Friday, January 14, 2011

Bagai Keju Dan Coklat

"Bagai keju dan coklat"
Bukan sahaja menjadi tajuk bagi sebuah novel karya Rose Harissa malah,memberi 1001 inspirasi.

Keju dan coklat merupakan dua bahan yang amat berlainan.Tidak sesuai untuk digabungkan menjadi satu.Dari segi warnanya juga,ternyata jauh berbeza.Apatah lagi rasanya.

Begitulah hidup.Manusia diciptakan berlainan.Berlainan,bangsa,tempat tinggal,cara hidup,tutur kata,pemikiran dan sebagainya.
Tetapi adakah wajar perkara tersebut dijadikan penghalang untuk kita bersatu?Bersatu sebagai kawan,bersatu sebagai masyarakat,bersatu sebagai sebuah komuniti?

Semata-mata terdapat perbezaan warna kulit dan bahasa,kita sewenang-wenangnya meletakkan hukuman untuk meminggirkan mereka.Siapakah kita untuk melaksanakan perkara sedemikian?

Hanya kerana kita mempunyai sedikit perbezaan daripada mereka,mereka kita jauhi.Amat sukar bagi kita untuk menerima kewujudan mereka dalam komuniti.Bukankah kita hidup dalam sistem bermasyarakat? Jadi,bukankah juga tanggungjawab kita adalah untuk menghormati mereka?

Dalam memilih kawan,paras rupa bukan menjadi ukuran namun hati.Hati serta perasaan yang luhur,ikhlas,suci yang menjadi tumpuan. Namun,masyarakat kita sering menyalah tafsirkannya.Kita fikir,sekadar paras rupa yang sedap mata memandang,tiada perbezaan antara kita dengan mereka menjadi kunci utama dalam sesebuah perhubungan.

Janganlah berfikiran terlalu sempit,perbezaan bukannya penghalang untuk membina sebuah ikatan perhubungan,tidak kira ikatan perhubungan jenis persahabatan,jiran maupun kekeluargaan selagi tidak menyalahi hukum syarak.
Jadikanlah,perbezaan sebagai perhiasan untuk mencorak hidup kita menjadi sebuah jalan hidup yang indah.
Bagai keju dan coklat,siapa tahu jika digabungkan kedua-duanya mampu untuk mencipta satu rasa hebat.

Sama-samalah kita buka pekung minda seluas-luasnya dan melihat keindahan hidup yang kita boleh capai dengan hanya membuat satu perubahan iaitu perubahan pemikiran. ;)

4 comments:

  1. Keju dan coklat boleh d'gabungkan larh
    baca smpai abes dulu novel tuh

    ReplyDelete
  2. dak....aku nak bt ayat sndri...hoho.! abeh dah bc...

    ReplyDelete
  3. aina kata x sesuai...
    sesuai sbenarnya
    jgan tukar fakta nanti pngarang novel mrah...

    ReplyDelete