Monday, March 21, 2011

Local Drama

Hello ! Assalamualaikum semua !!
Dah lama rasanya tak mengupdate belog tersayang ni.
Baiklah,disebabkan semua dah bertimbun-timbun entry yang mereka dah post...saya pun nak post jugak lah !
Hari ni saya nak cakap soal cerita TEMPATAN !!!

Bagi peminat local film,mesti la anda-anda akan kutuk apa yang saya nak sampaikan ini.Ini bukan atas tujuan untuk mengutuk ya.Cuma,nak sampaikan apa yang saya lihat lah.

1) Kebanyakan drama-drama kita ni selalu buat berkisar dunia korporat.Saya pun tak faham kenapa orang kita suka dunia korporat karat ni. Dah tu pula,mesti ada konflik dalam syarikat dimana berlaku perebutan kuasa.Lepas tu pula,mesti ada pihak jahat yang mahu takhta syarikat tersebut kemudian mereka tu buat jahat bila tak puas hati dengan orang lain.Aduh duh duh...!!

2) Anak orang kaya jatuh hati dengan anak orang sederhana.Tetapi mak ayah anak orang kaya tu tak restu pulak sebab nak jaga nama lah,katanya.Cinta terpisahlah kononnya. Selalu yang nak rosakkan hubungan tu mesti si emak.Kenapa ya? Tak adil....

3) Selalu ada adegan yang dimana berlaku situasi tembak menembak lepas tu bunyi satu tembakan. Tapi siapa yang kena tembak tu ? Si jahat ke si baik ? Jawapannya mestilah si jahat.Kemudian the end.Steriotaip...

4) Watak orang kaya selalunya mesti kaya tersangat-sangat. Pergi melancong situlah,sinilah.Kalau yang miskin tu,miskin tersangat.Sampai nak makan pun tak cukup. Kemudian penggunaan perkataan macam 'daddy','mummy','i','u'....
Bukannya tak boleh tapi selalunya untuk watak yang kaya je guna perkataan-perkataan macam tu.Tukar la sikit,muak dah.!

Haha...macam-macam betul ! Setakat dulu lah kot.Takut kena saman pulak kalau cakap lebih2.lol.



Thursday, March 10, 2011

Lets Explore The World !


5 Mac yang lalu,teman ada la join dengan ini kem yang diberi nama Kem Eksplorasi Rimba 2011 di Kem **** ********.
Sebenarnya kem ini khas untuk para pemimpin sekolah sahaja contoh macam ketua kelas or penolong ketua kelas or penolong kepada penolong ketua kelas atau penolong kepada penolong kepada penolong ketua kelas.
Saya bukanlah seorang pemimpin(jenis pemimpin yang dinyatakan di atas) tapi apakan daya,hati ini terlalu galak untuk menyertainya.

Al kisahnya bermula begini,saya bangun seperti biasa saya selalu bangun untuk pergi ke sekolah. Semua orang tengah nyenyak melayar mimpi lagi (maklumlah,cuti katakan) namun saya sebaliknya.
Tubuh ini tidak pernah mengeksplor alam-alam rimba ini.Manakan tidak,asyik terperap di dalam rumah sahaja.Tidak pernah keluar ke dunia luar.
Terasa seperti ingin melompat-lompat saja,tetapi takut nanti dilabel sebagai orang gila pula.!
Maka,simpanlah keseronokan ini dalam hati.

*

Melangkah kaki keluar ke rumah dengan kaki kanan perlahan-lahan.Disambutnya handle basikal dengan penuh sopan dan santun.
Naiknya atas basikal itu,shhhhhhh.....(bunyi angin menghempas badan).
Seronoknya menghirup udara pagi.!
Tibanya di sekolah,"awat ramai sangat kat sekolah?Salah hari ke ni?"
Intai-intai dalam sekolah,ohhh...tak silap hari.

*

Berkumpul di stadium mini. Whoa ! Macam semut.Betapa ramainya manusia.
Tunggu punya tunggu,cikgu dah habis menyibukkan diri dengan persiapan,maka mereka pun arahkan kumpulan sekian-sekian menuju ke bas.
"Inilah masa yang ditunggu-tunggu".
Naik-naik atas bas,semua berkelakuan seperti tidak pernah naik bas (saya seorang saja kot macam tu).

*

Selepas 20 minit berlalu,sampailah di kem tersebut.
Turun-turun bas,ohhh...inilah kem itu.!
Cikgu-cikgu bawa kami bersantap pagi di sebuah kantin ini.Makanannya baik-baik sahaja.
Tunggu lah kumpulan seterusnya untuk tiba.
Apabila semua orang sudah ada,mereka mengadakan satu sesi taklimat.
Hati kian melonjak-lonjak.

*

Tempat pertama yang diredah ialah ladang getah. Erk,ladang getah ? Getah pun getah lah,first time masuk ini. Cantik juga apabila diamati lama-lama. Punya la jauh perjalanan dalam ladang getah tersebut. Kaki semakin lama makin lemah. Tolong ! Tak terdaya dah !
Lepas tu buat apa tah,hah ! Kemudian kami masuk dalam hutan sekejap.Hutan kecil-kecilan saja.
Then,tiba la di check point pertama.Check point itu di bukit bukau. Wahhh....! Cantik sungguh bukit itu.Saya tak berapa pasti apa yang cantiknya tapi memang cantik. Permukaan bukit tu sungguh luas. Kami terpaksa lah mendaki sedikit tetapi apabila sampai di atas puncaknya,sekali lagi macam semut !

Lepas beristirehat,bergambar-gambar maka kami pun meneruskan perjuangan. Dituruninya bukit kecil itu kemudian bergerak merentas jalan-jalan kampung. Serius,bahan kumuhan lembu bertaburan merata-rata di atas jalan.
Memang membangkitkan lagi suasana kampung itu. Seronoknya.! (Saya maksudkannya)
Kemudian sampailah ke part yang ditunggu-tunggu,hiking !
Didakinya bukit itu dengan rasa takut akan pacat dan haiwan sewaktu dengannya.
Daki punya daki,tibalah di satu check point ni.Semua orang kalut mengambil gambar,becerita-cerita.Tetapi selepas jemu melakukan semua itu,semua bertanya,"kenapa kita berhenti di sini?".
Kemudian mereka suruh kami turun balik dari bukit itu. Alah...mengapa begitu? Saya mahu ke puncaknya !

*

Kami menyambung perjalanan meredah kampung-kampung,kemudian kami redah pula sawah bendang yang kering kontang.Namun apa-apa pun,peristiwa baru bagi saya yang tidak pernah sekalipun meredah bendang. Cantik sangat !
After that,kami pun terus our journey pulang ke kem.Perjalanan itu memerlukan kami meredah ladang getas sekali lagi.Keluarnya daripada ladang getah itu,semua bersorak kegembiraan seperti sudah seminggu sesat di dalam hutan.

*

Cikgu melayan kami dengan makanan tengah hari kemudian kami berkumpul sekali lagi untuk tunggu bas.Malangnya bas kumpulan kami terpaksa pulang lewat akibat ketidakcukupan bas.
Akan tetapi,pengalaman meredah segala flora-flora ini amatlah menyeronokkan.Pengalaman pertama dude !

*

Itulah keindahan ciptaan Tuhan. Walaupun kelihataan hijau sahaja namun jika diamati baik-baik ciptaanNya,terselit kecantikan dan keindahan.
Allah Maha Besar ! Allah Maha Kuasa !
CiptaanNya tiada tandingan. Tiada kuasa yang setanding dengan kuasaNya.

*

"(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi.Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu,dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.(Surah Al-An'am : 101)



(Sedikit foto untuk santapan penonton)








P/S: Terima kasih untuk Cik Z.H untuk foto-foto ini.

Friday, March 4, 2011

Ayuh Kita Bangkit !!!


Ramai orang masih mencari-cari gaya hidup yang betul.Bagaimana untuk menguruskan hidup dengan baik tanpa cacat celanya.
Tapi mereka tidak sedar,bahawa jawapannya sudah terang terangan di hadapan mereka.
Mereka hanya perlu berusaha sahaja untuk mendalami dengan lebih dalam.

Jika gaya hidup berlandaskan nafsu dan bisikan syaitan menjadi pilihan,itu bukanlah gaya hidup yang tepat.Kerana bisikan nafsu dan syaitan itu tidak membawa apa-apa melainkan kemungkaran.

Islam itu merupakan satu agama yang berkait rapat dengan kehidupan.Selagi kita berpegang kepadanya maka kita tidak akan sesat dalam dunia yang semakin hari makin mengelirukan ini.

Sebaik sahaja seorang insan lahir ke alam dunia ini,semuanya sudah tersedia untuknya. Sebut saja,semuanya ada.Kita hanya tinggal untuk memilih mana yang terbaik sahaja.Namun ingatlah,sekali kita tersilap pilih sukar untuk kita mencari jalan pulang. Dunia kini makin mengelirukan. Amat keliru untuk menyatakan mana satu betul mana satu salah.

Apabila orang Islam sendiri menolak gaya hidup yang
diajar oleh Islam,siapa lagi yang akan menerimanya? Siapa lagi yang akan bangkit berdiri mempertahankan ajaran Islam?
Sebut sahaja perkataan Islam,semua cuba menjauhinya.Seolah-olah menunjukkan bahawa Islam itu tidak relevan lagi untuk diikuti.

Orang Islam kini makin ditindas oleh manusia-manusia kafir diluar sana. Mengapa saudara Islam lain tidak bangun membantu mereka? Kita mampu melawan pihak-pihak kafir itu tetapi mengapa hati tidak membenarkannya?
Rela saja kita membenarkan mereka mereka itu menjajah minda kita.
Segala perkataan,perbuatan mereka...diiyakan saja.!

Sedarkah anda bahawa semua itu hanya satu cara untuk menjatuhkan Islam.Islam,agama kita !?
Mengapa kita masih menuruti mereka semata-mata untuk mengejar 'keindahan' dunia yang fana ini !?
Mereka mudah menyebarkan doktrin mereka itu kerana kita sendiri tidak berpegang teguh kepada Islam.
Salah siapakah semua itu ?
Ya tuan-tuan puan-puan,salah kita sendiri !

Relakah kita lihat saudara-saudara kita diseksa kejam oleh mereka?
Relakah kita lihat Islam tumbang?
Relakah kita lihat mereka menyorak kegembiraan,meraikan kekalahan kita?

Jika perkara ini tidak diubah,maka lengkaplah misi mereka iaitu untuk menjatuhkan kita.
Sekarang ini,mereka sudah pun berjaya menjatuhkan iman kebanyakan orang Islam.
Adakah kita mahu perkara itu berterusan?

Ayuh,bangkitlah semua ! Bangkitlah kita menegakkan panji Islam,bangkit melaungkan kalimah Allahuakbar,bangkit mempertahankan ajaran Islam !
Kebenaran berada di pihak kita !

Allahuakbar !


Tuesday, March 1, 2011

Cukuplah !!!


Memang betul kata orang,cara pembawakan diri sememangnya boleh mengundang fitnah.
Masakan tidak,setiap gerak geri kita akan dipantau oleh mata-mata sinis.
Baru sahaja ingin melangkah kaki keluar,semua mata memandang terus kearah kita dengan penuh kejam.
Terasa seperti tidak mahu saja keluar dari rumah.

Sedang mengamati keindahan alam tiba-tiba telinga mengesan suara sumbang manusia sedang menyebarkan fitnah.
Zzzzzaaaaapppp.!
Pedih sekali tikaman yang tepat menusuk hati itu.
Otak mula memutarkan persoalan,
"Apa yang saya dah buat!?"

Kemana sahaja kaki membawa diri,mulut-mulut manusia yang 'baik' itu memulakan tugas masing-masing.
Hati menjadi semakin sesak dengan bisikan-bisikan ganas itu.
Kaki terasa semakin lemah akibat bisa mulut si pengata.
Ingin menjerit tetapi mengapa tidak terkeluar !?
Terpaksalah menahan sakit di dalam hati.
Sekali lagi...."Apa yang saya dah buat !?"

Masing-masing hanya berbisik kecil,tidak berani
untuk meluahkan rasa isi hati.
Apabila ditanya,pelbagai jawapan diberikan. Semua itu semata-mata untuk mengelak daripada memberitahu perkara sebenar. Giat sungguh mereka menutup kesalahan si penyebar fitnah.
Apakah mereka gembira dengan melakukan penindasan ke atas si mangsa?
Beritahulah perkara sebenar,cukup-cukuplah menyeksa hati ini !!

Niat di hati ialah untuk berbuat baik,tetapi syaitan-syaitan di luar sengaja menyalah tafsirkannya.
Sakit mata sangatkah melihat diri ini melakukan kebaikan?
Namun,apakan daya...berusahalah si pemilik badan lemah ini dengan sekuat hati.
Dengan membawa hanya satu niat,iaitu untuk membahagiakan hati para manusia di luar.

Walau hati terasa seperti dirobek-robek,terpaksalah juga.
Pedih di hati kian membuak-buak,seakan tinggal di dalam penjara saja.
"Saya mahu bebas !!"
Tetapi kepada siapa untuk diluahkan rasa?
Hanya kepada Yang Berkuasa.










Saturday, February 26, 2011

Si Tukang Cerita & Si Pendengar

Gosip dan perempuan sememangnya serasi.Semua orang tahu akan hakikat tersebut. Tapi,jangan terkejut...kaum lelaki kini juga pandai bergosip setaraf dengan kaum perempuan. Namun,bukan itu yang bakal menjadi isu perbualan hari ini.

Menurut pemerhatian mata saya,gosip akan melibatkan dua pihak yang utama iaitu si tukang cerita dan si pendengar. Sudah tentulah,sekiranya tiada si pendengar kepada siapalah si tukang cerita mahu melepaskan cerita yang terbuku di hati,bukan? Si pendengar tugas mereka mudah sahaja,iaitu mendengar dan memberi komen. Mereka memegang prinsip,mendengar dan mempercayai. Mudah saja mereka mempercayai apa yang diceritakan.

Saya agak hairan,kenapa begitu mudah? Cubalah selidik dahulu kebenaran cerita tersebut.Ini tidak,terus saja percaya kemudian memberi komen dan menyebarkan cerita tersebut.Cubalah fikir seandainya si tukang cerita itu sedang mereka cerita dan memanipulasikan otak anda,betapa geramnya anda kan? Tambah-tambah pula,cerita yang berunsur fitnah. Tak pasal-pasal anda mendapat dosa.Oleh itu,periksalah dahulu kesahihan cerita tersebut.

Si tukang cerita itu,sememangnya tidak boleh hidup tanpa si pendengar.Dunia mereka seakan tidak lengkap. Mengapa ya? Si tukang cerita ini pula mudah saja bercerita tanpa pastikan dulu kepada siapakah mereka bercerita itu.Andai kata si pendengar tersebut menghebahkan rahasia anda itu ke seluruh pelosok dunia,kemudian pula telah menukarkan versi anda menjadi versi mereka,saya percaya...sudah tentu anda berasa ingin melenyek-lenyekkan orang itu.Haha !

Percayalah,saya pernah berada dalam situasi sebegitu.Saya mengerti bagaimana rasanya. Para si pencerita dan si pendengar di luar sana,berhati-hatilah ya. Anda tidak mahu berasa tertipu di kemudian hari,bukan?
Jangan menjadi seorang yang mudah. Pabila kita menjadi seorang yang mudah,orang juga akan melayan kita dengan mudah. Sementara menunggu belang sebenar si si tu terserlah,bukalah mata anda seluas-luasnya.

SELAMAT BERJAYA !!!



Sunday, February 20, 2011

Hanya Satu Ku Pinta

Setiap hari dalam hidupku kini,penuh dengan kemuraman dan kekusaman. Sukar untukku mencari kembali pelangi keceriaan. Berbagai cara ku guna semata-mata untuk membahagiakan hati ini. Namun,sering kali aku tersungkur di tengah jalan. Niat di hati bukan untuk membuka pekung di dada kerna diri ini hakikatnya bukanlah jenis sebegitu tetapi sekadar untuk meminta bimbingan.

Dalam perjalanan hijrahku,berbagai cara iblis dan syaitan gunakan untuk menggoda hati lemah ini. Puas aku menyedarkan diri sebelum dihanyutkan ke dalam kancah maksiat.
Perjuangan ku ini bukan untuk sesiapa tetapi untuk diriku dan Allah SWT.
Hati ini begitu kepingin untuk menjadi salah seorang ahli syurga Allah dan menjadi seorang insan yang cemerlang,gemilang di dunia dan akhirat. Inginku menyerahkan diri untuk memperjuangkan dan menegakkan agama Allah. Tiada apa yang lebih penting daripada Allah.

Jika semua orang bercita-cita untuk memperjuangkan nasib bangsa,namun aku sebaliknya. Agama Islam itu kuletakkan dihadapan. Sememangnya benar bahawa diharuskan membela dan mempertahankan bangsa namun jika dilihatkan kepada kedudukan Agama Islam kini yang bagai telur di hujung tanduk,yang bisa jatuh pada bila-bila masa..tak sanggup aku. Tak sanggup aku melihat agamaku sendiri jatuh.

Jatuh disini bukanlah seperti peristiwa jatuhnya Kerajaan Uthmaniyah,sebuah kerjaan Islam yang telah mencapai kegemilangannya namun,disebabkan beberapa faktor..jatuhnya kerajaan itu sehingga hari ini. Definisi jatuh didalam konteks perbincangan ini adalah jatuhnya kerohanian,keimanan masyarakat Islam pada hari ini akibat daripada perasaan hedonisme yang kian membuak-buak dalam jiwa. Sifat hedonisme itu saban hari meninggi sehinggakan iman mampu dikalahkan oleh nafsu.

Aku tidak mahu malah tidak ingin pun tergolong dalam jenis insan sebegitu. Aku tidak mahu lemas dalam lautan duniawi !! Seperti mahu nangis pabila tiba-tiba aku disedarkan daripada lamunan maksiat. Ya Allah,bersyukurnya aku ! Aku masih mampu diselamatkan. Tetapi,bagaimana aku ingin menghadapi hari-hari esok? Bagaimana sekiranya tanpa ku sedar,aku telah terjebak dalam perkara yang sememangnya tidak diredhai Allah !? Allah....
Aku tersangat menginginkan untuk menjadi seorang perempuan yang solehah kepada ibu bapa serta menjadi seorang yang muslimah.Tidak ku sangka,begitu banyak pengorbanan yang harus ku lakukan untuk menjayakan impian murni itu.Tetapi aku tidak kisah ! Semua itu bukanlah aku lakukan semata-mata untuk kelihatan baik dihadapan orang ataupun menggoda mana-mana lelaki. Aku sesungguhnya,tidak mahupun dilihat oleh mana-mana lelaki.Aku lakukan itu hanyalah untuk menjadi hamba Allah yang baik sepertimana yang dilakukan oleh Siti Fatimah,puterinya Rasulullah.

