Thursday, January 27, 2011

Idola !

Guru:Siapakah idola kamu,kelas?
Para pelajar: Miley Cyrus ! Justin Bieber ! Taylor Swift !

Jika kita lihat kepada realiti semasa,fenomena di atas merupakan fenomena tipikal yang sedang melanda anak-anak muda masa kini.Tetapi jangan terkejut,terdapat juga sebahagian orang dewasa yang turut mengalami fenomena seperti ini.Saya pelik,adakah insan-insan seperti di atas itu berhak dijadikan idola?Apakah mereka begitu istimewa sehinggakan mereka dipuja-puja,dijunjung-junjungkan?

Dari segi pakaiannya saja,kita dapat rumuskan bahawa moral mereka itu sama seperti cara pemakaian mereka itu.Bagi non-muslim,itu bukanlah menjadi satu kesalahan.Namun bagi mereka yang beragama Islam,wajarkah insan-insan seperti itu dijadikan idola hidup? Tidaklah salah untuk mengambil iktibar dari segi pemikiran atau prinsip hidup atau kunci kejayaan mereka,asalkan tidak melanggar hukum syarak.
Tetapi,bukan itu faktor yang menyebabkan anak-anak muda Islam zaman kini pujakan mereka.Mereka amat menyanjungi individu-individu,khususnya artis dari segi cara pemakaian,cara hidup tanpa mengira yang mana hak dan yang mana batil.

Keluar berjalan di tepian jalan dengan memakai pakaian yang kekurangan kain,menyanyi dijadikan profession pilihan,menjadi seorang penari dijadikan sebagai hobi...
Saya ingin tanya,adakah semua itu betul?
Bukankah sebagai seorang Muslimah,kita diwajibkan menutup aurat dari atas hingga ke bawah.Dari segi pakaian,suara,lagak serta perbuatan?

Apabila ditanya mengapa anda berpakaian sebegini pelik,mereka akan menjawab..."ini trend la." atau "artis-artis dok pakai" atau "baru la lawa"
Manusia...
Kemudian,apabila diberi nasihat,mereka memberi reaksi seperti..."kampung la lu !" atau "suka hati la,ada kacau kamu?" atau "Buat warak pulak" ada juga "narrow minded la !"
Mengapa manusia ini begitu degil? Adakah mereka terlalu buta,atau bodoh untuk melihat kebenaran?

Manusia zaman sekarang..terlalu terbawa-bawa dengan keasyikan dunia.Sampaikan terlupa bahawa dunia ini hanya sementara.Orang yang sepatutnya dijadikan idola untuk membimbing ke jalan yang benar,disalah ertikan.Apabila terlalu banyak minda-minda yang terpesong,semakin banyaklah gejala-gejala membuka aurat yang dimana menjurus kepada berlakunya maksiat-maksiat.Kemudian,Allah menurunkan peringatan,manusia masih alpa,lupa bahawa semua itu merupakan satu peringatan.

Oleh itu jika dirumuskan kembali semua coretan-coretan di atas,adakah idola seperti para artis wajar dijadikan contoh dan idola dalam hidup? Sedangkan mereka tidak membawa banyak faedah melainkan kemungkaran?Jika mereka berpakaian tutup aurat sekalipun,namun dari sudut lain seperti suara tidak dijaga..masih tidak layak dijadikan pembimbing hidup.Berlakon sebagai seorang yang warak,namun masih memegang sana sini dengan yang bukan muhrim...juga masih tidak layak.

"Mengapakah kamu kufur kepada Allah sedangkan kamu dahulu asalnya mati,lalu Allah hidupkan kamu,kemudian kamu mati lalu dihidupkan semula,setelah itu kepadaNyalah kamu semua akan dikembalikan."(al-baqarah;28)

Dengan yang demikian,renung-renungkanlah,muhasabah diri,dan fikir-fikirkanlah apa yang terbaik.Hidup kita di atas bumi Allah ini,tidak lama..hanya sementara.Kutiplah seberapa banyak pahala,gandakanlah amal ibadat sebagaimana kita gandakan keseronokan hidup yang tak terhabis itu.

2 comments: