa kerana telah menyalah tafsirkan kecantikan yang sebenar,

Kecantikan yang sebenar itu merupakan anugerah dan ujian daripada Allah.
Jika ditanyakan mengapa hanya beberapa orang sahaja yang layak menerima pujian sedemikian,tiada jawapan baginya kerana KECANTIKAN ITU BERSIFAT SUBJEKTIF.
Manusia merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan Allah.
Punya pancaindera,akal fikiran,hati dan perasaan.
Semua orang itu cantik.Tiada seorang pun yang terlepas.

Namun,seringkali manusia lupa.
Lupa bahawa kecantikan itu juga merupakan ujian disamping anugerah.
Lupa untuk mengucapkan kalimah ALHAMDULILLAH atas apa yang diciptakan Allah Yang Maha Esa.
Sering saja manusia kufur,tidak bersyukur dan tidak sedar dengan nikmat kurniaan Allah.
Menambah sana dan sini,melaram berlebih-lebihan.
Untuk apa semua itu ?
Untuk mengagumi orang lain.
Hanya kerana itu...
Pada akhirnya,apa yang mereka dapat?
Banyaknya keburukan..

Berbalik kepada topik hari ini,kecantikan itu adalah bersifat subjektif iaitu pandangan atau penilaian seseorang terhadap sesuatu dan pandangan itu berbeda-beda bagi setiap orang.
Dengan takrifan sebegitu jelaslah menunjukkan bahawasanya manusia mempunyai penilaian masing-masing terhadap sesuatu perkara.
Tidak semua melihat kecantikan itu seperti di mata kita.
Akan tetapi,itu bukanlah menjadi penghalang bagi kita untuk hanya memandang kecantikan rupa fizikal itu sehinggakan lupa kepada budi pekerti,keluhuran hati seseorang.

Dalam memilih sahabat,budi pekerti itu amatlah penting untuk diambil kira.
Bukan hanya memandang kepada wajah yang dikatakan sebagai "lawa" kerana semua itu tidak menjamin kepada kebahagiaan hari kelak.
Apabila kita bersahabat,keikhlasan hati yang menjadi pengukur bukan wajah.
Oleh yang demikian,luaskan lah pemikiran anda akan makna kecantikan itu.
Saya tidak layak untuk mengubah persepsi anda tetapi ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa CANTIK ITU ADALAH SATU PERKARA SUBJEKTIF,tidak hanya terhad kepada keindahan wajah.

Sekian.

Monday, April 18, 2011

Si Pemukau Mata


Hati terasa kempunan ! mengidam ! segalanya untuk kau...
Oh,bilakah aku boleh menyentuh-nyentuh badanmu itu....
melilitmu menggunakan strap di leher ku ini...
menerjah segala sistem aplikasi mu...
Jiwa ini tidak bisa untuk mengutuskan mana yang lebik baik untukmu,
Hitam kah putih kah merah-putihkah atau kuning semata-mata
Sedang orang lain berlumba-lumba untuk memiliki si dslr,
jiwa ku masih dengan kau.
Walau sekuno mana sekalipun engkau,minda ku masih kuat kepinginkan untuk belayar bersama-sama denganmu.
Flashmu yang memukau pandangan,
Badanmu yang menarik perhatian...
Segala-galanya kamu !
Holga !!! Kau akan datang kepada dakapanku !!


(Cik Holga 135bc)



Lihatlah bahan-bahan kumuhan si Holga...


cool isn't it?

Wednesday, April 13, 2011

Life Path


Satu soalan tiba-tiba muncul di fikiran saya dan jawapannya masih belum ditemui.
Soalannya berbunyi begini,Apakah hala tuju sebenar hidup kita?
Setiap hari kita melakukan langkah menuju ke hadapan dengan harapan masa depan kita cerah.
Namun apakah kita pernah terfikir,masa depan bagaimanaka
h yang kita berlumba-lumba untuk kecapi itu?
Adakah masa depan itu hanya terhad kepada memiliki pekerjaan yang baik,suami/isteri yang baik,rumah-rumah yang besar...?
Apakah kayu pengukur bagi masa depan yang CERAH itu?

Adakah hidup kita semata-mata hanya untuk berjaya di universiti,mempunyai pekerjaan yang baik,hidup mewah dan selesa?
Selepas semua itu,apa lagi yang ada?
Atau maksudnya lebih daripada itu?

Setiap hari,kita pergi ke sekolah..pulang dari sekolah.Untuk apa? Orang kata untuk menimba ilmu.Tetapi setakat mana sangatlah niat kita pergi ke arah itu?
Andai kata benar objektif utama pergi ke sekolah itu adalah untuk menimba ilmu,mengapakah ilmu itu tidak dipraktikkan dalam hidup? Mengapakah masih ramai manusia di luar sana yang bertindak tidak seperti orang yang terpelajar?
Adakah hanya dengan pergi ke sekolah,masa depan kita akan terus menjadi cerah?

Saya yakin dan percaya,pasti terdapat maksud lain yang lebih utama kita hidup di atas bumi Allah ini.
Bukan hanya untuk menikmati penggoda-penggoda dunia ini,ianya lebih daripada itu !
Begitu sempit sangatkah pemikiran kita kerana menjadikan perkara-perkara duniawi sebagai sasaran dalam hidup?
Tidak,kita tidak terlalu bodoh untuk mensia-siakan hidup untuk itu.

