Tuesday, June 7, 2011

Anak-anak disana


Pandangan sepi terhadap remaja zaman sekarang,tidak membawa sebarang makna.
Tindak tanduk mereka yang semakin entah apa-apa menguatkan lagi bukti bahawa mereka kian kritikal.
Jika dibandingkan dengan para remaja atau mungkin para 'pahlawan' di negara seberang,amat sukar sekali untuk mencapai taraf.
Adakah mereka kian kritikal atau sememangnya sudah kritikal ?

Minda diusung ke sana sini tanpa dipenuhi dengan ilmu-ilmu sebaliknya hanyalah pemikiran kotor dan gelap.
Memang benar bahawa,bukan semua remaja yang sebegini namun nampak gayanya seperti hampir kesemuanya begitu.
Fikiran mereka hanya tertumpu kearah keseronokan yang tidak kekal abadi.
Sungguh menyedihkan.

Sebaliknya buat anak-anak muda negara barakah yang sedang menaruh kebencian terhadap si Lanknatullah itu !
Mereka berjihad habis-habisan semata-mata untuk keselesaan,kepentingan generasi akan datang.
Baru sahaja melihat dunia,mereka sudah terpaksa melihat pertumpahan darah merah saudara-saudara mereka.

Pejuang-pejuang Islam dijadikan sebagai inspirasi,bukannya artis-artis atau selebriti-selebriti yang membawa kemudaratan itu.
Saban hari,anak-anak disini menatap facebook,twitter namun mereka disana terpaksa menahan kesakitan,sebak didada melihat ibu bapa diseksa,dibunuh.

Daripada peristiwa Perjanjian Balfour,ke tragedi 1948 hinggalah pula ke Perjanjian Camp David,mereka tidak pernah aman.
Tiada seinci pun tanah yang bertaraf 'merdeka' .
Hidup mereka dipayungi dengan ketakutan,kebencian,kesedihan,dan semangat jihad yang kian meninggi dari hari ke hari.
Bagi mereka,biarlah kaki dan tangan mereka hancur dek letusan bom,asalkan parut yang sudah lama berbekas di hati dapat ditebus.

Bertahun-tahun lamanya,puak laknatullah itu menjajah hidup mereka.
Sejak daripada zaman nenek moyang lagi,mereka terpaksa akur dengan arahan si tolol untuk pergi meninggalkan kampung halaman mereka sendiri.
Apakah itu wajar !?
Hidup mereka seperti burung di dalam sangkar,terperangkap diatas tanah air sendiri.

Bara api yang ditiup oleh para syuhada seperti Dr Abdullah Azzam,Iman Hassan Al Banna dan ramai lagi sememangnya pasti melekat di hati.
Kata-kata semangat,jasa dan sumbangan mereka hanya Allah yang mampu balas.
Namun begitu,apa yang diralatkan ialah masih terdapat pihak-pihak yang masih begitu naif hingga dijadikan boneka si celaka pihak rejim untuk memusnahkan masa depan anak-anak Palestin.
Walaupun mereka itu sebangsa,seagama namun kuasa wang dan hasutan syaitan ternyata lebih kuat.

Andai kata mereka rebah menyembah bumi,mereka akan dihadiahi sebuah hadiah yang indahnya tidak mampu dizahirkan dengan kata-kata.
Cuba kita imbas kembali,betapa kuatnya mereka,cekalnya mereka bangkit untuk melaungkan kalimah Allahuakabar.
Kita disini,masih sempat bergelak ketawa kekenyangan.
Hati masih tegar untuk tidak mahu melepaskan keberahian dunia ini walaupun untuk saudara-saudara Islam disana.
Bukan wang ringgit yang mereka dambakan namun iringan doa yang lahir daripada ketulusan hati.

Sanggupkah kita membiarkan anak-anak kecil disana dibunuh dengan sadisnya hanya kerana melontarkan batu untuk mempertahan nasib bangsa ?
Sanggupkah kita melihat anak-anak muda disana melihat darah ibu bapa mengalir keluar membasahi bumi?
Renung-renungkan lah....















No comments:

Post a Comment