Wednesday, October 26, 2011

Ayuh,kita fikir !


Perbedaan pendapat itu merupakan satu perkara yang tipikal bagi setiap insan bergelar manusia.
Setiap manusia mampu untuk berkata-kata namun manusia yang berkata-kata berdasarkan ilmu didada,kurang sekali.
Memang mudah untuk menunding kesalahan kepada orang lain.
Memang mudah untuk terjun kedalam konklusi.
Memang mudah untuk mempercayai sesuatu yang pada zahirnya kelihatan kukuh.
Akan tetapi,pernahkah anda terfikir,apa mungkin kata-kata yang dizahirkan itu tidak berteraskan kepada kebenaran,ilmu dan pengetahuan?

Manusia kini hanya pandai menuturkan kata-kata namun hanyalah kata-kata yang lemah.
Manusia kini pandai menilai namun hanyalah nilaian daripada sudut yang salah.
Manusia kini pandai untuk berfikir namun hanyalah berfikir diatas halusinasi.
Manusia kini pandai untuk mengatur langkah namun hanyalah kearah yang buruk.
Manusia kini pandai untuk berbalah namun hanyalah berpaksikan perkara yang auta.
Manusia kini pandai untuk bertindak namun hanyalah tindakan yang memakan diri.

Jika anda fikir orang yang melawan arus itu sebagai bodoh,akhirnya anda akan lihat merekalah orang yang bijak.
Jika anda fikir orang yang memodenkan negara ini sebagai perwira,di akhirat kelak anda akan lihat dialah yang merosakkan negara.
Jika anda fikir dialah yang menyatupadukan bangsa,pada akhirnya anda akan lihat dialah yang menjadi duri dalam daging.
Jika anda fikir orang yang menunjukkan bantahan itu sebagai penderhaka,maka lihatlah apabila badan menyembah bumi,mereka inilah pemimpin yang akan menjadikan tanah,bangsa ini diredhai Allah.
Jika anda fikir pihak anda itu masih kuat tiangnya,apabila langit sudah runtuh merekalah yang paling lemah.
Jika anda fikir segala fitnah dan keaiban itu sebagai satu lawak jenaka,pada nafas terakhir,anda akan lihat semua itu merupakan seksaan yang masih mampu ditanggung oleh mereka.
Jika anda fikir bangsa itu jauh lebih penting daripada agama,percayalah pada akhirnya kuasa agama itu jauh lebih agung daripada bangsa.

Anda fikir anda bijak,namun masih banyak yang kelompangan yang belum diisi.
Jangan bercakap akan perkara yang kita sendiri masih tidak pasti.
Jangan berfikir akan perkara yang masih kabur.
Sekiranya anda fikir anda benar,maka pertunjukkanlah bukti.
Agar semuanya kembali pulih.

PS:Post ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan lahir daripada hati kecil saya yang nurani dan ikhlas.
Bukan perhatian yang saya dambakan mahupun ketidakpuasan hati yang ingin dicetuskan.
Hanyalah sekadar untuk mengajak anda berfikir.


Wednesday, October 12, 2011

Agenda selepas ini

Assalamualaikum,hello hello hello !
Welcome back for me. Ngee.
It's been a long time,che tak menyervis ini belog.
Kangen bangat deh.
Tengok sampai dah terkeluar semua bahasa.Hihi
Ini kerana saya sudah bebas daripada buku. Huhu
I'm free,as free as the flying bird. Whoa !

Tapi actually kan,saya tak rasa apa pun. haha.
I wonder,kenapa lah semua orang rasa happy sangat tapi saya tak rasa apa pun.
Okay,let just forget about it.

Today's topic :
Apa yang hampa nak buat lepas habis exam ni?
(I know,tak ada sapa pun yang nak baca my blog ni )

Antara list yang sudah saya siapkan. Listnya agak panjang jadi harus dipendekkan. Macam la dah tak ada cuti lepas ni,kan kan kan? hehe
-Main The Sim. whoa saya sekarang ni memang sudah adict dengan itu game. Kenapa tah,tapi takpalah...sekarang boleh main puas-puas.
-Baca buku,bukan buku tu...buku cerita. Since tak ada apa yang nak dibuat so,kita baca la novel. Rindu kat buku sekolah,kita gantikan dengan novel.
- Outing ! Actually kan,sebelum ni pun memang saya dok outing selalu dengan kawan-kawan. So,takpalah..masukkan la sekali dalam agenda.
-Mesej.Hihi. Ini memang selalu tapi kali ni,memang tak lepas dah fon tu. Hahah !
-Tengok movie. itu pun kalau ada la. takkan nak tengok wayang tiap-tiap hari pulakkan.

Itulah antara agenda tersembunyi saya yang sudah diekspos kepada anda sekelian.
Kalau ada idea,drop a comment.
;-)