Saturday, February 26, 2011

Si Tukang Cerita & Si Pendengar

Gosip dan perempuan sememangnya serasi.Semua orang tahu akan hakikat tersebut. Tapi,jangan terkejut...kaum lelaki kini juga pandai bergosip setaraf dengan kaum perempuan. Namun,bukan itu yang bakal menjadi isu perbualan hari ini.

Menurut pemerhatian mata saya,gosip akan melibatkan dua pihak yang utama iaitu si tukang cerita dan si pendengar. Sudah tentulah,sekiranya tiada si pendengar kepada siapalah si tukang cerita mahu melepaskan cerita yang terbuku di hati,bukan? Si pendengar tugas mereka mudah sahaja,iaitu mendengar dan memberi komen. Mereka memegang prinsip,mendengar dan mempercayai. Mudah saja mereka mempercayai apa yang diceritakan.

Saya agak hairan,kenapa begitu mudah? Cubalah selidik dahulu kebenaran cerita tersebut.Ini tidak,terus saja percaya kemudian memberi komen dan menyebarkan cerita tersebut.Cubalah fikir seandainya si tukang cerita itu sedang mereka cerita dan memanipulasikan otak anda,betapa geramnya anda kan? Tambah-tambah pula,cerita yang berunsur fitnah. Tak pasal-pasal anda mendapat dosa.Oleh itu,periksalah dahulu kesahihan cerita tersebut.

Si tukang cerita itu,sememangnya tidak boleh hidup tanpa si pendengar.Dunia mereka seakan tidak lengkap. Mengapa ya? Si tukang cerita ini pula mudah saja bercerita tanpa pastikan dulu kepada siapakah mereka bercerita itu.Andai kata si pendengar tersebut menghebahkan rahasia anda itu ke seluruh pelosok dunia,kemudian pula telah menukarkan versi anda menjadi versi mereka,saya percaya...sudah tentu anda berasa ingin melenyek-lenyekkan orang itu.Haha !

Percayalah,saya pernah berada dalam situasi sebegitu.Saya mengerti bagaimana rasanya. Para si pencerita dan si pendengar di luar sana,berhati-hatilah ya. Anda tidak mahu berasa tertipu di kemudian hari,bukan?
Jangan menjadi seorang yang mudah. Pabila kita menjadi seorang yang mudah,orang juga akan melayan kita dengan mudah. Sementara menunggu belang sebenar si si tu terserlah,bukalah mata anda seluas-luasnya.

SELAMAT BERJAYA !!!



Sunday, February 20, 2011

Hanya Satu Ku Pinta

Setiap hari dalam hidupku kini,penuh dengan kemuraman dan kekusaman. Sukar untukku mencari kembali pelangi keceriaan. Berbagai cara ku guna semata-mata untuk membahagiakan hati ini. Namun,sering kali aku tersungkur di tengah jalan. Niat di hati bukan untuk membuka pekung di dada kerna diri ini hakikatnya bukanlah jenis sebegitu tetapi sekadar untuk meminta bimbingan.

Dalam perjalanan hijrahku,berbagai cara iblis dan syaitan gunakan untuk menggoda hati lemah ini. Puas aku menyedarkan diri sebelum dihanyutkan ke dalam kancah maksiat.
Perjuangan ku ini bukan untuk sesiapa tetapi untuk diriku dan Allah SWT.
Hati ini begitu kepingin untuk menjadi salah seorang ahli syurga Allah dan menjadi seorang insan yang cemerlang,gemilang di dunia dan akhirat. Inginku menyerahkan diri untuk memperjuangkan dan menegakkan agama Allah. Tiada apa yang lebih penting daripada Allah.

Jika semua orang bercita-cita untuk memperjuangkan nasib bangsa,namun aku sebaliknya. Agama Islam itu kuletakkan dihadapan. Sememangnya benar bahawa diharuskan membela dan mempertahankan bangsa namun jika dilihatkan kepada kedudukan Agama Islam kini yang bagai telur di hujung tanduk,yang bisa jatuh pada bila-bila masa..tak sanggup aku. Tak sanggup aku melihat agamaku sendiri jatuh.

Jatuh disini bukanlah seperti peristiwa jatuhnya Kerajaan Uthmaniyah,sebuah kerjaan Islam yang telah mencapai kegemilangannya namun,disebabkan beberapa faktor..jatuhnya kerajaan itu sehingga hari ini. Definisi jatuh didalam konteks perbincangan ini adalah jatuhnya kerohanian,keimanan masyarakat Islam pada hari ini akibat daripada perasaan hedonisme yang kian membuak-buak dalam jiwa. Sifat hedonisme itu saban hari meninggi sehinggakan iman mampu dikalahkan oleh nafsu.

Aku tidak mahu malah tidak ingin pun tergolong dalam jenis insan sebegitu. Aku tidak mahu lemas dalam lautan duniawi !! Seperti mahu nangis pabila tiba-tiba aku disedarkan daripada lamunan maksiat. Ya Allah,bersyukurnya aku ! Aku masih mampu diselamatkan. Tetapi,bagaimana aku ingin menghadapi hari-hari esok? Bagaimana sekiranya tanpa ku sedar,aku telah terjebak dalam perkara yang sememangnya tidak diredhai Allah !? Allah....
Aku tersangat menginginkan untuk menjadi seorang perempuan yang solehah kepada ibu bapa serta menjadi seorang yang muslimah.Tidak ku sangka,begitu banyak pengorbanan yang harus ku lakukan untuk menjayakan impian murni itu.Tetapi aku tidak kisah ! Semua itu bukanlah aku lakukan semata-mata untuk kelihatan baik dihadapan orang ataupun menggoda mana-mana lelaki. Aku sesungguhnya,tidak mahupun dilihat oleh mana-mana lelaki.Aku lakukan itu hanyalah untuk menjadi hamba Allah yang baik sepertimana yang dilakukan oleh Siti Fatimah,puterinya Rasulullah.

Aku berasa amat menyesal akan masa yang telah aku bazirkan selama ini. Masa yang begitu panjang,aku sia-siakan begitu sahaja. Sombongnya aku ! Namun kini,telahku berazam...aku tidak akan lagi membazirkan masaku sementara masih ada di atas muka bumi Allah ini. Aku akan cuba sedaya upayaku untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik walaupun aku sering kali gagal. Tidak akan ku biarkan mata ini bergenang dengan air-air kekecewaan akan kegagalanku.

Hanya satu aku pinta,mohonlah beri bimbingan kepadaku.Bukan hanya bimbingan mengenai perkara-perkara berkaitan pelajaran,berilah bimbingan kepadaku untuk menuju ke jalan yang benar.Aku mendukung beberapa cita-cita iaitu untuk berjaya di dunia dan ahirat dan menjadi seorang pemimpin kepada adik-adik,kawan-kawan dan saudara Islam yang lain. Aku ingin membantu mereka sedaya upaya keringatku mampu.Mohonlah untuk memberi bantuan kepadaku.
Jasa anda teramatlah dihargai,

Thursday, February 17, 2011

Pemimpin Agung

15 Februari 2011.Baru saya jumpa sinar kebahagiaan yang sebenarnya.
Apa maksud saya ? Adakah kerana AE Percival menyerahkan diri kepada Yamashita Tomoyuki pada tanggal ini(Sejarah tajuk 1)?
Tidak. Sebenarnya tanggal 12 Rabiulawal telah jatuh pada tarikh ini untuk tahun ini.
Satu tarikh yang amat bersejarah dalam Islam. Lahirnya seorang pemimpin yang agung.
Selama ini,tidak pernah saya terfikir atau cuba memikirkan apa maksud sebenar tarikh ini.
Apabila ditanya,pantas saja saya menjawab maulidur rasul.Tetapi hati tidak pernah faham apa itu maulidur rasul.

Ya Allah ! Terasa begitu rugi sekali. Sebagai seorang insan beragama islam,tidak sepatutnya saya mengabaikan perkara-perkara sebegitu.Tetapi semuanya sudah berubah.
Kini saya mengerti apa makna sebenarnya. Hati bagai disentap angin pilu.Terasa begitu bersyukur sekali. Tanpanya,saya tidak akan menjumpai kedamaian.
Kedamaian yang amat besar.

Baginda amat menyayangi umatnya. Diharunginya segala ranjau dan onak duri semata-mata untuk memastikan umatnya menerima kebenaran,untuk menegakkan agama Allah.Jika dilihatkan pada realiti semasa,semakin hilang insan yang mempunyai sifat sedemikian. Begitu sukar sekali untuk mencarinya. Mungkinkah insan sebegitu masih wujud dimuka bumi ini?

Hati meronta-ronta ingin berjumpa dengannya. Dikhabarkan bahawa semasa pemerintahannya,telah lahirnya hamba-hamba Allah yang begitu sejati hatinya. Alangkah indahnya andai dapat hidup dalam kalangan masyarakat sebegitu kuat imannya. Namun apakan daya,saya tidak mempunyai kuasa untuk pergi ke masa-masa lampau.

Namun,mengapa mulut ini begitu berat untuk memujinya setiap saat? Mengapa saya tidak bisa menjadi seperti insan lain? Saya amat menyayangi Rasulullah,walaupun saban hari melakukan dosa. Semua ini bukannya satu pembohongan. Saya tidak menipu diri sendiri.Semua ini kenyataan. Akan tetapi,masyarakat sering menyalah tafsirkan cinta murni ini.

Biarlah. Saya mengenali diri saya sebaik-baiknya. Saya tahu apabila saya bercakap benar. Jika masyarakat ingin memanipulasi perasaan saya ini,saya tidak kisah.Mungkin anda masih tidak menjumpai sinar kebenaran.
Akhir kata,saya ingin mengucapkan salam maulidur rasul.Marilah kita kenang akan pengorbanan dan perjuangan Baginda yang cukup besar.

Monday, February 14, 2011

Bulan 2 !

Untuk tempoh beberapa saat ini,ideologi tidak dapat dicurahkan atas kesibukan urusan dunia.
Disini terdapat sedikit nukilan yang tidak berapa penting sekadar untuk menyerikan blog :

8/2-Hari pertama untuk ujian 1. Buat dengan jayanya walaupun soalan agak susah sehingga mampu memuntahkan si penjawab.
9/2-Tidak hadir ke sekolah . Tidak sihat la pulak !! Demam panas yang teramat panas.
10/2- Masih tidak hadir ke sekolah. Rindu terhadap kelas membuak-buak. Keinginan untuk menjawab ujian semakin melonjak-lonjak. Selepas bertungkus lumus study,malangnya tiada rezeki. :(
Minggu hadapan- Terpaksa berhadapan dengan soalan para guru dan teman-teman,sebab tidak hadir.Cemburu dengan suasana mendapat result. Cemburu dengan kejayaan mereka.
Keputusan untuk kertas ujian hari pertama,tidak membawa pulangan yang memuaskan. Malah mencipta rekod baru. Jauh lebih 'baik' daripada tahun-tahun sebelum.

Kesimpulannya,bulan ini menjanjikan 1001 kekusutan. Dengan kesihatan yang terumbang ambing,rekod baru yang dicipta dan kejelesan yang mendalam.
Harap hari-hari yang mendatang di dalam bulan Februari ini akan memberi lebih kebaikan.