Aku berasa amat menyesal akan masa yang telah aku bazirkan selama ini. Masa yang begitu panjang,aku sia-siakan begitu sahaja. Sombongnya aku ! Namun kini,telahku berazam...aku tidak akan lagi membazirkan masaku sementara masih ada di atas muka bumi Allah ini. Aku akan cuba sedaya upayaku untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik walaupun aku sering kali gagal. Tidak akan ku biarkan mata ini bergenang dengan air-air kekecewaan akan kegagalanku.

Hanya satu aku pinta,mohonlah beri bimbingan kepadaku.Bukan hanya bimbingan mengenai perkara-perkara berkaitan pelajaran,berilah bimbingan kepadaku untuk menuju ke jalan yang benar.Aku mendukung beberapa cita-cita iaitu untuk berjaya di dunia dan ahirat dan menjadi seorang pemimpin kepada adik-adik,kawan-kawan dan saudara Islam yang lain. Aku ingin membantu mereka sedaya upaya keringatku mampu.Mohonlah untuk memberi bantuan kepadaku.
Jasa anda teramatlah dihargai,

Thursday, February 17, 2011

Pemimpin Agung

15 Februari 2011.Baru saya jumpa sinar kebahagiaan yang sebenarnya.
Apa maksud saya ? Adakah kerana AE Percival menyerahkan diri kepada Yamashita Tomoyuki pada tanggal ini(Sejarah tajuk 1)?
Tidak. Sebenarnya tanggal 12 Rabiulawal telah jatuh pada tarikh ini untuk tahun ini.
Satu tarikh yang amat bersejarah dalam Islam. Lahirnya seorang pemimpin yang agung.
Selama ini,tidak pernah saya terfikir atau cuba memikirkan apa maksud sebenar tarikh ini.
Apabila ditanya,pantas saja saya menjawab maulidur rasul.Tetapi hati tidak pernah faham apa itu maulidur rasul.

Ya Allah ! Terasa begitu rugi sekali. Sebagai seorang insan beragama islam,tidak sepatutnya saya mengabaikan perkara-perkara sebegitu.Tetapi semuanya sudah berubah.
Kini saya mengerti apa makna sebenarnya. Hati bagai disentap angin pilu.Terasa begitu bersyukur sekali. Tanpanya,saya tidak akan menjumpai kedamaian.
Kedamaian yang amat besar.

Baginda amat menyayangi umatnya. Diharunginya segala ranjau dan onak duri semata-mata untuk memastikan umatnya menerima kebenaran,untuk menegakkan agama Allah.Jika dilihatkan pada realiti semasa,semakin hilang insan yang mempunyai sifat sedemikian. Begitu sukar sekali untuk mencarinya. Mungkinkah insan sebegitu masih wujud dimuka bumi ini?

Hati meronta-ronta ingin berjumpa dengannya. Dikhabarkan bahawa semasa pemerintahannya,telah lahirnya hamba-hamba Allah yang begitu sejati hatinya. Alangkah indahnya andai dapat hidup dalam kalangan masyarakat sebegitu kuat imannya. Namun apakan daya,saya tidak mempunyai kuasa untuk pergi ke masa-masa lampau.

Namun,mengapa mulut ini begitu berat untuk memujinya setiap saat? Mengapa saya tidak bisa menjadi seperti insan lain? Saya amat menyayangi Rasulullah,walaupun saban hari melakukan dosa. Semua ini bukannya satu pembohongan. Saya tidak menipu diri sendiri.Semua ini kenyataan. Akan tetapi,masyarakat sering menyalah tafsirkan cinta murni ini.

Biarlah. Saya mengenali diri saya sebaik-baiknya. Saya tahu apabila saya bercakap benar. Jika masyarakat ingin memanipulasi perasaan saya ini,saya tidak kisah.Mungkin anda masih tidak menjumpai sinar kebenaran.
Akhir kata,saya ingin mengucapkan salam maulidur rasul.Marilah kita kenang akan pengorbanan dan perjuangan Baginda yang cukup besar.

Monday, February 14, 2011

Bulan 2 !

Untuk tempoh beberapa saat ini,ideologi tidak dapat dicurahkan atas kesibukan urusan dunia.
Disini terdapat sedikit nukilan yang tidak berapa penting sekadar untuk menyerikan blog :

8/2-Hari pertama untuk ujian 1. Buat dengan jayanya walaupun soalan agak susah sehingga mampu memuntahkan si penjawab.
9/2-Tidak hadir ke sekolah . Tidak sihat la pulak !! Demam panas yang teramat panas.
10/2- Masih tidak hadir ke sekolah. Rindu terhadap kelas membuak-buak. Keinginan untuk menjawab ujian semakin melonjak-lonjak. Selepas bertungkus lumus study,malangnya tiada rezeki. :(
Minggu hadapan- Terpaksa berhadapan dengan soalan para guru dan teman-teman,sebab tidak hadir.Cemburu dengan suasana mendapat result. Cemburu dengan kejayaan mereka.
Keputusan untuk kertas ujian hari pertama,tidak membawa pulangan yang memuaskan. Malah mencipta rekod baru. Jauh lebih 'baik' daripada tahun-tahun sebelum.

Kesimpulannya,bulan ini menjanjikan 1001 kekusutan. Dengan kesihatan yang terumbang ambing,rekod baru yang dicipta dan kejelesan yang mendalam.
Harap hari-hari yang mendatang di dalam bulan Februari ini akan memberi lebih kebaikan.

Monday, January 31, 2011

Jangan Murahkan Diri

Perempuan sememangnya terkenal dengan sifat lemah lembut,ayu dan sopan santun.Martabat kaum hawa juga telah diangkat di dalam agama Islam walaupun perempuan bukannya seorang khalifah.Namun jika kita renung kepada realiti semasa,sifat semulajadi itu semakin terhakis selaras dengan arus modenisasi.Apakah zaman moden itu merupakan tanda bahawa sifat-sifat tersebut sudah tidak relevan lagi bagi kaum hawa?

