Friday, April 8, 2011

Rezeki Di Tangan Tuhan

Manusia tidak pernah terlepas daripada mempunyai keinginan.Nama pun manusia,kalau boleh semua benda mahu.Akan tetapi,rezeki itu semuanya di tangan Allah.
Apa yang dikatakan sebagai rezeki itu ialah kebaikan yang dikurniakan Allah kepada hamba-Nya.Oleh itu,Dialah yang Maha Kuasa memberi rezeki kepada kita.

Kadang kala kita lupa,dari mana kita perolehi ni'mat dunia.Kita fikir,semuanya datang bergolek-golek hasil daripada titik peluh diri sendiri.Pabila kita gagal memperolehi sesuatu keinginan,hati meronta-ronta menginginkannya.Wahai saudara-saudari,ketahuilah bahawa Allah itu Maha Kuasa,Maha Mengetahui,Maha Penyayang dan Maha Adil.Sekiranya Dia tidak memberi sekarang,pasti terdapat sesuatu yang jauh lebih baik yang bakal kita terima kelak.

Memang benar bahawa Allah yang menyusun atur rezeki,qada' dan qadar kita namun Allah juga menyuruh agar kita berusaha.Oleh yang demikian,gandakanlah usaha seiring dengan doa yang tidak putus-putus dan janganlah berputus asa sekiranya doa tidak dimakbulkan.

Sedar tidak sedar,Allah menurunkan rezeki kepada kita setiap hari bahkan hampir setiap minit.Mengapa kita mudah sahaja alpa akan pemberianNya? Ketika kemahuan tidak dipenuhi,segala maki hamun tersembur keluar dari mulut.Ketika kemahuan dipenuhi pula,hati meloncat-loncat melupakan Yang Maha Kuasa.

Seharusnya sebagai seorang hamba Allah,kita seharusnya mengucapkan kalimah alhamdulillah tanda kesyukuran.Bukannya,melompat-lompat,meraikan kejayaan dengan gejala maksiat.
Manusia-manusia....sedarlah.

“Rasulullah bersabda: Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitanya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka” Hadis yan diriwayatkan Imam Ahmad, Abu Dawud, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas.

No comments:

Post a Comment