Thursday, April 21, 2011

Cantik

Assalamualaikum para pembaca sekalian.
Hai,bertemu kita pada kali ini (walaupun hakikatnya,anda tidak bertemu dengan saya pun)
Pada hari yang indah ini,bakal saya memperkatakan mengenai kecantikan.

Saya sering tertanya-tanya mengapa orang hanya memandang sesuatu rupa itu cantik dan sesuatu rupa lagi hodoh.
Apakah definisi cantik itu sebenarnya?
Mengapa hanya sesetengah orang sahaja yang terpaksa menerima kritikan tersebut?
Apakah ciri-ciri yang mampu melayakkan seseorang itu menerima pujian sebegitu?

Selalunya,masyarakat hanya melihat kecantikan itu berdasarkan rupa fizikal yang dimana kadang kala itu tidaklah secantik mana di mata orang lain pun.
Kecantikan rupa paras selalu sahaja mengatasi keindahan ketulusan hati.
Mengapa semua ini berlaku ?
Ramai orang sudah patah hati,kecewa kerana telah menyalah tafsirkan kecantikan yang sebenar,

Kecantikan yang sebenar itu merupakan anugerah dan ujian daripada Allah.
Jika ditanyakan mengapa hanya beberapa orang sahaja yang layak menerima pujian sedemikian,tiada jawapan baginya kerana KECANTIKAN ITU BERSIFAT SUBJEKTIF.
Manusia merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan Allah.
Punya pancaindera,akal fikiran,hati dan perasaan.
Semua orang itu cantik.Tiada seorang pun yang terlepas.

Namun,seringkali manusia lupa.
Lupa bahawa kecantikan itu juga merupakan ujian disamping anugerah.
Lupa untuk mengucapkan kalimah ALHAMDULILLAH atas apa yang diciptakan Allah Yang Maha Esa.
Sering saja manusia kufur,tidak bersyukur dan tidak sedar dengan nikmat kurniaan Allah.
Menambah sana dan sini,melaram berlebih-lebihan.
Untuk apa semua itu ?
Untuk mengagumi orang lain.
Hanya kerana itu...
Pada akhirnya,apa yang mereka dapat?
Banyaknya keburukan..

Berbalik kepada topik hari ini,kecantikan itu adalah bersifat subjektif iaitu pandangan atau penilaian seseorang terhadap sesuatu dan pandangan itu berbeda-beda bagi setiap orang.
Dengan takrifan sebegitu jelaslah menunjukkan bahawasanya manusia mempunyai penilaian masing-masing terhadap sesuatu perkara.
Tidak semua melihat kecantikan itu seperti di mata kita.
Akan tetapi,itu bukanlah menjadi penghalang bagi kita untuk hanya memandang kecantikan rupa fizikal itu sehinggakan lupa kepada budi pekerti,keluhuran hati seseorang.

Dalam memilih sahabat,budi pekerti itu amatlah penting untuk diambil kira.
Bukan hanya memandang kepada wajah yang dikatakan sebagai "lawa" kerana semua itu tidak menjamin kepada kebahagiaan hari kelak.
Apabila kita bersahabat,keikhlasan hati yang menjadi pengukur bukan wajah.
Oleh yang demikian,luaskan lah pemikiran anda akan makna kecantikan itu.
Saya tidak layak untuk mengubah persepsi anda tetapi ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa CANTIK ITU ADALAH SATU PERKARA SUBJEKTIF,tidak hanya terhad kepada keindahan wajah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment