Monday, January 31, 2011

Jangan Murahkan Diri

Perempuan sememangnya terkenal dengan sifat lemah lembut,ayu dan sopan santun.Martabat kaum hawa juga telah diangkat di dalam agama Islam walaupun perempuan bukannya seorang khalifah.Namun jika kita renung kepada realiti semasa,sifat semulajadi itu semakin terhakis selaras dengan arus modenisasi.Apakah zaman moden itu merupakan tanda bahawa sifat-sifat tersebut sudah tidak relevan lagi bagi kaum hawa?

Kaum perempuan masa kini,sudah berani menunjukkan belang.Didedahnya aurat mereka dengan hati yang rela,atas alasan untuk kelihatan cantik.Bukan itu sahaja,pendedahan-pendedahan secara rela hati itu juga dijadikan sebagai sumber rezeki.Betapa murahnya harga diri wanita masa kini !

Apakah mereka tidak malu?Tidak malu untuk membuka kemaluan yang sepatutnya ditutup rapi? Berpakaian tidak cukup kain,menampakkan bentuk badan,mendedahkan atas dan bawah?Apakah tujuan mereka sebenarnya?Dan apa juga manfaat yang mereka akan dapat?Mereka rela menerima azab Allah di akhirat kelak semata-mata untuk mengikut tuntutan nafsu.

Apabila,maruah tercabar,diusik..mulalah menunding jari ke sana ke sini.Walhal mereka tidak sedar bahawa semua itu salahnya berpunca daripada diri sendiri.
Jika sudah diajar dari kecil bahawa aurat itu tidak perlu dijaga,maka sehingga besarlah mereka tetap begitu.Jika ingin menunggu masa yang sesuai untuk membuat perubahan,bilakah pula masa itu?

Maruah wanita Islam zaman kini sudah tercemar.Tercemar dengan teruknya.Saya sebagai seorang perempuan turut berasa malu,hampa,kesal,kecewa dengan perkara ini.
Apakah masih wujud perempuan sejati di muka bumi ini?Jika ya,dimana ia?
Apakah kualiti wanita kini setaraf dengan kualiti wanita zaman lampau,zaman yang dimana,digelar 'Zaman Tok Nadok' itu?

Kaum hawa zaman itu tidak seperti kita,pergi ke sekolah,belajar tinggi-tinggi.Tetapi kualiti diri mereka jauh lebih tinggi,lebih hebat dari kita.Wanita ketika itu,masih tahu menjaga maruah diri tapi wanita kini....?Anda tentukan.

Konklusinya,kaum hawa diluar sana janganlah terlalu murahkan diri.Janganlah perjudikan harga diri dan janganlah calarkan nama baik kaum perempuan yang sudah sedia tercalar ini.Kembalikanlah maruah kaum perempuan.


p/s:Untuk renungan bersama...

Thursday, January 27, 2011

Idola !

Guru:Siapakah idola kamu,kelas?
Para pelajar: Miley Cyrus ! Justin Bieber ! Taylor Swift !

Jika kita lihat kepada realiti semasa,fenomena di atas merupakan fenomena tipikal yang sedang melanda anak-anak muda masa kini.Tetapi jangan terkejut,terdapat juga sebahagian orang dewasa yang turut mengalami fenomena seperti ini.Saya pelik,adakah insan-insan seperti di atas itu berhak dijadikan idola?Apakah mereka begitu istimewa sehinggakan mereka dipuja-puja,dijunjung-junjungkan?

Dari segi pakaiannya saja,kita dapat rumuskan bahawa moral mereka itu sama seperti cara pemakaian mereka itu.Bagi non-muslim,itu bukanlah menjadi satu kesalahan.Namun bagi mereka yang beragama Islam,wajarkah insan-insan seperti itu dijadikan idola hidup? Tidaklah salah untuk mengambil iktibar dari segi pemikiran atau prinsip hidup atau kunci kejayaan mereka,asalkan tidak melanggar hukum syarak.
Tetapi,bukan itu faktor yang menyebabkan anak-anak muda Islam zaman kini pujakan mereka.Mereka amat menyanjungi individu-individu,khususnya artis dari segi cara pemakaian,cara hidup tanpa mengira yang mana hak dan yang mana batil.

Keluar berjalan di tepian jalan dengan memakai pakaian yang kekurangan kain,menyanyi dijadikan profession pilihan,menjadi seorang penari dijadikan sebagai hobi...
Saya ingin tanya,adakah semua itu betul?
Bukankah sebagai seorang Muslimah,kita diwajibkan menutup aurat dari atas hingga ke bawah.Dari segi pakaian,suara,lagak serta perbuatan?