Kaum perempuan masa kini,sudah berani menunjukkan belang.Didedahnya aurat mereka dengan hati yang rela,atas alasan untuk kelihatan cantik.Bukan itu sahaja,pendedahan-pendedahan secara rela hati itu juga dijadikan sebagai sumber rezeki.Betapa murahnya harga diri wanita masa kini !

Apakah mereka tidak malu?Tidak malu untuk membuka kemaluan yang sepatutnya ditutup rapi? Berpakaian tidak cukup kain,menampakkan bentuk badan,mendedahkan atas dan bawah?Apakah tujuan mereka sebenarnya?Dan apa juga manfaat yang mereka akan dapat?Mereka rela menerima azab Allah di akhirat kelak semata-mata untuk mengikut tuntutan nafsu.

Apabila,maruah tercabar,diusik..mulalah menunding jari ke sana ke sini.Walhal mereka tidak sedar bahawa semua itu salahnya berpunca daripada diri sendiri.
Jika sudah diajar dari kecil bahawa aurat itu tidak perlu dijaga,maka sehingga besarlah mereka tetap begitu.Jika ingin menunggu masa yang sesuai untuk membuat perubahan,bilakah pula masa itu?

Maruah wanita Islam zaman kini sudah tercemar.Tercemar dengan teruknya.Saya sebagai seorang perempuan turut berasa malu,hampa,kesal,kecewa dengan perkara ini.
Apakah masih wujud perempuan sejati di muka bumi ini?Jika ya,dimana ia?
Apakah kualiti wanita kini setaraf dengan kualiti wanita zaman lampau,zaman yang dimana,digelar 'Zaman Tok Nadok' itu?

Kaum hawa zaman itu tidak seperti kita,pergi ke sekolah,belajar tinggi-tinggi.Tetapi kualiti diri mereka jauh lebih tinggi,lebih hebat dari kita.Wanita ketika itu,masih tahu menjaga maruah diri tapi wanita kini....?Anda tentukan.

Konklusinya,kaum hawa diluar sana janganlah terlalu murahkan diri.Janganlah perjudikan harga diri dan janganlah calarkan nama baik kaum perempuan yang sudah sedia tercalar ini.Kembalikanlah maruah kaum perempuan.


p/s:Untuk renungan bersama...

Thursday, January 27, 2011

Idola !

Guru:Siapakah idola kamu,kelas?
Para pelajar: Miley Cyrus ! Justin Bieber ! Taylor Swift !

Jika kita lihat kepada realiti semasa,fenomena di atas merupakan fenomena tipikal yang sedang melanda anak-anak muda masa kini.Tetapi jangan terkejut,terdapat juga sebahagian orang dewasa yang turut mengalami fenomena seperti ini.Saya pelik,adakah insan-insan seperti di atas itu berhak dijadikan idola?Apakah mereka begitu istimewa sehinggakan mereka dipuja-puja,dijunjung-junjungkan?

Dari segi pakaiannya saja,kita dapat rumuskan bahawa moral mereka itu sama seperti cara pemakaian mereka itu.Bagi non-muslim,itu bukanlah menjadi satu kesalahan.Namun bagi mereka yang beragama Islam,wajarkah insan-insan seperti itu dijadikan idola hidup? Tidaklah salah untuk mengambil iktibar dari segi pemikiran atau prinsip hidup atau kunci kejayaan mereka,asalkan tidak melanggar hukum syarak.
Tetapi,bukan itu faktor yang menyebabkan anak-anak muda Islam zaman kini pujakan mereka.Mereka amat menyanjungi individu-individu,khususnya artis dari segi cara pemakaian,cara hidup tanpa mengira yang mana hak dan yang mana batil.

Keluar berjalan di tepian jalan dengan memakai pakaian yang kekurangan kain,menyanyi dijadikan profession pilihan,menjadi seorang penari dijadikan sebagai hobi...
Saya ingin tanya,adakah semua itu betul?
Bukankah sebagai seorang Muslimah,kita diwajibkan menutup aurat dari atas hingga ke bawah.Dari segi pakaian,suara,lagak serta perbuatan?

Apabila ditanya mengapa anda berpakaian sebegini pelik,mereka akan menjawab..."ini trend la." atau "artis-artis dok pakai" atau "baru la lawa"
Manusia...
Kemudian,apabila diberi nasihat,mereka memberi reaksi seperti..."kampung la lu !" atau "suka hati la,ada kacau kamu?" atau "Buat warak pulak" ada juga "narrow minded la !"
Mengapa manusia ini begitu degil? Adakah mereka terlalu buta,atau bodoh untuk melihat kebenaran?

Manusia zaman sekarang..terlalu terbawa-bawa dengan keasyikan dunia.Sampaikan terlupa bahawa dunia ini hanya sementara.Orang yang sepatutnya dijadikan idola untuk membimbing ke jalan yang benar,disalah ertikan.Apabila terlalu banyak minda-minda yang terpesong,semakin banyaklah gejala-gejala membuka aurat yang dimana menjurus kepada berlakunya maksiat-maksiat.Kemudian,Allah menurunkan peringatan,manusia masih alpa,lupa bahawa semua itu merupakan satu peringatan.

Oleh itu jika dirumuskan kembali semua coretan-coretan di atas,adakah idola seperti para artis wajar dijadikan contoh dan idola dalam hidup? Sedangkan mereka tidak membawa banyak faedah melainkan kemungkaran?Jika mereka berpakaian tutup aurat sekalipun,namun dari sudut lain seperti suara tidak dijaga..masih tidak layak dijadikan pembimbing hidup.Berlakon sebagai seorang yang warak,namun masih memegang sana sini dengan yang bukan muhrim...juga masih tidak layak.

"Mengapakah kamu kufur kepada Allah sedangkan kamu dahulu asalnya mati,lalu Allah hidupkan kamu,kemudian kamu mati lalu dihidupkan semula,setelah itu kepadaNyalah kamu semua akan dikembalikan."(al-baqarah;28)

Dengan yang demikian,renung-renungkanlah,muhasabah diri,dan fikir-fikirkanlah apa yang terbaik.Hidup kita di atas bumi Allah ini,tidak lama..hanya sementara.Kutiplah seberapa banyak pahala,gandakanlah amal ibadat sebagaimana kita gandakan keseronokan hidup yang tak terhabis itu.

Thursday, January 20, 2011

Nikmat


Mengapa kita terlalu ego untuk mengakui semua ini ciptaan Allah Yang Maha Esa? Tiada lansung rasa syukur,kita masih dapat melihat sebuah ciptaan hebat.Saban hari,kita pijak diatas tanahNya.Menghirup udaraNya.Mendongak ke atas langitNya.

Allah SWT sesungguhnya Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.Dia membenarkan kita hidup diatas bumiNya.Patutnya kita bersyukur.Apa salahnya,kita ruangkan sedikit masa untuk menghayati dengan lebih mendalam anugerah Allah ini.

Kita lebih mengutamakan kepentingan diri tanpa menyedari bahawa Allah boleh menarik semua kenikmatan yang telah Dia anugerahkan dengan sekelip mata.
Siapalah kita? Hanya seorang hamba yang lemah.Tatakala kita diundang bencana,hanya kepada Allah kita bergantung.Namun,apabila mengecap kebahagiaan,Dia kita lupakan.Sungguh angkuh sikap manusia.!

Allahukabar ! Semoga kita tidak akan tergolong daripada golongan orang-orang yang angkuh.Amin...

Friday, January 14, 2011

Bagai Keju Dan Coklat

"Bagai keju dan coklat"
Bukan sahaja menjadi tajuk bagi sebuah novel karya Rose Harissa malah,memberi 1001 inspirasi.

Keju dan coklat merupakan dua bahan yang amat berlainan.Tidak sesuai untuk digabungkan menjadi satu.Dari segi warnanya juga,ternyata jauh berbeza.Apatah lagi rasanya.

Begitulah hidup.Manusia diciptakan berlainan.Berlainan,bangsa,tempat tinggal,cara hidup,tutur kata,pemikiran dan sebagainya.
Tetapi adakah wajar perkara tersebut dijadikan penghalang untuk kita bersatu?Bersatu sebagai kawan,bersatu sebagai masyarakat,bersatu sebagai sebuah komuniti?

Semata-mata terdapat perbezaan warna kulit dan bahasa,kita sewenang-wenangnya meletakkan hukuman untuk meminggirkan mereka.Siapakah kita untuk melaksanakan perkara sedemikian?

Hanya kerana kita mempunyai sedikit perbezaan daripada mereka,mereka kita jauhi.Amat sukar bagi kita untuk menerima kewujudan mereka dalam komuniti.Bukankah kita hidup dalam sistem bermasyarakat? Jadi,bukankah juga tanggungjawab kita adalah untuk menghormati mereka?

Dalam memilih kawan,paras rupa bukan menjadi ukuran namun hati.Hati serta perasaan yang luhur,ikhlas,suci yang menjadi tumpuan. Namun,masyarakat kita sering menyalah tafsirkannya.Kita fikir,sekadar paras rupa yang sedap mata memandang,tiada perbezaan antara kita dengan mereka menjadi kunci utama dalam sesebuah perhubungan.

Janganlah berfikiran terlalu sempit,perbezaan bukannya penghalang untuk membina sebuah ikatan perhubungan,tidak kira ikatan perhubungan jenis persahabatan,jiran maupun kekeluargaan selagi tidak menyalahi hukum syarak.
Jadikanlah,perbezaan sebagai perhiasan untuk mencorak hidup kita menjadi sebuah jalan hidup yang indah.
Bagai keju dan coklat,siapa tahu jika digabungkan kedua-duanya mampu untuk mencipta satu rasa hebat.

Sama-samalah kita buka pekung minda seluas-luasnya dan melihat keindahan hidup yang kita boleh capai dengan hanya membuat satu perubahan iaitu perubahan pemikiran. ;)

Wednesday, January 12, 2011

Masa

Saat bertukar minit,hari bersilih ganti,tahun bertukar tahun....
Diam tak diam,semakin membesar kita.Jika kita toleh ke belakang,terasa begitu sayu sekali.Masa bergerak pantas tanpa menunggu kita.Hati tiba-tiba berasa begitu kesal dengan masa yang berlalu.
Mungkinkah saat-saat dulu akan diulang kembali? Saat tika kita masih kanak-kanak,tika kita memperoleh kebahagiaan....mungkinkah?

Alangkah indahnya jika dapat mengulang kembali waktu-waktu dulu.Hati meronta-ronta untuk mengubah sejarah,namun apakan daya.Kita tidak sedikit pun mampu untuk melaksanakan perkara sedemikian.

Sejarah lampau dijadikan panduan serta pengajaran untuk melonjakkan hidup ke paradigma yang lebih baik.Jika masa dapat dikembalikan,pastinya manusia tidak akan belajar daripada kesilapan.
Pastinya manusia juga tidak akan mempunyai rasa kesal dalam diri.
Sekilas pandang,bunyinya agak menarik.Tetapi jika renung-renungkan,terdapat 1001 akibat negatif yang akan berlaku sekiranya masa dapat diputarkan kembali.

Masa itu amat berharga.Berharga bak emas dan permata.Tetapi sayang,ramai insan dimuka bumi ini tidak pandai menghargai masa.Saat dan minit dipandang ringan,diperlekehkan...
Tidak lansung ada walaupun sekelumit perasaan menghargai yang di tanam di dalam kalbu.Begitulah masyarakat kita.....

Saya juga seorang insan biasa,tidak mampu untuk mengubah fenomena ini.Tapi,saya ingin tegaskan disini bahawa masa itu amat penting.Siapa tahu,mungkin masa kita di atas bumi ini semakin hampir kepada penghujungnya.Siapa tahu,bukan?
Oleh itu,ayuhlah kita berazam dalam diri untuk lebih menghargai masa dan menggunakan masa itu sebaik-baiknya. :D


Thursday, January 6, 2011

2011 !!!

Musim sekolah sudah kembali ! Berbukit kerja sekolah yang para guru kesayangan bagi. Agak risau dengan big exam hujung tahun ini.Tapi,lepas exam tu yang tak sabar2 .! Huhu...
Rindu terhadap kawan2 2010 bergunung dalam hati. Dapat berkenalan dengan guru2 dan kawan2 yang baru,adalah terbaik !

