Sunday, March 11, 2012

"KEPIMPINAN"

Apabila kita menyentuh soal pemerintah,semua orang membayangkan kekuasaan,keistimewaan,kekayaan,kesenangan.
Hampir semua orang di dunia ini mendambakan jawatan ini.
Hampir semua orang juga telah berjaya memperolehnya.
Namun hanya sedikit yang bertanggungjawab keatasnya.
Hanya sedikit yang sedar akan erti jawatan ini.

Pada hakikatnya,menjadi seorang pemimpin bukanlah satu perkara yang mudah.
Pabila kita memegang tampuk pemerintahan,segala bebanan,tanggungjawab berada diatas bahu.
Bukan semua insan didunia ini layak untuk menjadi pemimpin yang baik.
Realitinya,ramai para pemimpin kini yang gagal menjayakan kepimpinan mereka.
Mereka gagal untuk memimpin anak buah di bawah dengan adil,baik dan penuh dengan tanggungjawab.

Benar,bukan semua manusia mempunyai ciri kepimpinan.
Namun bukan semua juga harus memenuhi semua kualiti kepimpinan itu sendiri.
Ini kerana,bukan semua manusia itu serupa.
Bukan semua manusia mampu untuk mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang seharusnya mereka ada.
Akan tetapi,itu bukanlah juga bermakna seseorang itu tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin.

Benar kata orang,seseorang pemimpin itu sepatutnya ada sifat yakin,berani,bijak,punya tahap komunikasi yang tinggi.
Ini merupakan antara kualiti yang sepatutnya setiap pemimpin ada dan juga merupakan kayu pengukur bagi tahap kekualitian seseorang pemimpin itu.
Andai kata seseorang pemimpin itu tidak memiliki sifat-sifat ini,mana mungkin dia dapat memerintah dan mentadbir sesebuah institusi itu dengan jayanya.

Yakin merupakan kunci utama kepada kepimpinan yang baik.
Tahap keyakinan seseorang manusia itu daripada manusia lain adalah berbeza.
Namun begitu,seorang manusia yang ingin mengepalai sesebuah bahtera,wajiblah mempunyai tahap keyakinan yang jitu daripada manusia lain.
Dengan ini,barulah sesebuah bahtera itu dapat belayar dengan baik di atas permukaan laut walaupun dilanda badai ombak yang ganas.

Daripada elemen yakin itu barulah keberanian dapat dibentuk.
Seseorang nakhoda itu perlu yakin untuk membuat keputusan dan melawan segala rintangan yang timbul di atas permukaan laut itu agar anak-anak kapalnya dapat tiba ke destinasi dengan selamat.
Seseorang ketua itu harus lebih berani daripada orang bawahannya.
Jika berlaku sesuatu,ketua itu haruslah dulu tampil ke hadapan bagi menghadapi masalah itu.

Seorang nakhoda yang berkualiti,dia harus pandai dalam mengatur strategi.
Bagi melawan lanun-lanun dihadapan,nakhoda itu perlu pandai mengatur cara untuk memenangi perlawanan itu dengan mantap.
Semua anak kapal bergantung harapan dengan nakhoda mereka.
Tanpa kebijaksanaannya,mungkin agak sukar bagi mereka untuk memenangi pertaruhan mereka itu.

Masyarakat sering menyalahtafsirkan antara kepimpinan pengecut dan kepimpinan berdedikasi.
Kepimpinan yang hanya berteraskan semata-mata kepada kekuatan fizikal itu bukanlah satu bentuk kepimpinan yang baik.
Manusia yang punya tahap fizikal yang mantap tidak bererti dia merupakan seorang pemimpin yang berkaliber walaupun pada hakikatnya,sudah jelas tertampak bahawa dia mampu untuk melindungi rakyatnya.
Akan tetapi,jika kita lihat pada realitinya,seseorang pemimpin sebegini acap kali menggunakan kekuatan yang ada padanya untuk mendapat 'hak' politiknya.
Seseorang itu akan menggunakan apa cara sekalipun,asalkan kepuasannya dipenuhi,sebagai tamsilan melalui ugutan.

Mengapa pemimpin sebegini dilabel sebagai pengecut?
Hal ini demikian kerana,apabila dia menggunakan kuasa yang ada padanya untuk memenuhi kepuasan nafsu dengan cara menindas rakyat maka,dia digelar pengecut.
Dia ternyata telah mencabar orang yang sememangnya tidak mampu untuk menandinginya.
Analoginya cukup mudah,saya ibaratkan pemimpin itu dengan gajah manakala rakyatnya pula sebagai semut.
Gajah tersebut ternyata punya kekuatan fizikal yang mampu untuk membunuh mana-mana saja semut dengan senang hati.
Semut-semut itu pula tidak mampu untuk melawannya kerana saiz fizikalnya terlalu kecil.
Maka dengan itu,saya kira sememangnya wajar jika kita labelkan pemimpin sedemikian sebagai pengecut kerana mereke sesungguhnya telah menyalahgunakan kekuatan yang ada pada diri hanya untuk memenuhi nafsu serakah.

Namun begitu,saya tegaskan disini bukanlah semua pemimpin yang kuat fizikalnya berperwatakan sedemikian.
Cuma saya simpulkan daripada realiti kehidupan masyarakat dunia kini.

Pada pendapat saya,jika ingin memimpin gunalah pendekatan yang telah digariskan oleh Islam.
Gunalah kaedah yang telah diimplimentasikan oleh Rasulullah saw.
Sesungguhnya,cara yang diguna pakai oleh Nabi Muhammad itu merupakan cara yang terbaik.
Kita tidak semestinya harus untuk memperlihatkan kekuatan fizikal yang ada pada diri untuk mendapat kehormatan dan pengiktirafan.
Kadangkala pendekatan sedemikian mampu untuk memakan diri.
Kita tidak tahu apakah yang terperuk didalam minda masyarakat tatkala kita memimpin mereke sedemikian.
Mereka mungkin mengikut kata kerana mereka sememangnya menghormati kita ataupun kerana mereka takut ataupun kerana mereka terpaksa.

Sesungguhnya kekerasan bukanlah satu pendekatan yang baik.
Tidak keras tidak bermakna kita tidak tegas.
Jika kita dalami cara Rasulullah mentadbir negara...
kita dapat lihat bahawa baginda sentiasa menggunakan cara yang lembut namun begitu masih tegas.

“sesungguhnya aku telah menemukan sifat-sifat Rasulullah dalam kitab-kitab terdahulu, bahawa ia tidaklah kasar dalam perbuatannya dan keras hatinya dan tidaklah juga ia seorang yang berteriak dan membuat bising di dalam khalayak ramai, tidak membalas keburukan dengan keburukan bahka ia suka memeri kemaafan dan keampunan.”(Al-’Imran)

Dengan cara ini,nescaya bukan sahaja anak buah malah musuh juga akan terpikat dengan kepimpinan kita.
Hati mereka akan mudah terpaut dengan kepimpinan kita.
Oleh itu,mudahlah untuk kita memimpin mereka dan dalam masa yang masa,kita juga akan mudah untuk menyebarkan dakyah kepada mereka.
Kita dapat lihat sendiri bagaimana Rasulullah berjaya mengembangkan Islam pada era pemerintahannya.
Baginda tidak menggunakan cara kekerasan,kekejaman maupun paksaan namun begitu ramai sahaja yang memeluk Islam kerana mereka percaya dengan Rasulullah.

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Al-’Imran: 159)

Disini dapat disimpulkan bahawa cara pendekatan yang kita gunakan berkait rapat dengan kepimpinan kita.
Menjadi seorang pemimpin bukanlah satu perkara yang mudah namun juga bukanlah satu perkara yang mustahil.
Manusia itu sendiri telah dilahirkan dengan sifat-sifat kepimpinan.
Ini kerana,manusia sememangnya merupakan khalifah diatas muka bumi Allah ini.
Oleh itu,bermuhasabahlah diri.
Renung-renungkan dan berfikir sejenak,apakah cara kita mentadbir itu mendapat rahmat Allah dan bertepatan dengan garis panduan Islam?

Saturday, January 14, 2012

Ikhlaskah Aku Kepada Allah?

Assalamualaikum wrt.

Syukur alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT,saya masih dipanjangkan umur dan masih mampu untuk mencoretkan beberapa kerat idea didalam blog kali ini.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah yang cuba disampaikan oleh saya pada hari ini.

Saya terbaca sebuah artikel pendek yang dikarang oleh Prof.Madya Dr.Mohd Asri baru-baru ini.
Ketika khusyuk melayari setiap satu patah perkataan,hati saya tiba-tiba menimbulkan beberapa pertanyaan.
Apakah diriku ini dekat kepada Allah ?
Apakah selama ini saya ikhlas kepada Allah ?

Soalan ini mungkin kelihatan agak ringkas namun sukar untuk merungkaikannya.
Kadang kala,kita diajukan dengan persoalan,adakah kita ikhlas beribadah kepada Allah,adakah kita cukup beriman dengan Allah,adakah kita begitu menyayangi Allah?
Mulut mungkin mudah untuk meluncurkan jawapan 'ya'.
Namun begitu,cuba kita berfikir sejenak,apakah jawapan yang diberikan itu merupakan jawapan yang haq,dizahirkan ikhlas daripada hati?
Mari kita bermuhasabah seketika demi untuk membongkar jawapan kepada persoalan-persoalan itu.

Mungkin benar jawapan yang diberikan itu,
mungkin juga ia hanyalah jawapan sekadar untuk menyedapkan hati.
Seribu satu persoalan timbul sekaligus menjadikan diri ini terasa begitu kerdil sekali.

Kita sering melihat orang-orang lelaki yang memakai serban penuh di kepala,
kaum Hawa bertudung litup serta berpurdah lengkap menyembunyikan wajah.
Insan-insan yang menyampaikan hujah diperindahkan dengan hadis-hadis dan ayat-ayat al-Quran,
individu yang mengaku dirinya beriman dengan Allah walaupun diri penuh dengan kekhilafan.
Apakah mereka semua itu sudah hampir kepada Allah?
Apakah mereka ikhlas kepada Allah?
Apakah semua ciri-ciri diatas itu merupakan kayu pengukur kepada hampirnya seseorang hamba itu kepada Allah?

Kita sesugguhnya tidak layak untuk menilai manusia,sama ada mereka itu sudah hampir kepada Allah atau pun tidak.
Sesungguhnya keikhlasan itu merupakan rahsia antara seseorang hamba itu dengan Allah.
Kadang kala seseorang hamba itu juga tidak mampu untuk menilai dirinya sama ada keikhlasan itu sudah melekat dihatinya mahu pun tidak.
Jadi rahsia itu hanya Allah yang tahu.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulNya. Sesiapa yang hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Allah membalas setiap satu hambanya mengikut niat yang dipasang.
Mungkin mudah untuk kita mengaku bahawa segala ibadah kita dikerjakan hanya untuk Dia.
Hakikatnya,niat yang sebenar hanya kita dan Allah yang tahu.
Sekiranya niat yang dipasang itu tidak berlandaskan kepada Allah,sukar untuk kita melihat dengan jelas tujuan sesuatu itu dilakukan.
Maka dengan itu,sukar jugalah untuk melaksanakan sesuatu ibadah itu.
Akhirnya,segala yang dikerjakan itu akan mati di tengah jalan.
Tiada apa yang akan diperoleh melainkan penat lelah yang tidak berkepentingan.
Para hamba Allah sekelian,ingatlah..
Tidak kira betapa hebatnya kita di mata orang,
tidak kira betapa alimnya kita dalam ilmu agama,
tidak kira lengkapnya kita menutup litup aurat di badan,
semuanya tidak berguna andai niat tidak diikhlskan kepada Allah.
Semuanya tidak akan membuahkan sebarang ganjaran melainkan dosa yang berkepul-kepul menambah berat neraca mizan.

Oleh itu,dekatkanlah diri dengan Allah dengan betulkan niat dan ikhlaskan segalanya hanya kepada Allah.
Dengan itu,kita akan tampak dengan lebih jelas akan tujuan sebenar sesuatu ibadah yang ingin dilakukan itu.
Kita akan berasa lebih hampir kepada Si Pencipta.
Kita tidak akan berasa kerugian malah lebih dilimpahkan dengan nikmat Allah yang tidak terkira.
Hidup duniawi dan ukhrawi juga akan lebih lancar selagi hidup kita berlandas kepada keikhlasan kepada Allah.


Firman Allah: (maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan berinabahlah (kembalilah) kamu kepada Tuhan kamu, serta serahlah diri kepadaNya, sebelum datang kepada kamu azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”.


p/s : Penulisan ini bukanlah untuk mengharapkan kata-kata pujian malah bukanlah juga untuk mendabik dada diatas bumi Allah ini. Namun,sekadar untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang ada agar dapat menperoleh keredhaan daripadaNya.

Monday, December 19, 2011

Politikus

Zaman kian bertukar kulit.
Remaja kini tidak lagi seperti para remaja di zaman 'tok naduk' yang dimana minda mereka kini semakin membangun selari dengan perkembangan dunia.
Jika dahulu,generasi Y perlu merantau jauh daripada tempat tinggal semata-mata untuk mencari ilmu.
Kini,semuanya berada di hujung jari.
Keadaan tidak lagi memaksa mereka untuk pergi bermusafir demi meneroka pengetahuan dan pengalaman.

Saya yang masih berada dalam kalangan generasi Y ini juga makin terbuka mata dengan daya pemikiran dan kematangan anak-anak muda zaman ini.
Sesungguhnya ini merupakan satu pencapaian yang saya kira perlu dibanggakan.
Apa yang saya lihat terlalu jelas ialah betapa mereka kini semakin sibuk untuk mencari pengetahuan dalam politik.
Mungkin ini semua hasil daripada pengaruh ibu bapa.
Atau mungkin media massa yang mendorong mereka untuk menjengah kedalam arena ini.

Bagi saya,ini merupakan satu petanda yang positif.
Kerana dengan cara ini,minda mereka akan lebih terbuka.
Mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi dunia kelak dengan adanya pengisian ilmu ini.
Namun apa yang menduka citakan adalah apabila saya lihat mereka ini seakan-akan tidak mengerti akan semua pendedahan itu.
Mereka menggunakan kesempatan itu untuk melaga-lagakan sesetengah pihak atau untuk mencari publisiti atau untuk mengaibkan serta menjadi agen membawa fitnah.

Ini apa yang dikatakan sebagai 'kurang cerdik'.
Saya pernah terbaca,kita mencari ilmu bukan untuk memenangi hujah namun untuk mencari kebenaran.
Satu ungkapan ringkas yang sangat mendalam pentakrifannya.
Saya sendiri pun masih terkapai-kapai untuk menetapi ungkapan itu.
Namun itulah kebenarannya,kita mencari ilmu itu perlulah bernawaitukan untuk mencari kebenaran supaya kebenaran itu dapat memberi cahaya kepada kita sepanjang hidup didunia ini.

Kadangkala cara mereka berpolitik dalam kalangan mereka di media-media seperti facebook,twitter itu membuatkan saya tergelak kecil.
Kadangkala menjengkelkan juga kerana mereka tanpa sedar telah memperbodohkan diri mereka di depan orang ramai.
Saya pernah berkata,kita bercakap menggunakan ilmu bukan nafsu.Setidak-tidaknya kita tak akan memperbodohkan diri kita bahawa sebenarnya kita dangkal di depan khalayak ramai.
Kata-kata ini diinspirasikan oleh salah seorang sepupu saya yang saya hormati kerana ilmu yang diperolehinya.
Apabila kita berkata-kata,ucapan itu melambangkan personaliti,ilmu pengetahuan dan corak pemikiran kita.
Kata-kata yang dilafazkan tanpa ilmu selalunya berpandukan oleh bisikan syaitan dan nafsu.
Kata-kata yang dilontarkan itu perlulah difikir secara teliti terlebih dahulu supaya kemungkaran dapat dielakkan.
Kadang-kadang kita tak menyedari bahawa ucapan kita itu boleh mengundang kepada kemurkaan Allah.

Sebagai manusia yang baru berusia setahun jagung,yang berhasrat untuk memijakkan kaki dalam bidang politik ini...
perkara yang paling perlu untuk dititikberatkan ialah kita mengkaji dahulu latar belakang maestro2 didalam dunia ini.
Dengan ini,kita akan lebih mengetahui dengan lebih dekat siapakah mereka.
Kemudian,amat penting untuk kita mencari sumber yang boleh dipercayai.
Satu sumber yang mempunyai bukti-bukti solid serta tidak dimanipulasi.
Ini akan mengelakkan diri daripada termakan dengan kata-kata orang yang tak bertanggungjawab.
Lakukan kajian.Dengan ini sekurang-kurangnya kita lebih mengetahui akan punca,hujung pangkal,bukti,sebab musabab sesebuah cerita itu.

Inilah yang paling meralatkan saya,kebanyakan para remaja kini mereka lebih cenderung untuk mengambil sesuatu cerita itu tanpa diselidik terlebih dahulu.
Hasilnya,mereka secara automatik menjadi agen kepada pembawa cerita fitnah dan membuka keaiban orang.
Ustadz Fadhil Noor pernah berkata,"Fitnah itu tidur,Allah melaknat sesiapa yang mengejutkan"
Sebelum melangkah kaki kedalam pengetahuan politik ini,kita seharusnya sedar bahawa kita sedang mempertaruhkan keimanan,ketakwaan,akidah kita.
Kerana bidang ini boleh membawa kita kepada lembah haram mahupun halal.
Oleh yang demikian,amat penting untuk kita mengambil kira sumber dan kebenaran.
Andai kata kita berpegang kepada satu pendirian,maka carilah bukti untuk menguatkan pendirian itu.
Jangan bercakap akan sesuatu yang kita tak pasti kebenarannya.
Kerana semua ini boleh mengundang kepada dosa.

Saya sedih dengan isu semasa ini yang membuatkan ramai orang Islam bertelagah kerana mereka tidak memahami akan hukum hakam Allah.
Saya sedih kerana mereka sesungguhnya tidak pernah belajar akan perkara itu namun mampu untuk menentangnya kerana termakan dengan kata-kata orang jahil.
Apabila kita menyentuh soal undang-undang Allah,kita seharusnya berhati-hati kerana tindak tanduk kita itu boleh membuatkan iman kita tergugur.
Situasi ini membawa kita kembali ke alam masyarakat jahiliyah yang terdahulu.
Apabila Rasulullah membawa amanat Allah,mereka menentang sekeras-kerasnya.
Bezanya dengan sekarang adalah orang Islam kini menggunakan cara yang halus iaitu dengan mencari seribu satu alasan untuk membangkangnya.
Ini merupakan satu perkara yang tidak seharusnya terjadi.

Konklusinya,politik ini bukanlah satu perkara yang bersifat sebversif semata-mata namun ini merupakan satu medium untuk berjihad.
Akan tetapi,perlulah berlandaskan kepada agama.
Biarlah kita berpolitik dengan politik Rasulullah.
Kita berpolitik untuk mempertahankan hak,berjihad dan mencari kebenaran.
Bidang politik mempunyai dua cabang,iaitu kearah halal dan haram.
Terserah kepada individu itu bagaimana untuk memilihnya.
Politik boleh menjadi kotor dan busuk namun boleh juga menjadi suci dan bersih.
Ianya merupakan satu dunia yang amat mengelirukan dan berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang itu.
Maka dengan itu,berhati-hatilah.
Semoga Allah sentiasa meredhai kita.

P/S:Rencana ini dikarang berteraskan kepada niat murni saya iaitu untuk mengajak anda kembali bermuhasabah.

Allah Maha Bijaksana

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!" Surah Ibrahim ayat 38

Dunia ternyata sudah hampir kepada penghujungnya.
Seperti yang kita dapat lihat,begitu banyak sekali tanda-tanda yang Allah tunjukkan.
Malah bukan itu sahaja,tanda-tanda yang manusia perlihatkan juga semakin bercambah.
Dari segi kesempitan mindanya sendiri,mulut yang sering memanipulasi,agama Allah dipandang enteng.
Pedih rasanya bagaikan hati dihiris mata pedang yang teramat tajam.
Orang Islam kini hidup kian membuta tuli.
Tiada arah yang ingin dituju.
Hidup terumbang ambing.

Kalau kita amati sebenar-benarnya kondisi dunia kini,
sememangnya dunia kita yang sementara ini kian kronik.
Apa yang paling diralatkan,apabila kebanyakan masyarakat Islam kini sanggup untuk menghakimi perintah Allah.
Siapalah kita yang begitu hebat untuk mempertikaikan apa yang Allah telah tetapkan?
Siapalah kita untuk membuat keputusan sama ada untuk menerima atau menolak apa yang diperintahkan?

Allah itu sememangnya Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Kebijaksanaan Allah itu tidak mampu dicapai oleh minda kecil serba lemah kita ini.
Allah telah tetapkan sesuatu itu untuk kebaikan manusia sejagat.
Agar dapat kita jalani kehidupan ini dengan penuh adil,terurus,dan selamat.

Kita sebagai hamba ciptaan Allah tambah-tambah lagi yang beriman dengan kewujudan Allah seharusnya menunjukkan teladan kepada mereka yang masih alpa dan sesat dengan meyakini setiap satu yang dikatakan Allah.
Kita seharusnya menerima dengan berlapang dada dan tidak bertelagah demi untuk menjaga kepentingan diri sendiri.
Ini bukan sahaja dapat memantapkan perpaduan dalam masyarakat Islam malah juga dapat menarik mereka yang masih lalai untuk pulang ke jalan yang benar.

Bukankah sesiapa yang memperjuangkan apa yang haq itu dikira sebagai berjihad?
Jadi,mengapa perlu kita memerangi mereka.
Mengapa perlu kita mencari seribu satu alasan untuk melawan mereka?
Mengapa kita orang Islam sendiri pun memerangi orang Islam lain yang sedang berkorban harta,keluarga dan jiwa untuk mengibarkan panji Allah?

Mengikut pemikiran saya,saya rasakan orang yang menentang hukum hakam Allah ini sebenarnya orang yang takut dan tidak berani.
Mereka masih gagal untuk melihat apakah kenikmatan yang bakal mereka kecapi seandainya bekorban untuk Allah.
Mereka masih kabur dengan keenakan dunia yang fana ini.
Mereka masih menjadi manusia yang lebih takut dan gerun kepada kuasa manusia yang kelihatannya megah berdiri di dunia ini namun sebenarnya amat kerdil di mata Allah.

Sedarlah,Allah itu Maha Bijaksana.
KebijaksanaanNya itu tiada tolok banding sekiranya ingin diukur dengan kebijaksanaan yang manusia ada.
Menentang undang-undang Allah itu sesungguhnya mampu untuk meragut akidah seseorang muslim itu.
Mahukah kita untuk membiarkan racun ini menular dalam masyarakat kita sehinggakan mampu untuk meruntuhkan tiang keimanan orang Islam?
Mahukah kita membiarkannya sehinggakan pihak Kafir yang gilakan untuk melihat Islam itu tumbang,gelak kekenyangan tanda kejayaan mereka?

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya Neraka Jahannam serta dia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar."(Surah atTaubah Ayat:63)

"(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya."(Surah alHasyr Ayat:4)

"Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina."(Surah alMujadilah Ayat:20)

p/s:Penulisan ini khas untuk mengajak manusia berfikir betapa Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Tuesday, December 13, 2011

Im Bored !!!




Urghh ! This holiday is coming to the end and i am still stuck in my house,doing nothing.
This is sooooooo BORING !
Dah la tak ada kawan area sini.
Nak pergi bercuti,my dad is always busy.
Nak outing,kawan tak ada.Semua pergi bercuti.
Result pun dah nak keluar.
The sky seem so dull and grey !

So,disebabkan tak ada apa-apa aktiviti nak dilakukan...
I decided untuk berbasikal bersama-sama adik setiap petang.
Dengan cara ini,dapat la melihat dunia luar sedikit sebanyak.
My brain pun jadi lebih ringan akibat terkena tiupan angin petang yang lembut tu.
Nak karang blog pun rasa malas.
Dengan tak ada sebarang idea.
Nak bangun dari katil pun rasa berat.
(Ketuk kepala di meja untuk beberapa kali.Yawning*)

Saturday, November 26, 2011

Pic-Ta !!!













































p/s: Ini adalah antara gambar yang diambil daripada beberapa kamera. Minta maaf sekiranya kurang jelas.

Tuesday, November 22, 2011

Jamuan Edisi 2011

Assalamualaikum semua.!
Disini ada satu cerita la saya nak kongsi dengan semua.
Tu pun kalau hampa semua nak baca lah.
Okay,hari itu...hari Sabtu yang lalu.
Kelas saya ada la buat jamuan.
Kami buat di sebuah restoran ni.
Dalam tempoh satu minggu,perbincangan dibuat.
Start hari Ahad tu.Penat gila kot.
Nak kena,call sana sini.
Fikir2 idea.Kumpul duit.Kira duit.
(Bendahari,saya dah tahu penyeksaan yang anda alami)
Okay,apa-apa pun,semuanya tak ada la melibatkan kematian atau kecederaan.
Maksudnya semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.
Beberapa tugas telah dibahagikan kepada beberapa orang.
Bendahari menguruskan wang beserta rakan-rakannya.
Che khalifah kita tu tukang menelefon dan mereserve tempat.
Beberpa orang lagi,turut membantu dalam membeli barang,menyokong,mencari orang,menyumbangkan kredit mereka serta wang.
Dan saya,hanyalah membantu sikit-sikit dalam membuat perancangan dan menyebarkan maklumat.
Selepas seminggu berhempas pulas merancang jamuan itu,akhirnya kami semua bersetuju untuk mengadakannya pada hari Sabtu,19.11.2011.
Pad hari khamis tu,hari laast di sekolah...kami bersama-sama fly ke seberang untuk membeli belah la barang-barang jamuan.
Panas,hujan kami redah.
Berkilometer kami harungi.
Walaupun agak sakit kaki,namun jiwa masih kental.


-Sabtu-

Jamuan itu dimulakan tepat pada jam 8.00 malam di restoran *******.
Kira jamuan kami ni berkonsepkan dinner party la.
Beberapa jam sebelum tu,rasa cemas makin dirasai dalam perut.
Bukan sebab apa,takut la kalau-kalau jamuan tu tak jadi ke apa ke.
Jenuh uh.Penat2 rancang.
Sejam sebelum tu,saya pun menyelongkar almari baju untuk mencari baju yang sesuai.
Siap dengan perfume,sembahyang.
Fetch my best bag dan kasutku yang terbaik.
Selepas siap semuanya.Tunggu lah che AZ kita untuk menjemput saya.
Setibanya mereka di hadapan rumah,tengok2 penuh kereta tu dengan rakan2 wanita saya.
Semuanya sedang duduk dengan bergayanya di dalam kereta tersebut.
Masuk2 saya dalam tu,saya lah yang paling bising sekali.
(Minta maaf mak az)
Beberapa minit selepas itu,kami pun tiba ke destinasi yang ditunggu-tunggu.
Kami telah dijemput oleh wajah-wajah para teruna kelas kami ni.
Sebenarnya depa bukanlah berniat nak jemput kami sangat pun,lebih kepada berborak sesama mereka.
-.-

Kami turun dari kereta dan meluru masuk ke dalam restoran.
Dua orang telah sedia duduk di situ iaitu Ayu dan Jihah.
Saya dan beberapa orang rakan pun mengambil tempat masing2.
Kemudian mata saya terlihat akan kelibat wajah ustazah bersama anak-anaknya.
Wah....terujanya.
Kemudian mereka dijemput duduk.
Sementara menunggu semua orang tiba,yam pun berborak dengan ustazah.
Untuk membincangkan sesuatu rasanya.
Baiklah,semua orang pun dah selamat tiba di situ.
Dengan iringan doa yang dilafazkan oleh encik khalifah kita serta diaminkan oleh kami semua,maka bersantaplah kami dengan makanan yang tersedia di hadapan mata itu.
Makanan yang tersedia agak baik dan banyak.
Menunya adalah
1)Ikan kemsom
2)Udang masakan apa entah
3)Sotong masak dengan air asam kot
4)Kangkung
5)Telur dadar
6)Buah oren
7)Air err...entah.
Miss Elv makan banyak dan berselera sungguh sampaikan pinggan yang ada sotong tu ada kat dia ja.
Az mengedarkan goodies kepada setiap orang kat situ.
Goodies tu terdiri daripada gabungan chocolates and sweets yang dapat diperoleh di pasaraya2 berhampiran rumah anda.
Makanan2 ringan itu dipek kemas oleh AZ dan Yus didalam beg kertas bewarna hitam disertai dengan sebutir button yang tertera wajah smiley dan perkataan 3 arif diatasnya sebagai cenderahati.
(Thanks to mereka yang penat membeli dan mengepek :) )
Selepas makan,maka dengan itu bangkitlah para papa dan mama razzi daripada kerusi masing-masing untuk mensnap foto-foto.
Okey,agak best sebab ada pancaran-pancaran flash kamera untuk seketika.
Kemudian ustazah pun memulakan langkah untuk pulang.
Kami terpaksa menahan dia sebentar demi untuk menangkap gambar bersama-sama.
Aidil terpaksa menggunakan kamera mahalnya itu dan menjadi photographer pada malam tu.
Bukan setakat kamera dia yang dijadikan mangsa,kamera2 orang lain juga.
Terpaksa suami ustazah tunggu punya lama.
Minta maaf... :)
Agak lama la kami berpic-pic sampaikan kami pun dah letih nak berposing dan senyum.
Namun demi untuk menempatkan wajah kami didalam gambar,kami pun menguatkan diri dalam memberi posing yang paling baik.
Kami dah tak mampu untuk menyeksa ustazah untuk berposing,maka kami pun lepaskan dia untuk pulang (acewah)
Kemudian kami pun pakat salam ustazah dan dia pun pulang.
Terima kasih ustazah sebab datang.

Dengan bakian masa beberapa jam,kami pun macam tak tahu apa dah nak buat.
Jadi,seorang gadis ni mencadangkan kami untuk bertangkap gambar bersama-sama sekali lagi tapi hanyalah untuk orang perempuan sahaja.
Che khalifah tu sekali lagi dipanggil untuk mensnap gambar kami beserta seorang jejaka,bernama M.
Mereka agak penat kelihatannya untuk menjadi photographer kami namun masih mampu untuk melakukannya.
Selepas snap2 gambar,kami pun buat satu pertandingan.
Namun pertandingan tu agak tidak mendapat sambutan.
Mungkin kerana mereka terlalu kenyang sehinggakan malas untuk melakukan apa-apa lansung.
Jadi,saya,hafiz,ketua ting,cidah pun mainlah.
Siapa yang menang dapat duit.
(Saja la nak habiskan duit kelas)

Lepas tu semua pun beransur pulang.
Saya pun menunggu Mak AZ datang untuk pulang bersama-sama mereka.
Kesimpulannya,jamuan tu merupakan satu jamuan yang agak baik.
Berjalan dengan lancar kerana tiada pergaduhan yang berlaku antara kami semua seperti kebiasaan.

THE END

P/S: Itu sahaja coretan yang boleh saya karangkan bagi jamuan edisi 2011 ini.Minta maaf kerana tiada gambar.InsyaAllah,kalau ada nanti...saya akan uploadkan untuk tatapan bersama.

Monday, November 7, 2011

Al-Bahas


Hello2.
First of all,assalamualaikum.
Okay,agak lama saya berhenti tulis disini. Maklum lah,agak busy kan.
Apa yang akan saya ceritakan pada hari adalah mengenai apa yang terjadi dalam satu dua minggu ni.

Kan dah habis periksa,jadi cikgu pun buat lah pertandingan2. Salah satunya ialah debat.
Dan malangnya,namaku juga tersenarai.
Rasa macam tak mau masuk ja,tapi terpaksa.
Oleh yang demikian,saya pun laksanalah 'tugas' tu dengan 'baik'.
Berhari-hari,skip program kat dewan dengan alasan debat.
Skip pi library jelah.
Tengok geng A.C tu bersungguh-sungguh dok bincang.
But my team,kami boleh relax lagi.
Mau tak relax,ahli semuanya hilang.
Main bola la pi sana la.

Apa2 pun,selepas berhari-hari berlalu,maka tibalah saat untuk berentap.
Kami dengan selambanya masuk ke dewan dengan jiwa yang gemuruh tapi wajah yang tenang.
Tunggu punya tunggu juri,akhirnya datang juga.
Tengok-tengok jurinya bukan cikgu s.
Lega la jugak.Haha.
Saya selaku speaker first pun duduk,mendengar dan mengfokuskan diri kepada si PM.
Bila tiba masaku,saya pun bangkit.
Dengan penuh kecuakan yang ada di dalam perut.
okey,mesti bosan kan?
Kita skip,skip,skip.
Kemudian tibalah masa untuk third speaker my group.
Berlaku sedikit perbalahan nampaknya.
Kami agak ragu2 untuk menghantar siapa sebagai third speaker memandangkan menteri kami,si C tu agak 'degil'.
Jadi kami tukarkan lah ia dengan fourth speaker.
Tak sangka pula,dia boleh buat lawak kat situ.
Semua pakat gelak la.
Memang gila lawak.
Last2,group A.C menang.
Kami pun,nak kata sedih...tak la sangat sebab hati memang nak kalah pun.
Apa-apa pun,tahniah ye.
Final pun,actually depa menang juga.
Tahniah lagi sekali !

Ini antara gambar-gambar ketika perbincangan yang bertukar menjadi sembang semata-mata:










p/s: Guess which one is me?