Sunday, October 24, 2010

Hilangkan Stress

Saya amat memahami jika anda berasa stress sekarang kerana bahang exam yang semakin hampir itu mengganggu hidup anda buat masa ini.Oleh itu,lepaskan lah stress anda itu dengan ketawa ! Warnailah hidup anda yang lesu itu dengan gelak ketawa.Seperti mana saya yang amat telah menjadikan ketawa itu sebagai satu hobi . Hehe ...

Jika anda tidak reti atau tidak mampu ketawa,saksikanlah video ini.Mungkin dapat membantu...




Sunday, October 17, 2010

PLEASE..

-Mengapa susah sangat kamu nak dengaq cakap saya !? Tiap2 hari,marah2. Kalau saya balas,kamu kata saya menjawab.Kalau saya dok senyap,kamu kata saya salah. Macam mana !? Saya nak jadi baik..tapi susah.Saya tak cukup baik ke? Saya perhatikan kamu buat saya macam tu dari kecik lagi.Saya dahagakan kasih sayang kamu.Kamu mengerti ke tidak?Siapa saya kepada kamu?Saya nak mintak maaf,tapi saya malu,segan,takut diejek.Tolong lah....

-Eh eh,awak moody la.Tak,saya tak moody la.Ye,awak moody.Ish ! Bila pulak saya moody ni !? Mungkin saya tengah serius..bukan bermaksud saya moody.Mungkin jugak saya ngantuk,bukan bermaksud saya moody.Maybe jugak sebab saya lapar..tak boleh la nak ceria waktu lapaq !!! Saya sakit pun bole jadi jugak.Tak kan la waktu sakit,nak gelak2...SAYA TAK SEMESTINYA MOODY !!!!!!

-Saya tak mo cakap dengan awak...awak muka tensyen.Lorh..cakap jelah ! tak mo,tak mo lah ! Grrrr....lantaklah ! Saya oke.Cakap jelah.Haih...Orang bukan tensyen,orang nak serius.Paham dak !?

Keluar ! Saya kata keluar.Kalau tidak,saya bagi nama kamu kat cikgu.Huh...minah ni.Buat garang pulak..benci lah! Saya bukan buat garang,saya nak jalankan tugas.Mentang2 saya kawan kamu,kamu boleh suka2 buat macam ni.Mintak maaf la kalau saya kasar sangat.Tapi,tolong lah paham.....!!

Tolonglah fahami diri saya ni..



Thursday, October 14, 2010

Hari Yang Membawa Senyuman


(edit)

Memang la..aku sayang gila dengan kelas aku.Hari2 gelap yang aku sangkakan akan melanda diriku,awal tahun dulu..memang sudah mereka buktikan bahawa statement tu sama sekali salah.SALAH ye ! Tak sangka ya,budak2 kelas aku ni memang sporting2 belaka.Jamuan yang
terbest pernah aku rasa dalam hidup aku setakat ni.

Sebelum aku membuka al kisahnya,ingin aku tegaskan disini bahawa aku amat
suka,sayang,bangga dengan kelas 2cm
.
AL KISAH JAMUAN KELAS 2CM
Aku bersiap-siap pukui 1 tu,lengkap dengan pakai my best dress,solat,perfume
apa semua.Then call aeli,msg2 reen2 untuk set tempat untuk menjemput aku.Lepas siap apa
semua,aku punfetch my bag,seplastik snek 7 jenis dan memulakan langkah kanan keluar dari
rumah menuju ke fruitstall,tempat yang ku sudah berjanji untuk menunggu reen2.

Reen2 sampai dan kemudiannya,aku masuk ke dalam keretanya,dan menunggu ON selama 5minit,10 saat.ON tiba dengan amanya.Dia masuk ke dalam kereta dan abang saudara reen2
menstart enjin keretanya.

Kami tiba di lokasi dan menemui orang yang paling awal tiba di lokasi iaitu ayaya dan aen.Kamipun apa lagi,bersembang2,berpic2...lah.!