Jadi,apakah hala tuju kita yang sebenar dalam hidup ini?
Tolonglah,soal diri kita,fikir-fikirkanlah,muhasabah diri.
Saya tak mahu kita begitu mudah mempersiakan masa kita di dunia ini.

Friday, April 8, 2011

Rezeki Di Tangan Tuhan

Manusia tidak pernah terlepas daripada mempunyai keinginan.Nama pun manusia,kalau boleh semua benda mahu.Akan tetapi,rezeki itu semuanya di tangan Allah.
Apa yang dikatakan sebagai rezeki itu ialah kebaikan yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya.Oleh itu,Dialah yang Maha Kuasa memberi rezeki kepada kita.

Kadang kala kita lupa,dari mana kita perolehi ni'mat dunia.Kita fikir,semuanya datang bergolek-golek hasil daripada titik peluh diri sendiri.Pabila kita gagal memperolehi sesuatu keinginan,hati meronta-ronta menginginkannya.Wahai saudara-saudari,ketahuilah bahawa Allah itu Maha Kuasa,Maha Mengetahui,Maha Penyayang dan Maha Adil.Sekiranya Dia tidak memberi sekarang,pasti terdapat sesuatu yang jauh lebih baik yang bakal kita terima kelak.

Memang benar bahawa Allah yang menyusun atur rezeki,qada' dan qadar kita namun Allah juga menyuruh agar kita berusaha.Oleh yang demikian,gandakanlah usaha seiring dengan doa yang tidak putus-putus dan janganlah berputus asa sekiranya doa tidak dimakbulkan.

Sedar tidak sedar,Allah menurunkan rezeki kepada kita setiap hari bahkan hampir setiap minit.Mengapa kita mudah sahaja alpa akan pemberianNya? Ketika kemahuan tidak dipenuhi,segala maki hamun tersembur keluar dari mulut.Ketika kemahuan dipenuhi pula,hati meloncat-loncat melupakan Yang Maha Kuasa.

Seharusnya sebagai seorang hamba Allah,kita seharusnya mengucapkan kalimah alhamdulillah tanda kesyukuran.Bukannya,melompat-lompat,meraikan kejayaan dengan gejala maksiat.
Manusia-manusia....sedarlah.

“Rasulullah bersabda: Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitanya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka” Hadis yan diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas.

Friday, April 1, 2011

Terima Kasih

Kelopak mata terbuka,mulalah titik perjalanan untuk mengharungi dunia.
Oh tidak,masih belum tiba masa untuk keluar berjuang !
Suara tangisan mengisi ruang,seorang insan menghampiri membawa pengubat hati.
Siapakah dia ?
Badan diangkat-angkat untuk menegakkan tulang-temulang.
Detik berlalu,tubuhku kini teguh berdiri.
Apakah langkahku selepas ini?
Kaki digerakkan-gerakkan dan dibiarkan untuk membuat langkah.
Oh,inilah yang dikatakan berjalan.
Setiap hari,hanya wajahnya yang menyapa diriku.
Diajarku untuk berkata-kata.

Pulangnya dari sekolah,makanan sudah siap terhidang.
Bau makanan mencucuk hidung,mencengkam hati.
Arghhh...mengantuknya.
Tubuh kecilku diusung ke sebuah ruang dan dibaringkan.
Sejuk yang melilit tubuh,kini hilang di dalam kehangatan pelukan seorang insan.

Tahun demi tahun,
Membesar menjadi seorang remaja,
Saban hari menerokai,menjelajah benda baru.
Jiwa baru mula menguasai diri
Nak itu,nak ini !
Hati memberontak,mata menjeling,tangan memukul-mukul demi untuk memiliki satu benda
Namun,sentuhan lembut seorang insan mudah saja mencairkan gelegak api terselit di dalam kalbu.

Langkah demi langkah,
Tibalah masa untuk berjumpa dunia.
Minda dibawa melayar bersama-sama kelazatan dunia.
Oh hi kawan !
Apabila kawan menjadi musuh,
muka menyuram seribu satu kemuraman,
Sedikit kata-kata seorang insan berjaya mematahkan hari yang kusam.

Uhuk* Uhuk*
Badan yang penat direbah ke atas tilam,
wajah berkerut,tangan tidak berhenti-henti melegakan kesakitan.
Namun masih kuat menjagaku.
Eh,mengapa hati ini merasakan satu kerisauan?

Siapakah si dia?
Insan yang selama ini tidak mengenali rasa penat dan lelah
menjaga,mengambil berat,menyayangi diri ini.
Oh tolonglah jangan meninggalkan diriku,
Sesungguhnya jasad ini tidak akan mampu mengharungi ranjau dunia.

Ibu,sesungguhnya engkaulah insan yang akan tetap utuh terukir di dalam hati,kini dan selamanya.
Andai diri ini berlalu pergi,meninggalkan dirimu dahulu...
hanya satu ku pinta,Maaf dari mu.

Mungkin sebelum ini,tak pernah ku sedar kasih sayang yang dicurahkan,
tapi kini semuanya dah berubah.
Ibu,i just want you to know
Loving you is like food to my soul
And no one else can do what you have done for me
Terima kasih ibu !