Apabila ditanya mengapa anda berpakaian sebegini pelik,mereka akan menjawab..."ini trend la." atau "artis-artis dok pakai" atau "baru la lawa"
Manusia...
Kemudian,apabila diberi nasihat,mereka memberi reaksi seperti..."kampung la lu !" atau "suka hati la,ada kacau kamu?" atau "Buat warak pulak" ada juga "narrow minded la !"
Mengapa manusia ini begitu degil? Adakah mereka terlalu buta,atau bodoh untuk melihat kebenaran?

Manusia zaman sekarang..terlalu terbawa-bawa dengan keasyikan dunia.Sampaikan terlupa bahawa dunia ini hanya sementara.Orang yang sepatutnya dijadikan idola untuk membimbing ke jalan yang benar,disalah ertikan.Apabila terlalu banyak minda-minda yang terpesong,semakin banyaklah gejala-gejala membuka aurat yang dimana menjurus kepada berlakunya maksiat-maksiat.Kemudian,Allah menurunkan peringatan,manusia masih alpa,lupa bahawa semua itu merupakan satu peringatan.

Oleh itu jika dirumuskan kembali semua coretan-coretan di atas,adakah idola seperti para artis wajar dijadikan contoh dan idola dalam hidup? Sedangkan mereka tidak membawa banyak faedah melainkan kemungkaran?Jika mereka berpakaian tutup aurat sekalipun,namun dari sudut lain seperti suara tidak dijaga..masih tidak layak dijadikan pembimbing hidup.Berlakon sebagai seorang yang warak,namun masih memegang sana sini dengan yang bukan muhrim...juga masih tidak layak.

"Mengapakah kamu kufur kepada Allah sedangkan kamu dahulu asalnya mati,lalu Allah hidupkan kamu,kemudian kamu mati lalu dihidupkan semula,setelah itu kepadaNyalah kamu semua akan dikembalikan."(al-baqarah;28)

Dengan yang demikian,renung-renungkanlah,muhasabah diri,dan fikir-fikirkanlah apa yang terbaik.Hidup kita di atas bumi Allah ini,tidak lama..hanya sementara.Kutiplah seberapa banyak pahala,gandakanlah amal ibadat sebagaimana kita gandakan keseronokan hidup yang tak terhabis itu.

Thursday, January 20, 2011

Nikmat


Mengapa kita terlalu ego untuk mengakui semua ini ciptaan Allah Yang Maha Esa? Tiada lansung rasa syukur,kita masih dapat melihat sebuah ciptaan hebat.Saban hari,kita pijak diatas tanahNya.Menghirup udaraNya.Mendongak ke atas langitNya.

Allah SWT sesungguhnya Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.Dia membenarkan kita hidup diatas bumiNya.Patutnya kita bersyukur.Apa salahnya,kita ruangkan sedikit masa untuk menghayati dengan lebih mendalam anugerah Allah ini.

Kita lebih mengutamakan kepentingan diri tanpa menyedari bahawa Allah boleh menarik semua kenikmatan yang telah Dia anugerahkan dengan sekelip mata.
Siapalah kita? Hanya seorang hamba yang lemah.Tatakala kita diundang bencana,hanya kepada Allah kita bergantung.Namun,apabila mengecap kebahagiaan,Dia kita lupakan.Sungguh angkuh sikap manusia.!

Allahukabar ! Semoga kita tidak akan tergolong daripada golongan orang-orang yang angkuh.Amin...

Friday, January 14, 2011

Bagai Keju Dan Coklat

"Bagai keju dan coklat"
Bukan sahaja menjadi tajuk bagi sebuah novel karya Rose Harissa malah,memberi 1001 inspirasi.

Keju dan coklat merupakan dua bahan yang amat berlainan.Tidak sesuai untuk digabungkan menjadi satu.Dari segi warnanya juga,ternyata jauh berbeza.Apatah lagi rasanya.

Begitulah hidup.Manusia diciptakan berlainan.Berlainan,bangsa,tempat tinggal,cara hidup,tutur kata,pemikiran dan sebagainya.
Tetapi adakah wajar perkara tersebut dijadikan penghalang untuk kita bersatu?Bersatu sebagai kawan,bersatu sebagai masyarakat,bersatu sebagai sebuah komuniti?

Semata-mata terdapat perbezaan warna kulit dan bahasa,kita sewenang-wenangnya meletakkan hukuman untuk meminggirkan mereka.Siapakah kita untuk melaksanakan perkara sedemikian?

Hanya kerana kita mempunyai sedikit perbezaan daripada mereka,mereka kita jauhi.Amat sukar bagi kita untuk menerima kewujudan mereka dalam komuniti.Bukankah kita hidup dalam sistem bermasyarakat? Jadi,bukankah juga tanggungjawab kita adalah untuk menghormati mereka?

Dalam memilih kawan,paras rupa bukan menjadi ukuran namun hati.Hati serta perasaan yang luhur,ikhlas,suci yang menjadi tumpuan. Namun,masyarakat kita sering menyalah tafsirkannya.Kita fikir,sekadar paras rupa yang sedap mata memandang,tiada perbezaan antara kita dengan mereka menjadi kunci utama dalam sesebuah perhubungan.

Janganlah berfikiran terlalu sempit,perbezaan bukannya penghalang untuk membina sebuah ikatan perhubungan,tidak kira ikatan perhubungan jenis persahabatan,jiran maupun kekeluargaan selagi tidak menyalahi hukum syarak.
Jadikanlah,perbezaan sebagai perhiasan untuk mencorak hidup kita menjadi sebuah jalan hidup yang indah.
Bagai keju dan coklat,siapa tahu jika digabungkan kedua-duanya mampu untuk mencipta satu rasa hebat.

Sama-samalah kita buka pekung minda seluas-luasnya dan melihat keindahan hidup yang kita boleh capai dengan hanya membuat satu perubahan iaitu perubahan pemikiran. ;)

Wednesday, January 12, 2011

Masa

Saat bertukar minit,hari bersilih ganti,tahun bertukar tahun....
Diam tak diam,semakin membesar kita.Jika kita toleh ke belakang,terasa begitu sayu sekali.Masa bergerak pantas tanpa menunggu kita.Hati tiba-tiba berasa begitu kesal dengan masa yang berlalu.
Mungkinkah saat-saat dulu akan diulang kembali? Saat tika kita masih kanak-kanak,tika kita memperoleh kebahagiaan....mungkinkah?

Alangkah indahnya jika dapat mengulang kembali waktu-waktu dulu.Hati meronta-ronta untuk mengubah sejarah,namun apakan daya.Kita tidak sedikit pun mampu untuk melaksanakan perkara sedemikian.

Sejarah lampau dijadikan panduan serta pengajaran untuk melonjakkan hidup ke paradigma yang lebih baik.Jika masa dapat dikembalikan,pastinya manusia tidak akan belajar daripada kesilapan.
Pastinya manusia juga tidak akan mempunyai rasa kesal dalam diri.
Sekilas pandang,bunyinya agak menarik.Tetapi jika renung-renungkan,terdapat 1001 akibat negatif yang akan berlaku sekiranya masa dapat diputarkan kembali.

Masa itu amat berharga.Berharga bak emas dan permata.Tetapi sayang,ramai insan dimuka bumi ini tidak pandai menghargai masa.Saat dan minit dipandang ringan,diperlekehkan...
Tidak lansung ada walaupun sekelumit perasaan menghargai yang di tanam di dalam kalbu.Begitulah masyarakat kita.....

Saya juga seorang insan biasa,tidak mampu untuk mengubah fenomena ini.Tapi,saya ingin tegaskan disini bahawa masa itu amat penting.Siapa tahu,mungkin masa kita di atas bumi ini semakin hampir kepada penghujungnya.Siapa tahu,bukan?
Oleh itu,ayuhlah kita berazam dalam diri untuk lebih menghargai masa dan menggunakan masa itu sebaik-baiknya. :D


Thursday, January 6, 2011

2011 !!!

Musim sekolah sudah kembali ! Berbukit kerja sekolah yang para guru kesayangan bagi. Agak risau dengan big exam hujung tahun ini.Tapi,lepas exam tu yang tak sabar2 .! Huhu...
Rindu terhadap kawan2 2010 bergunung dalam hati. Dapat berkenalan dengan guru2 dan kawan2 yang baru,adalah terbaik !

Ya Allah,aku harap keputusan peperiksaan aku dan teman2 cemerlang !
Azam : Tahan semua godaan baik internet,tv dan berbagai-bagai lagi untuk 1 tahun . Demi untuk peroleh keputusan yang superb,kena berkorban sikit bukan?Hoho

Peralihan sesi persekolah,memang tak best.Memenatkan,mengantuk....tapi takpa,untuk beberapa tahun saja lagi.Tahan....tahan....
Perlu tempuhi cabaran baik dari segi pelajaran,guru2....malah tugasan pengawas juga.Amat memerlukan masa untuk adapt. Tolong beri sedikit ruang ya !

Diharapkan,tahun ini...akan menjadi sebest tahun2 lepas.! Amin. Sama-sama kita layari dan terokai adventure hidup pada tahun ini.

Friday, December 31, 2010

coretan 2010

Duduk tak duduk,tahun 2011 semakin menghampiri.Begitu banyak peristiwa yang berlaku dalam tahun 2010.Terasa berat sekali untuk meninggalkan tahun yang penuh dengan kenangan manis dan pahit ini.Tetapi apakan daya,saya sesungguhnya tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya.

Hidup harus diteruskan.Segala yang berlaku akan dijadikan pengajaran...ya Allah kau jadikanlah tahun 2011 sebuah tahun yang penuh dengan keseronokan,kebahagiaan...
Saya akan menggunakan tahun ini sebaik mungkin.Tidak akan mensia-siakannya ! Ya,saya tidak akan ! Segalanya cabaran,akan saya tempuh dengan baiknya !

Segala kenangan tidak akan saya lupakan.Semuanya akan tersimpan kemas dalam hatiku.Percayalah !

Dengan rasa rendah diri,saya memohon maaf keatas semua salah-salah saya yang lampau.Marilah kita tutup buku 2010 dan mulakan hidup yang baru.

Saya akan merealisasikan impian saya,insyaAllah.Tidak ada apa yang dapat menghalangnya melainkan dengan izin Allah.Tahun 2011,here i come !

Sunday, December 26, 2010

Manusia...

Sememangnya lumrah manusia,ditimpa dengan pelbagai ujian.Demi untuk memantapkan iman,ujian itu amat penting.Namun kadangkala,kita sering terlupa bahawa setiap kesulitan yang berlaku,terdapat hikmah disebaliknya.

Apabila kita mengecap kebahagiaan,segala kesusahan dilupakan.Apabila kita ditimpa kesusahan,segala kebahagiaan dilupakan.Manusia....

Setiap insan tidak pernah terlepas daripada menerima ujian dan rezeki,tidak walaupun sehari.
Kita sedar akan hakikat tersebut,tetapi mengapa masih sukar untuk kita menerimanya?

Disaat kita mendapat bala,kita menangis,meraung,meminta pertolongan Allah,berdoa siang dan malam meminta pertolonganNya namun pabila kita mendapat kebahagiaan,kemasyuran,kemakmuran....kita lupa.Lupa untuk mengucap kata kesyukuran.Lupa kepada siapa yang memberi kita kebahagiaan,kemasyuran,kemakmuran tersebut.Mengapa !?

Dari kecil,kita telah diajar akan kewujudan syurga dan neraka.Untuk masuk ke syurga,kita harus memperbanyakkan amal ibadat,pahala...tinggalkan larangan Allah.
Namun,adakah kita lupa atau masih tidak sedar atau tidak percaya semua itu sehinggakan perkara yang membawa dosa diagung-agungkan,perkara yang membawa pahala diperlekeh-lekehkan !?

Insan bergelar manusia merupakan satu makhluk yang diciptakan tidak sempurna.Saya pernah bertanya,"mengapa begitu?".Waktu itu,saya masih terlalu kecil untuk memahami perkara tersebut.Semakin saya membesar,saya memperoleh jawapannya.Kita diciptakan sedemikian pasti ada alasan disebaliknya iaitu ketidaksempurnaan kita adalah merupakan sebuah ujian.

Tetapi wajarkah kita menggunakan alasan tersebut untuk tidak berusaha? Tidak berusaha untuk menjadi seorang insan yang BERIMAN,BERTAKWA,HEBAT dari segenap aspek !?

Ingatlah,kita hidup di atas muka bumi ini,hanyalah sementara.Untuk memperoleh kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak,amal ibadat perlu diperbanyakkan didunia.Amatlah tidak wajar bagi kita menggunakan alasan 'manusia tidak sempurna' untuk tidak berusaha.
Kebahagiaan maupun kesusahan merupakan sebuah ujian....sentiasalah ingat kepada Allah SWT walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

p/s:Sebagai sebuah renungan bersama.

Wednesday, December 22, 2010

2011 Tandanya Diriku Yang Baru


"Seulas senyuman,
Sekilas pandangan,
Adalah bicara sepi dari lubuk hati."


Musim cuti sekolahku kian berakhir.Hari bersilih ganti,rasa kebosanan kian menebal didadaku.
Seperti orang yang tidak tahu arah tujuannya,aku menghampiri rak buku yang tersergam kukuh didalam bilik.Setelah dibelek hampir setiap buku,akhirnya jari aku yang asyik menari,memilih sebuah novel yang agak tebal melebihi 400 mukasurat.

Dipelukanya novel itu erat2 ke tempat tidurku dengan harapan buku itu dapat menutup mataku yang masih segar melihat dunia dan sekaligus membawaku melayari mimpi2 indah.Tidakku sangka semakinku harungi setiap mukasurat novel itu,semakin ketagih aku ingin membacanya.
Berkuasa sungguh novel itu !

Kebenarannya,sebelum ini tidak pernahku suka membaca novel2 cinta apatah lagi novel itu dibahasakan dalam bahasa ibunda.Bukan apa,bagi pendapatku penulisan orang Melayu selalunya jiwang dan tidak berdiri diatas bumi yang nyata.Tetapi takku sangka ini pula yang jadi.
Tanggapanku selama ini,sama sekali salah.

Sebuah penulisan karya hebat Umi Azrini,novel milik kawan kakandaku ini memang menyentuh hati.Diriku bagaikan dirasuk oleh karakter Reen,heroin novel Sejujur Hatimu itu.Hati dan perasaanku dibawa mengharungi setiap kisah yang dicoretkan dalam novel tersebut.

Aku seakan-akan memahami setiap perasaan yang dirasakan oleh karakter tersebut.70 bab berjaya aku habiskan dalam tempoh 2 hari. Andai kata,aku ialah Nik Nazrini (Reen) ... betapa indahnya hidup aku. Walaupun ditimpa pelbagai kesulitan , namun cabaran itu berjaya diharunginya. Kelihatan begitu mudah sekali bagi dia untuk menyelesaikan masalahnya.

Walaupun begitu,aku masih dapat membawa pulang kebaikan setelah tamat mengharungi pengembaraan hidup bersama Nik Nazrini. Bukan sahaja novel itu mengajar aku tentang gaya penulisan malah buku itu memberi aku sebuah inspirasi untuk berusaha membina sebuah kehidupan bahagia.Mungkin saat ini,ayat aku terlalu jiwang ... tetapi biarlah.Aku ingin biarkan diriku diulit mimpi untuk beberapa ketika lagi.Bukan selalu.Haha !

Dengan kuasanya,novel ini sudah berjaya membantu membentuk diriku yang baru. Jadi bersiap-sedialah... menghadapi hari-hari bersama Amiera Basir yang baru !

:D

Sunday, December 19, 2010

Kutuk Mengutuk

Kemana-mana sahaja saya bawak diri,pasti telinga saya akan mengesan suara2 sumbang sedang mengeluarkan idea2 kutukan.Bukan sombong untuk join sekali cuma hati terasa berat untuk duduk sekali menyumbangkan idea.Siapalah kita untuk senang2 mengatakan keburukan orang lain.Apa yang membezakan diri kita daripada insan lain untuk membicarakan the bad side of them?Sudahkan kita meminta permission mereka untuk manjadikan mereka sebagai model bahan kutukan,bahan perbincangan dan bahan ketawa?

Bagi saya,tidaklah salah untuk meluahkan perasaan,untuk membincangkan apa yang terbaik untuk kebaikan sejagat (pengajaran) ... tetapi apa yang salahnya ialah apabila kita menjadikan perkara sedemikian sebagai hobi,sebagai bahan mengisi masa lapang.Perbuatan tersebut automatiknya bertukar menjadi mengumpat.

Tidak pernahkah kita terfikir sekiranya,perkara tersebut berlaku ke atas diri kita? Pastinya,kita akan berasa marah,bukan? Bagaimana sekiranya,sedang kita asyik merembeskan 'ideologi' bersama kawan2 yang lain,'tokoh' perbincangan kita itu secara tidak sengaja terdengar perbualan tersebut. Saya pasti,sekiranya orang itu adalah seorang yang panas baran,dia tidak akan teragak2 mengambil satu tindakan yang kita tak jangka kan.

Perkara sebegini ialah perkara tipikal,yang berlaku dimana-mana sahaja.Bukan sahaja didalam perimeter kelas,bilik guru,pejabat,rumah malah juga dalam surau. Surau !? Subhanallah...
Sedarlah ibu2,makcik2....perbuatan anda2 ini akan memberikan satu pantulan yang tidak baik kepada anak2.

Zaman kanak-kanak ialah satu zaman pembesaran. Jika mereka memperoleh pengajaran yang tidak baik,jalan lurus yang mereka lalui akan automatiknya berubah haluan...terpesong.
Kesan yang lebih buruk akan terjadi sekiranya mereka masih tidak menerima kesedaran walaupun sudah dewasa.Adakah itu yang ibu2,bapa2,kakak2,abang2 mahukan?
Tidak perlu lah kita mewariskan perbuatan busuk kita itu kepada mereka.
Tidak perlu ! Kasihanilah mereka,kita sepatutnya bertanggungjawab membentuk mereka menjadi seorang insan yang berakhlak TIP TOP ! Bukan berakhlak kerang busuk seperti kita.

Tetapi masih,mangumpat ada kebaikannya.Mengumpat adalah haram,tetapi harus untuk keadaan2 yang tertentu.Kesimpulannya,jika ingin melakukan sesuatu...haruslah berlandaskan kepada niat.Sekiranya niat kelihatannya agak tidak baik,jauhilah dan sebaliknya.


p/s: Hanyalah untuk renungan kita bersama


Monday, December 13, 2010

Friendship : Sorry

"Right now,it is very hard for me to believe in friendship.For me,all of that just nonsense.Why should we waste our time in such thing?We're not only waste our time,we're also waste our energy."

Lepas dilukai dengan teruknya oleh kawan sendiri,dah tak ada space lagi untuk saya terima benda2 macam tu.I've tried so hard to forgive and forget all of the things,but the wound in my heart will not easily wash away.

Memang la terasa jaelous bila terngok manusia2 kat luar ada kawan sendiri,share semua dengan kawan depa tu tapi bila difikir-fikirkan balik...tak ada maknanya semua tu kat saya.Banyak lagi hal lagi yang perlu dititik beratkan daripada benda2 macam tu.

Saya rasa,saya memang tak akan ada dan tak akan pernah ada kawan yang akan stick with me 24/7 dengan keadaan diri saya yang complicated ni.And saya rasa tak akan ada manusia dimuka bumi ni pun akan stand hidup dengan saya.

I've tried so much way to be the best but at the end of the day,i realize that i cant be the one.
Sorry to whom that i had hurt before.

No denying,that people hardly to understand me,i cant even understand myself either.
Kepada orang yang tak pernah sakiti hati saya LANSUNG,I'm sorry...but I have to.
You're so kind to me,you really care about me but I cant stand looking at you solving all the problems i have created.I cant stand looking how nice you treated me.You've distracted me with your kindness.You're too good for me.Even saya pun cant treat you as nice as you did.
I think our friendship will not gonna work out.I'm feeling very bad about this but all i can do is apologize.

p/s: I'm truly sorry....

Saturday, December 11, 2010

Suka,Sayang

Definisi suka dan sayang tidak pernah sehaluan.Tetapi,masih ramai pihak menyalah ertikan kedua-dua perkataan tersebut.Suka ialah perasaan senang terhadap sesuatu perkara.Perasaan suka merupakan satu rasa dimana hanya akan hadir pada masa,keadaan yang tertentu.

Manakala sayang ialah perasaan dimana,apabila kita menyayangi sesuatu perkara itu,kita perlu bertanggungjawab menjaga perkara tersebut dalam semua aspek.Rasa sayang amat susah dicari dan memerlukan masa yang panjang untuk menjumpainya.

Pasti anda tertanya-tanya,mengapa saya membicarakan soal ini dalam entry saya pada kali ini.Baiklah,ceritanya agak panjang jadi saya akan pendekkan.Saya sering tertanya-tanya,bagaimana seseorang itu mampu meluahkan rasa sayangnya terhadap seseorang individu yang baru ditemuinya dalam jangka masa sehari.Tidakkah itu pelik sedangkan seperti yang saya katakan perasaan sayang itu mengambil masa yang panjang untuk ditemui.

Bagaimana seseorang itu mudah memberikan perasaan sayangnya kepada seorang yang bukan muhrim tetapi tidak kepada orang yang mempunyai pertalian darah dengannya.
Mereka sanggup menyerahkan segalanya kepada sang kekasih tetapi tidak kepada kedua orang tuanya.

Mereka meluahkan kata sayang tetapi hakikatnya mereka sendiri tidak begitu pasti apakah definisi sayang itu.Mereka mengatakan sayang sebaik melihat keindahan rupa paras seseorang hamba Allah itu tetapi hakikatnya itu hanya perasaan suka.
Sayang tidak mengukur rupa paras seperti perasaan kita terhadap kedua ibu bapa.

Setiap insan mempunyai perasaan suka tetapi perasaan suka yang dikaburi oleh nafsu serakah hanya akan membawa padah.Hati menjadi buta pabila nafsu mendominasi hati.Hasilnya,hati tidak dapat menentukan mana baik dan mana buruk.Nafsu yang akan memimpin gerak geri.

Apa yang ingin saya tegaskan disini ialah tidak salah untuk menyukai sesuatu kerana rasa suka itu merupakan sebahagian daripada lumrah manusia tetapi kita harus ingat,suka dan sayang adalah dua perkataan yang berbeda dari segi definisi.Suka juga boleh membawa padah sekiranya perasaan itu dipimpin oleh nafsu.

p/s:Minta maaf jika penyampaiannya tidak begitu baik.Hanya untuk renungan bersama.

Monday, December 6, 2010

Kenangan 2010



Well saya buat vid ni bukan atas niat untuk meniru orang tu (sapa yang paham,paham la) . Ianya hanya satu kebetulan saja ! Sorry sebab vid ni tak berapa elok ya. Sekadar yang mampu saja ni.
:P

Tuesday, November 30, 2010

Mari kita kongsi....

Kanak2 zaman sekarang;some terbuka minda mereka,the others still berada di takuk yang sama. Segelintir masih berpendapat,"Wahh..we're still young,enjoy la hidup ni sepuas-puasnya"....
Adakah dengan haru biru,kekusutan suasana dunia hari ini,kita masih mampu untuk enjoy hidup ini,tutup sebelah mata kita demi untuk melayan keseronokan diri didunia ini?

Saya bersetuju bahawa kita ini,masih muda...masih banyak perkara yang perlu kita terokai.Tapi itu bukan alasan bagi kita untuk terus melayan keasyikan dunia hinggakan ada perkara yang kita lakukan mampu untuk membinasakan diri kita sendiri.

Saya bakal melangkah kaki menjadi seorang gadis berusia 15 tahun.Orang cakap,saya baru nak masuk 15...kenapa pulak saya harus penat2 kan kepala saya memikirkan soal2 ni....?

Tidakkah anda terfikir,kita sekarang sudah berada di akhir zaman.Masa yang bergerak terasa begitu pantas.Penting sangatkah untuk kita menikmati kelazatan dunia ni?Saya rasa adalah lebih baik jika saya mula untuk mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan kekuatan iman bagi menghadapi masa depan.Ya,kita sememangnya tidak tahu..apa yang bakal terjadi di masa depan kelak...kerana itulah kita perlu siapkan diri.

Acap kali,saban hari...we see with our own eyes,we hear with our own ears kejadian2 yang menimpa saudara kita di negara2 luar.Kita mendengar di televisyen,radio....kita melihat di kaca2 tv dan surat khabar....bagaimana mereka diseksa,disakiti,dibunuh dengan kejam.Terasa begitu sayu tatkala melihat akan keadaan mereka.Mulut tidak putus2 mengucap kalimah Allah,tidak putus2 mengeji perbuatan kejam dan hina mereka.Kejadian2 yang berlaku di sekeliling kita ini sepatutnya menjadi tauladan dan pengjaran tapi tidak,kita hanya pandai mengutuk2 perbuatan kejam manusia terhadap manusia...dalam masa yang sama masih tidak sedar akan kekejaman kita terhadap diri sendiri.

Tidakkah kita mempunyai rasa sedih tatkala melihat anak2 muda yang bakal menjadi pemimpin suatu masa kelak...hancur binasa dek kelunturan moral yang makin menguasai diri?Tidakkah kita mempunyai rasa kesal melihat diri mereka hanyut melayan nafsu?Saya sesungguhnya merasa amat kesal,sedih melihat generasi,remaja2 seusia saya yang dimana masih tidak mempunyai kesedaran untuk mengubah diri mereka.Bertambah pilu apabila menyedari bahawa saya masih mempunyai adik2 yang bakal menjadi seorang remaja suatu masa nanti.Tidak mahu mereka menjadi seperti remaja2 diluar sana,saya hanya mampu bertawakal,berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar tetapkan iman mereka.

Kesimpulannya,marilah kita sama2 berazam untuk menjadikan diri kita seorang insan yang cemerlang dari semua aspek.Marilah kita sama2 pandang ke belakang,muhasabah diri,menyesali akan kesilapan yang telah dilakukan tanpa kita sedari.Moga2 kita bakal menjadi seorang insan,manusia,hamba Allah yang berjaya di dunia maupun akhirat.

P/S:Post ini hanyalah untuk kesedaran umum.

Monday, November 29, 2010

Cuti...

satu cuti yg memboringkan.Ya Allah....! nak tengok tv,subhanallah..boring kot.Online,humm..dok keja menatap kegedikan keboringan kepulunan orang2 ja kat situ.Astaghfiruallah3.....(sorry ayat agak kasar)..nak tidur...Allah..dah dapat cukup tidur dah.Tak larat dah uh nak tidur.Apa lagi huh....hummm....bergaduh.haha....tu tak payah suruh pun,memang dah buat.Update belog,dah tak ada idea.Merantau....kalaulah abah rajin nak bawak kami pi jalan2...huhu.
Baca buku.hoho.tengah mencari buku cerita yang best2 ni...(acehh).Outing,memang dah selalu sangat dah berouting2 ni sampai naik muak dah.Haha ! Takut abah kata apa pulak,dok keluar tiap2 minggu.
So,camtulah.Memang tak ada aktiviti lansung cuti ni ! Boring gila ! Warghh....

Wednesday, November 24, 2010

20/11/10-Sabtu

-Hari yang amat menyedihkan.

-Al-Fatihah buat tokwan yang telah pulang ke rahmatuallah.

Wednesday, November 17, 2010

Fitnah !

Okay...mungkin bagi sesetengah daripada anda yang sedang menatap skrin laptop or komputer tu tertanya-tanya,"FITNAH !!?"
Selepas anda membaca post saya ini,mungkin anda akan membenci,menghina,mengkeji saya ni tapi yang ni ikhlas daripada hati saya.
Kita ni,sebagai hamba Allah tidak perfect,begitu juga saya.Oleh itu,kita kena saling berteguran jika ada sesiapa diantara kita yang melakukan kemungkaran.Ini lah apa yang saya cuba lakukan..apa yang saya mampu.
Not interesting?Boleh,baca post2 saya yang lain....
Interesting?Teruskan membaca...