Lepas sekian minit,penduduk2 kg 2cm pun tiba dengan makanan2,air2 dan bermacam lagi.Dengan tidak sabarnya,kami menyusun semua makanan2,air2 dan terdiri darip
ada pizza 4jenis,kfc,air 8 botol iaitu air oren mirenda;pepsi dan apple tropicana twister....
Kami pun,bersopan santun nya,q up untuk mengambil makanan masing2
.
Puteri puteri 2cm yang menyusun makanan,menjemput para putera putera yang sedang
khusyuk bermain bola tak ikut masatu untuk makan.

Usainya makan2...para camera crew menfetch camera masing2 untuk sesi foto berfoto.Waktu ni memang happening.Tak larat berposing dah budak2 2 cm ni...Tapi takpa,demi untuk
menangkap gambaq...mereka kuatkan semangat untuk terus berposing.

(edit)


Lepas 'shooting',buat apa tah?Ha ! Kakak2 2 cm belanja semua AISKRIM ! TIME FOR ICECREAM !! Yeppi...maka terukirlah senyuman kegembiraan pada wajah adek2 2cm.Semua,jom ke pentas untuk bermain game !! Lantas semua putera2 dan puteri2 membuat rombongan menuju ke pentas tidak berbumbung itu
untuk acara game. Truth Or dare ! Memang acara kemuncak jamuan tu.Happening tahap ! Kakak pengawas ni (not aina) kena ucap"wa ai ni" kat si anak paksu ni.! Paksu nya pulak
kena nyanyi lagu barnie.Haha..muka kawan merah.Tuh la,hampa amik
lagi dare,kan dah kena. Nady kena duk on my lap.Wahaha.!
Aku pulak kena memekak 'my husband has ran away ! Please help me.'.Malu kot. Yang pali
ng lawaknya bila si anak paksu ni..kena listkan annoying habit orang2 kat situ.I kena cap ketidakstabilan emosi u.
Haha ! Takpa2,sweet memory.Syira tak join pun game tu sebab tunggu kedatangan ayahandanya manakala pini and dayah dok berdating.Maan,paan n Daham pulak..tak abeh2 dengan bola depa.Haih...
(edit)


Tengok ja cuaca mendung,kami pun pulang ke stage berbumbung untuk mengemas makanan.Warga2 lelaki bertawaf keliling tasik tu.Depa nak excercise untuk main bola.Habeh kemas2,cup2 makanan untuk bawak balik,kami pi pulak bertapak kat bawah pokok untuk berpiknik fasa kedua sambil menonton orang laki main bola.Nak tengok,hebat ke tidak.Tiba2 idea bernas pop out kat otak mereka untuk mencall ratu chopra.Sembang2 la dengan dia.Dia kan tak join party tu,terasa la sedikit kehilangan.Kami makan2...sembang2...then mak ex gf sheikh
call...dia pun ajak aku balik(aku menumpang).

Balik2 tu,tak sangka.! Orang yang tak balik lagi tu telah bersuka ria di belakang aku.Sanggup depa.Kejam sungguh ! Waktu aku ada,tak la pulak diajak bersuka ria.Amoih..nak kena ni !
Depa main tuju kasut you...i geram nih ! haha....

So camtu lah al kisahnya.Penat bercerita.Memang superb.The best lah ! I love 2 cm.I love my friends dalam kelas tu ! Aku bangga dengan 2 cm.Bagi yang tak puas ati kat kelas aku tu,Talk to my hand lah !


Saturday, October 9, 2010

Ouch,my sole !

1)Hari Khamis tu,km budak2 form 2 cuti tau..sebab form 3 pmr...(eh awat pulak tetiba cakap camni ni?oke tukaq2).Aku keluaq la dengan pina,cidan,amir,danial...actually ramei lagi budak2 form yang keluaq hari tu.Jadi cam tempat persinggahan smj la plak.Kami(me and pina) keluaq actually sebab beli barang.Tiba-tiba pulak geng laki tu appeared(acehh).So takpa la,pi jemput depa sat lepas tu aku dengan pina beli barang keperluan untuk jamuan sementara depa main game.Patuh jumpa depa balik kat nash...makan makan makan...lepas tu main boling sat..check out2 handfon...pas tuh pulangggg....

2)Keesokan harinya,aku pi join kelas tambahan math budak 2 ar..pi dengan basikal adek..ya Allah,tak ada angin ! Geram nya...bawak basikal tanpa angin tu memang letih.Oke2..lepas habis kelas,pi la ikut depa pi aneka jap..round2,check2 mata,beli2 barang..then balik umah.Kayuh lagi basikal..sakitnya kaki !