Ya Allah,aku harap keputusan peperiksaan aku dan teman2 cemerlang !
Azam : Tahan semua godaan baik internet,tv dan berbagai-bagai lagi untuk 1 tahun . Demi untuk peroleh keputusan yang superb,kena berkorban sikit bukan?Hoho

Peralihan sesi persekolah,memang tak best.Memenatkan,mengantuk....tapi takpa,untuk beberapa tahun saja lagi.Tahan....tahan....
Perlu tempuhi cabaran baik dari segi pelajaran,guru2....malah tugasan pengawas juga.Amat memerlukan masa untuk adapt. Tolong beri sedikit ruang ya !

Diharapkan,tahun ini...akan menjadi sebest tahun2 lepas.! Amin. Sama-sama kita layari dan terokai adventure hidup pada tahun ini.

Friday, December 31, 2010

coretan 2010

Duduk tak duduk,tahun 2011 semakin menghampiri.Begitu banyak peristiwa yang berlaku dalam tahun 2010.Terasa berat sekali untuk meninggalkan tahun yang penuh dengan kenangan manis dan pahit ini.Tetapi apakan daya,saya sesungguhnya tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya.

Hidup harus diteruskan.Segala yang berlaku akan dijadikan pengajaran...ya Allah kau jadikanlah tahun 2011 sebuah tahun yang penuh dengan keseronokan,kebahagiaan...
Saya akan menggunakan tahun ini sebaik mungkin.Tidak akan mensia-siakannya ! Ya,saya tidak akan ! Segalanya cabaran,akan saya tempuh dengan baiknya !

Segala kenangan tidak akan saya lupakan.Semuanya akan tersimpan kemas dalam hatiku.Percayalah !

Dengan rasa rendah diri,saya memohon maaf keatas semua salah-salah saya yang lampau.Marilah kita tutup buku 2010 dan mulakan hidup yang baru.

Saya akan merealisasikan impian saya,insyaAllah.Tidak ada apa yang dapat menghalangnya melainkan dengan izin Allah.Tahun 2011,here i come !

Sunday, December 26, 2010

Manusia...

Sememangnya lumrah manusia,ditimpa dengan pelbagai ujian.Demi untuk memantapkan iman,ujian itu amat penting.Namun kadangkala,kita sering terlupa bahawa setiap kesulitan yang berlaku,terdapat hikmah disebaliknya.

Apabila kita mengecap kebahagiaan,segala kesusahan dilupakan.Apabila kita ditimpa kesusahan,segala kebahagiaan dilupakan.Manusia....

Setiap insan tidak pernah terlepas daripada menerima ujian dan rezeki,tidak walaupun sehari.
Kita sedar akan hakikat tersebut,tetapi mengapa masih sukar untuk kita menerimanya?

Disaat kita mendapat bala,kita menangis,meraung,meminta pertolongan Allah,berdoa siang dan malam meminta pertolonganNya namun pabila kita mendapat kebahagiaan,kemasyuran,kemakmuran....kita lupa.Lupa untuk mengucap kata kesyukuran.Lupa kepada siapa yang memberi kita kebahagiaan,kemasyuran,kemakmuran tersebut.Mengapa !?

Dari kecil,kita telah diajar akan kewujudan syurga dan neraka.Untuk masuk ke syurga,kita harus memperbanyakkan amal ibadat,pahala...tinggalkan larangan Allah.
Namun,adakah kita lupa atau masih tidak sedar atau tidak percaya semua itu sehinggakan perkara yang membawa dosa diagung-agungkan,perkara yang membawa pahala diperlekeh-lekehkan !?

Insan bergelar manusia merupakan satu makhluk yang diciptakan tidak sempurna.Saya pernah bertanya,"mengapa begitu?".Waktu itu,saya masih terlalu kecil untuk memahami perkara tersebut.Semakin saya membesar,saya memperoleh jawapannya.Kita diciptakan sedemikian pasti ada alasan disebaliknya iaitu ketidaksempurnaan kita adalah merupakan sebuah ujian.

Tetapi wajarkah kita menggunakan alasan tersebut untuk tidak berusaha? Tidak berusaha untuk menjadi seorang insan yang BERIMAN,BERTAKWA,HEBAT dari segenap aspek !?

Ingatlah,kita hidup di atas muka bumi ini,hanyalah sementara.Untuk memperoleh kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak,amal ibadat perlu diperbanyakkan didunia.Amatlah tidak wajar bagi kita menggunakan alasan 'manusia tidak sempurna' untuk tidak berusaha.
Kebahagiaan maupun kesusahan merupakan sebuah ujian....sentiasalah ingat kepada Allah SWT walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

p/s:Sebagai sebuah renungan bersama.

Wednesday, December 22, 2010

2011 Tandanya Diriku Yang Baru


"Seulas senyuman,
Sekilas pandangan,
Adalah bicara sepi dari lubuk hati."


Musim cuti sekolahku kian berakhir.Hari bersilih ganti,rasa kebosanan kian menebal didadaku.
Seperti orang yang tidak tahu arah tujuannya,aku menghampiri rak buku yang tersergam kukuh didalam bilik.Setelah dibelek hampir setiap buku,akhirnya jari aku yang asyik menari,memilih sebuah novel yang agak tebal melebihi 400 mukasurat.

Dipelukanya novel itu erat2 ke tempat tidurku dengan harapan buku itu dapat menutup mataku yang masih segar melihat dunia dan sekaligus membawaku melayari mimpi2 indah.Tidakku sangka semakinku harungi setiap mukasurat novel itu,semakin ketagih aku ingin membacanya.
Berkuasa sungguh novel itu !

Kebenarannya,sebelum ini tidak pernahku suka membaca novel2 cinta apatah lagi novel itu dibahasakan dalam bahasa ibunda.Bukan apa,bagi pendapatku penulisan orang Melayu selalunya jiwang dan tidak berdiri diatas bumi yang nyata.Tetapi takku sangka ini pula yang jadi.
Tanggapanku selama ini,sama sekali salah.

Sebuah penulisan karya hebat Umi Azrini,novel milik kawan kakandaku ini memang menyentuh hati.Diriku bagaikan dirasuk oleh karakter Reen,heroin novel Sejujur Hatimu itu.Hati dan perasaanku dibawa mengharungi setiap kisah yang dicoretkan dalam novel tersebut.