I'm always wondering weather what they said in fb true or not.Apa yang saya maksudkan disini ialah kata2 atau ungkapan2 cinta yang dikeluarkan.Tapi apa yang saya ingin perkatakan disini ialah pasal dosa.Bukankah apa yang mereka2 tu keluarkan di public spt fb tu bole bwk kepada fitnah?
"i love u",I'll do anything for u","I can't live without u''...
Betapa indahnya kalau apa yang mereka ungkapkan itu benar2 belaka tetapi apakah mereka betul2 maksudkannya?Jadi,apa motif sebenar mereka berkata sebegitu jika mereka tidak betul2 maksudkannya?

Kata2 sebegitu bagi saya,tidak membawa banyak kebaikan melainkan keburukan.Ada orang suka,sokong dengan apa yang mereka tu cakap tapi ada juga pihak yang annoy dengan perkara tu.Orang akan terus memperkatakan soal tu,orang akan terus memberi tanggapan yang busuk kepada si penulis tu.Mungkin kita akan kata,
"Eh lantak la ! Fb aku,suka hati lah." "Depa tu jeles sebenarnya" "Depa yang dapat dosa sebab fitnah aku"

Sebenarnya,kita yang dosa.Sebab apa?Sebab kita yang menimbulkan fitnah tersebut.
Tidakkah kita sedar bahawa fitnah itu timbul hasil daripada kelakuan kita sendiri.
Tidakkah kita terfikir kenapa Islam melarang perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrim itu adalah kerana akan menimbulkan fitnah.Sama la dengan kes ni.

Berdating.Saya sesungguhnya tidak reti mencari isi tentang dating2 ni.Tapi apa yang saya lihat dimata saya,kanak2 di sekeliling saya terutamanya yang seumur saya...sanggup meninggalkan waktu solat semata2 untuk berdating.Kita kena sedar yang kita ni hidup dalam komuniti.Orang sentiasa memandang kita.Apa la yang mereka bisikkan dalam hati mereka jika lihat kita berkelakuan sebegitu?
Hasilnya,orang akan bertanggapan buruk terhadap kita n yang teruknya lagi..orang akan mengumpat pasal kita.

Oleh itu,sedarlah wahai teman2 ku...

p/s:Mintak maaf sekiranya penyampaian saya tidak memuaskan.

Sunday, November 14, 2010

Merdeka...

14th November,few minutes before the clock turn to 1 pm

-Another 27 minutes to achieve freedom.

-The clock is ticking,tick-tock,tick-tock.!

-Can't wait for that....

5 minutes after that....

-What time is it???

-12.40.Another 20 minutes ! Come on..come on.

-Waiting with patient ! Staring at the clock*

-Why everyone look so dull?Grinning to them*

-Another 5 mins? Yeppi....

-Checking all the answers....and.....waiting .....and waiting*

-"Pass up your paper". Wohooo.....merdeka !!!


Huhu.....



Friday, November 5, 2010

Bencana

Seperti yang kalian sudah ketahui,baru2 ni baru saja berlaku bencana yang agak besar iaitu banjir di Jitra.Semua yang terlibat pastinya sedih kan?Yalah,mau nya tidak...semua perabot2,buku2,baju2...rosak..tenggelam dalam air.

Tapi,sesedih2 kita,sekesal2 kita..kita kena ingat yang semua ni adalah dugaan.Allah izinkan bencana ni berlaku untuk menguji kita.Allah turunkan bala ni untuk menghapuskan dosa kita.Janganlah kita sesekali kata bahawa Allah ini lazim.Bersabarlah,bertawakallah.Itulah yang paling terbaik.

“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu
dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan
kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”

Dari Abu Hurairah (r.a), Rasulullah (s.a.w) berabda: “Tidaklah
seorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kekhuatiran,
kesusahan, gangguan, kesedihan walaupun hanya sebatang duri
yang menusuknya melainkan Allah menghapus sebahagian dari
kesalahan-kesalahannya"

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia
sedikitpun, akan tetapi manusia itu yang berbuat zalim
kepada diri mereka sendiri”

Dari Shuhaib (r.a), Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Sungguh
menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua
urusannya merupakan kebaikan dan hal ini tidak terjadi kecuali
bagi orang mukmin. Jika dia mendapat kegembiraan, maka dia
bersyukur dan itu merupakan kebaikan baginya dan jika dia
mendapat kesusahan, maka dia bersabar dan ini merupakan
kebaikan baginya"

Sunday, October 24, 2010

Hilangkan Stress

Saya amat memahami jika anda berasa stress sekarang kerana bahang exam yang semakin hampir itu mengganggu hidup anda buat masa ini.Oleh itu,lepaskan lah stress anda itu dengan ketawa ! Warnailah hidup anda yang lesu itu dengan gelak ketawa.Seperti mana saya yang amat telah menjadikan ketawa itu sebagai satu hobi . Hehe ...

Jika anda tidak reti atau tidak mampu ketawa,saksikanlah video ini.Mungkin dapat membantu...