3)Petang tu,janji dah dengan nana(my kakak)..nak pi shopping sama2...tunggu dia punya tunggu..sampai kui3.Ish...pi jalan mana lah dia ni??? Then kui 3 tu dia and qis mai fetch aku di rumah.Oke pi jalah shopping dengan depa.Mula2..pi tengok baju lepas tu,tengok beg..berjam tunggu nana tu nak beli beg..akula yang kena jadi model dia.Lepas tengok beg,kasut..seluaq...kain..tudung...kembali pada baju dan kasut balik.Penat3 ! Dah la pakai heels..sakit nya kaki ! Tak habis kat situ,depa round pi tempat lain pulak demi misi mencari skirt for qis.! At last,kui 8 tu dia jumpa la skirt yang dicari-cari tu..and dia pun hantarlah saya dan kakak pulang ke rumah.Dalam otak,dah terbayang-bayang laptop dan katil untuk diserang tu.Bukak2 ja kasut,Ouch my sole ! I cant walk.! haha....


Wednesday, October 6, 2010

Whee3...!

semalam...best gila kat sekolah.Kan ustazah suruh bawak tepung/debu tanah untuk buat amali pertepungan eh eh bukan tayammum.Malangnya(aceh) ustazah tak masuk kelas akibat terlalu bizi..so kami pun,orang2 yang sedang tekun menungguk kedatangan ustazah dengan penuh kesabaran membuka plastik beg yang berisi tepung itu dan MEMBUAT TAYAMMUM SENDIRI.Alangkah gembiranya kami mencalit2 tepung kepada muka kawan2...Aku telah diserang oleh pina n shidah.2 sekaligus..where aci,kalah uh ! :( (tarik muka*)

si pina-pina bawak cam baharunya yang bewarna pink itu ke sekolah.shhh..jangan bagitau cikgu.Kami semua apa lagi...membuat parti liar la.Tapi yang terkawal lagi...bestttttttttttt..!!!
Kakak2 dan pakcik2 2cm dok sibuk mengatur plan jamuan..aku hanya membantu sikit2 saja.Well biasa la,budak suka main (lalala)....memang chaos gila.

Hari tu jugak,kami bukan belajaq sangat pun.belajaq alah 3 out of 7 subjek ja.Tu yang syok uh.haha.! Ticer Soh nyanyi dalam kelas bi tadi..."one smile makes two...lalala"haha.camtu lah dia nyanyi..cumey sungguh ticer.Such a randezvoue...(cam tu uh eja..????)..haha...!

In short,memang syok habes semalam.Hari ini ada jaya waris...boleh balik awai.whee whee dry !!! (xleh go gila).Dah la tadi ada maher zain kat mhi(lari tajuk)..mewarnai hariku yang sudah bewarna warni ni...

Monday, October 4, 2010

TABARRUJ

TABARUJ..
apakah erti tabaruj tu?oke...mari kita bersama-sama menyingkap definisi Tabaruj itu
Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.
Daripada ayat itu,kita dapat mengagak maksud tabaruj itu sendiri.Bagi siapa yang masih tidak mendapat erti kata tabaruj itu,ini adalah maksudnya; TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.
Pasti,para rakan sudah dapat mengetahui apa yang akan dibicarakan oleh saya dalam post ini.Jika ya,bagus.Saya ingin mengfokuskan kepada dosa-dosa yang dilakukakan di dalam faceb,terutamanya kepada kaum hawa.Jika kita lihat,hampir setiap orang yang kita kenal yang mempunyai faceb(of course) akan menukar gambar2 mereka setiap almost every month.Bagi saya,itu bukanlah menjadi satu kesalahan tetapi apa yang salahnya ialah gambar2 mereka itu memperlihatkan aib atau aurat2 mereka.Walaupun,mereka berpakaian sopan,memakai tudung..tetapi itu tidak menghalang daripada mendedahkan aurat mereka.

Saya ambil satu contoh yang mudah;apabila mereka tangkap gambar..pelbagai reaksi muka atau cara posing ditonjolkan.Sebenarnya,tindakan mereka itu dapat menaikkan nafsu lelaki atau kata yang mudah..mengghairahkan lelaki.Cuba bayangkan..sekiranya seorang lelaki tengok gambar itu...kita mendapat 1 dosa...bagaimana jika 100 orang yang tengok...bukan setakat tengok...menatap lagi gambar tersebut.Subhanallah...

Berposing berlebih-lebihan saja sudah mendapat dosa..inikan pula jika lansung tidak menuntup aurat...menunjuk-nunjuk rambut yang pelbagai fesyen,berpakaian tidak cukup kain...bermekap 3 inci...
Allah s.w.t telah berfirman dalamsurah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Suara.Saya ingin menyentuh mengenai suara.Ya Para Muslimah di luar sana,ketahuilah bahawa perempuan dilarang melunak-lunakkan suara mereka.Suara itu aurat.Bukan sahaja melunak-lunakkan malah melalak2,menjerit2 juga ditegah.

“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Oleh itu,berubahlah rakan-rakan ku..berubahlah menjadi seorang Muslimah yang dapat memartabatkan taraf perempuan.Berubahlah menjadi seorang insan yang taat pada perintah Allah.Kerana sesungguhnya Allah itu mengetahui.Setiap larangannya mempunyai sebab yang tersendiri.

p/s:Tujuan saya menulis post ini bukanlah atas niat ingin menunjul-nunjuk atau ingin menunjuk baik tetapi saya berniat sekadar untuk memberi kesedaran dan pengetahuan.Marilah sama-sama kita menuju ke jalan Allah.

Sunday, October 3, 2010

B.a.h.a.g.i.a

Kebahgiaan.Oke,apakah erti kebahgiaan tu yang sebenarnya?Mari kita sama2 terokai.

-Apakah kebahgiaan itu hadir pabila kita dapat mainan baru?hmm...Mungkin..

-Atau kebahgiaan itu merupakan dalam bentuk wang ringgit.Kita dapat kebahgiaan ketika..menang dalam pertandingan siapa mempunyai duit raya yang paling banyak.Adakah...?

-Tetapi mungkinkah kebahagiaan itu dapat dicapai waktu kita dapat 5a dalam upsr?

-Boleh jadi juga,kebahgiaan itu kita dapat waktu kita mendapat tahu ada orang suka kita....hmm....?

-Bagaimana dengan waktu kita ada seorang atau beberapa orang kawan yang kancing sangat dengan kita,kira besties la.Urr...?

-Camana pulak dengan waktu mak ayah kita bagi je apa2 yang kita nak waktu pi shopping...???

-How about dengan,jadi anak emas cikgu?

Susah..susah nak tentukan.

In short,definisi kebahagiaan itu berlainan bagi setiap orang mengikut pandangan mereka.Kebahagiaan itu susah diterjemahkan kerana kadangkala tanpa diduga,kebahagiaan yang kita sangkakan bahagia itu mempunyai kepahitan yang pedih disebaliknya.Terserah kepada setiap individu untuk menilai kebahagiaan itu bagaimana.

Idealogi:Amiera Basir

Friday, October 1, 2010

Wahai hamba di muka bumi ini,sedarlah anda semua bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Ingatlah bahawa syaitan dan jin itu merupakan musuh yang terang nyata bagi manusia.

Amalkan ayat-ayat ruqyah dalam hidup anda,perdengarkanlah ayat-ayat ruqyah di rumah anda,terapkanlah ayat-ayat ruqyah dalam jiwa anda

AYAT-AYAT RUQYAH

  1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 )

  2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )

  3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) di ulangi sebanyak 7 kali.

  4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )

  5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )

  6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )

  7. Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 )

  8. Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 )

  9. Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 ) di ulangi sebanyak 7 kali.

  10. Surah Al-A'raf ( ayat 120 ) di ulangi sebanyak 30 kali secara bersendirian

  11. Surah Yunus ( ayat 81-82 ) di ulangi sebanyak 7 kali



  12. Kemudian baca ayat ini:-
إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ
Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya


Surah Thaha ( ayat 69 ) di ulangi sebanyak 7 kali

Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )

Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 )

Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 )

Kemudian baca ayat ini sebanyak 7 kali:-


يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ

Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 )

Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 )

Surah Al-Jin ( ayat 1-9 )

Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 )

Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) di ulangi sebanyak 9 kali

Surah An-Nas ( ayat 1-6 )