Monday, December 19, 2011

Politikus

Zaman kian bertukar kulit.
Remaja kini tidak lagi seperti para remaja di zaman 'tok naduk' yang dimana minda mereka kini semakin membangun selari dengan perkembangan dunia.
Jika dahulu,generasi Y perlu merantau jauh daripada tempat tinggal semata-mata untuk mencari ilmu.
Kini,semuanya berada di hujung jari.
Keadaan tidak lagi memaksa mereka untuk pergi bermusafir demi meneroka pengetahuan dan pengalaman.

Saya yang masih berada dalam kalangan generasi Y ini juga makin terbuka mata dengan daya pemikiran dan kematangan anak-anak muda zaman ini.
Sesungguhnya ini merupakan satu pencapaian yang saya kira perlu dibanggakan.
Apa yang saya lihat terlalu jelas ialah betapa mereka kini semakin sibuk untuk mencari pengetahuan dalam politik.
Mungkin ini semua hasil daripada pengaruh ibu bapa.
Atau mungkin media massa yang mendorong mereka untuk menjengah kedalam arena ini.

Bagi saya,ini merupakan satu petanda yang positif.
Kerana dengan cara ini,minda mereka akan lebih terbuka.
Mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi dunia kelak dengan adanya pengisian ilmu ini.
Namun apa yang menduka citakan adalah apabila saya lihat mereka ini seakan-akan tidak mengerti akan semua pendedahan itu.
Mereka menggunakan kesempatan itu untuk melaga-lagakan sesetengah pihak atau untuk mencari publisiti atau untuk mengaibkan serta menjadi agen membawa fitnah.

Ini apa yang dikatakan sebagai 'kurang cerdik'.
Saya pernah terbaca,kita mencari ilmu bukan untuk memenangi hujah namun untuk mencari kebenaran.
Satu ungkapan ringkas yang sangat mendalam pentakrifannya.
Saya sendiri pun masih terkapai-kapai untuk menetapi ungkapan itu.
Namun itulah kebenarannya,kita mencari ilmu itu perlulah bernawaitukan untuk mencari kebenaran supaya kebenaran itu dapat memberi cahaya kepada kita sepanjang hidup didunia ini.

Kadangkala cara mereka berpolitik dalam kalangan mereka di media-media seperti facebook,twitter itu membuatkan saya tergelak kecil.
Kadangkala menjengkelkan juga kerana mereka tanpa sedar telah memperbodohkan diri mereka di depan orang ramai.
Saya pernah berkata,kita bercakap menggunakan ilmu bukan nafsu.Setidak-tidaknya kita tak akan memperbodohkan diri kita bahawa sebenarnya kita dangkal di depan khalayak ramai.
Kata-kata ini diinspirasikan oleh salah seorang sepupu saya yang saya hormati kerana ilmu yang diperolehinya.
Apabila kita berkata-kata,ucapan itu melambangkan personaliti,ilmu pengetahuan dan corak pemikiran kita.
Kata-kata yang dilafazkan tanpa ilmu selalunya berpandukan oleh bisikan syaitan dan nafsu.
Kata-kata yang dilontarkan itu perlulah difikir secara teliti terlebih dahulu supaya kemungkaran dapat dielakkan.
Kadang-kadang kita tak menyedari bahawa ucapan kita itu boleh mengundang kepada kemurkaan Allah.

Sebagai manusia yang baru berusia setahun jagung,yang berhasrat untuk memijakkan kaki dalam bidang politik ini...
perkara yang paling perlu untuk dititikberatkan ialah kita mengkaji dahulu latar belakang maestro2 didalam dunia ini.
Dengan ini,kita akan lebih mengetahui dengan lebih dekat siapakah mereka.
Kemudian,amat penting untuk kita mencari sumber yang boleh dipercayai.
Satu sumber yang mempunyai bukti-bukti solid serta tidak dimanipulasi.
Ini akan mengelakkan diri daripada termakan dengan kata-kata orang yang tak bertanggungjawab.
Lakukan kajian.Dengan ini sekurang-kurangnya kita lebih mengetahui akan punca,hujung pangkal,bukti,sebab musabab sesebuah cerita itu.

Inilah yang paling meralatkan saya,kebanyakan para remaja kini mereka lebih cenderung untuk mengambil sesuatu cerita itu tanpa diselidik terlebih dahulu.
Hasilnya,mereka secara automatik menjadi agen kepada pembawa cerita fitnah dan membuka keaiban orang.
Ustadz Fadhil Noor pernah berkata,"Fitnah itu tidur,Allah melaknat sesiapa yang mengejutkan"
Sebelum melangkah kaki kedalam pengetahuan politik ini,kita seharusnya sedar bahawa kita sedang mempertaruhkan keimanan,ketakwaan,akidah kita.
Kerana bidang ini boleh membawa kita kepada lembah haram mahupun halal.
Oleh yang demikian,amat penting untuk kita mengambil kira sumber dan kebenaran.
Andai kata kita berpegang kepada satu pendirian,maka carilah bukti untuk menguatkan pendirian itu.
Jangan bercakap akan sesuatu yang kita tak pasti kebenarannya.
Kerana semua ini boleh mengundang kepada dosa.

Saya sedih dengan isu semasa ini yang membuatkan ramai orang Islam bertelagah kerana mereka tidak memahami akan hukum hakam Allah.
Saya sedih kerana mereka sesungguhnya tidak pernah belajar akan perkara itu namun mampu untuk menentangnya kerana termakan dengan kata-kata orang jahil.
Apabila kita menyentuh soal undang-undang Allah,kita seharusnya berhati-hati kerana tindak tanduk kita itu boleh membuatkan iman kita tergugur.
Situasi ini membawa kita kembali ke alam masyarakat jahiliyah yang terdahulu.
Apabila Rasulullah membawa amanat Allah,mereka menentang sekeras-kerasnya.
Bezanya dengan sekarang adalah orang Islam kini menggunakan cara yang halus iaitu dengan mencari seribu satu alasan untuk membangkangnya.
Ini merupakan satu perkara yang tidak seharusnya terjadi.

Konklusinya,politik ini bukanlah satu perkara yang bersifat sebversif semata-mata namun ini merupakan satu medium untuk berjihad.
Akan tetapi,perlulah berlandaskan kepada agama.
Biarlah kita berpolitik dengan politik Rasulullah.
Kita berpolitik untuk mempertahankan hak,berjihad dan mencari kebenaran.
Bidang politik mempunyai dua cabang,iaitu kearah halal dan haram.
Terserah kepada individu itu bagaimana untuk memilihnya.
Politik boleh menjadi kotor dan busuk namun boleh juga menjadi suci dan bersih.
Ianya merupakan satu dunia yang amat mengelirukan dan berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang itu.
Maka dengan itu,berhati-hatilah.
Semoga Allah sentiasa meredhai kita.

P/S:Rencana ini dikarang berteraskan kepada niat murni saya iaitu untuk mengajak anda kembali bermuhasabah.

No comments:

Post a Comment