Aku seakan-akan memahami setiap perasaan yang dirasakan oleh karakter tersebut.70 bab berjaya aku habiskan dalam tempoh 2 hari. Andai kata,aku ialah Nik Nazrini (Reen) ... betapa indahnya hidup aku. Walaupun ditimpa pelbagai kesulitan , namun cabaran itu berjaya diharunginya. Kelihatan begitu mudah sekali bagi dia untuk menyelesaikan masalahnya.

Walaupun begitu,aku masih dapat membawa pulang kebaikan setelah tamat mengharungi pengembaraan hidup bersama Nik Nazrini. Bukan sahaja novel itu mengajar aku tentang gaya penulisan malah buku itu memberi aku sebuah inspirasi untuk berusaha membina sebuah kehidupan bahagia.Mungkin saat ini,ayat aku terlalu jiwang ... tetapi biarlah.Aku ingin biarkan diriku diulit mimpi untuk beberapa ketika lagi.Bukan selalu.Haha !

Dengan kuasanya,novel ini sudah berjaya membantu membentuk diriku yang baru. Jadi bersiap-sedialah... menghadapi hari-hari bersama Amiera Basir yang baru !

:D

Sunday, December 19, 2010

Kutuk Mengutuk

Kemana-mana sahaja saya bawak diri,pasti telinga saya akan mengesan suara2 sumbang sedang mengeluarkan idea2 kutukan.Bukan sombong untuk join sekali cuma hati terasa berat untuk duduk sekali menyumbangkan idea.Siapalah kita untuk senang2 mengatakan keburukan orang lain.Apa yang membezakan diri kita daripada insan lain untuk membicarakan the bad side of them?Sudahkan kita meminta permission mereka untuk manjadikan mereka sebagai model bahan kutukan,bahan perbincangan dan bahan ketawa?

Bagi saya,tidaklah salah untuk meluahkan perasaan,untuk membincangkan apa yang terbaik untuk kebaikan sejagat (pengajaran) ... tetapi apa yang salahnya ialah apabila kita menjadikan perkara sedemikian sebagai hobi,sebagai bahan mengisi masa lapang.Perbuatan tersebut automatiknya bertukar menjadi mengumpat.

Tidak pernahkah kita terfikir sekiranya,perkara tersebut berlaku ke atas diri kita? Pastinya,kita akan berasa marah,bukan? Bagaimana sekiranya,sedang kita asyik merembeskan 'ideologi' bersama kawan2 yang lain,'tokoh' perbincangan kita itu secara tidak sengaja terdengar perbualan tersebut. Saya pasti,sekiranya orang itu adalah seorang yang panas baran,dia tidak akan teragak2 mengambil satu tindakan yang kita tak jangka kan.

Perkara sebegini ialah perkara tipikal,yang berlaku dimana-mana sahaja.Bukan sahaja didalam perimeter kelas,bilik guru,pejabat,rumah malah juga dalam surau. Surau !? Subhanallah...
Sedarlah ibu2,makcik2....perbuatan anda2 ini akan memberikan satu pantulan yang tidak baik kepada anak2.

Zaman kanak-kanak ialah satu zaman pembesaran. Jika mereka memperoleh pengajaran yang tidak baik,jalan lurus yang mereka lalui akan automatiknya berubah haluan...terpesong.
Kesan yang lebih buruk akan terjadi sekiranya mereka masih tidak menerima kesedaran walaupun sudah dewasa.Adakah itu yang ibu2,bapa2,kakak2,abang2 mahukan?
Tidak perlu lah kita mewariskan perbuatan busuk kita itu kepada mereka.
Tidak perlu ! Kasihanilah mereka,kita sepatutnya bertanggungjawab membentuk mereka menjadi seorang insan yang berakhlak TIP TOP ! Bukan berakhlak kerang busuk seperti kita.

Tetapi masih,mangumpat ada kebaikannya.Mengumpat adalah haram,tetapi harus untuk keadaan2 yang tertentu.Kesimpulannya,jika ingin melakukan sesuatu...haruslah berlandaskan kepada niat.Sekiranya niat kelihatannya agak tidak baik,jauhilah dan sebaliknya.


p/s: Hanyalah untuk renungan kita bersama


Monday, December 13, 2010

Friendship : Sorry

"Right now,it is very hard for me to believe in friendship.For me,all of that just nonsense.Why should we waste our time in such thing?We're not only waste our time,we're also waste our energy."

Lepas dilukai dengan teruknya oleh kawan sendiri,dah tak ada space lagi untuk saya terima benda2 macam tu.I've tried so hard to forgive and forget all of the things,but the wound in my heart will not easily wash away.

Memang la terasa jaelous bila terngok manusia2 kat luar ada kawan sendiri,share semua dengan kawan depa tu tapi bila difikir-fikirkan balik...tak ada maknanya semua tu kat saya.Banyak lagi hal lagi yang perlu dititik beratkan daripada benda2 macam tu.

Saya rasa,saya memang tak akan ada dan tak akan pernah ada kawan yang akan stick with me 24/7 dengan keadaan diri saya yang complicated ni.And saya rasa tak akan ada manusia dimuka bumi ni pun akan stand hidup dengan saya.

I've tried so much way to be the best but at the end of the day,i realize that i cant be the one.
Sorry to whom that i had hurt before.

No denying,that people hardly to understand me,i cant even understand myself either.
Kepada orang yang tak pernah sakiti hati saya LANSUNG,I'm sorry...but I have to.
You're so kind to me,you really care about me but I cant stand looking at you solving all the problems i have created.I cant stand looking how nice you treated me.You've distracted me with your kindness.You're too good for me.Even saya pun cant treat you as nice as you did.
I think our friendship will not gonna work out.I'm feeling very bad about this but all i can do is apologize.

p/s: I'm truly sorry....

Saturday, December 11, 2010

Suka,Sayang

Definisi suka dan sayang tidak pernah sehaluan.Tetapi,masih ramai pihak menyalah ertikan kedua-dua perkataan tersebut.Suka ialah perasaan senang terhadap sesuatu perkara.Perasaan suka merupakan satu rasa dimana hanya akan hadir pada masa,keadaan yang tertentu.

Manakala sayang ialah perasaan dimana,apabila kita menyayangi sesuatu perkara itu,kita perlu bertanggungjawab menjaga perkara tersebut dalam semua aspek.Rasa sayang amat susah dicari dan memerlukan masa yang panjang untuk menjumpainya.

Pasti anda tertanya-tanya,mengapa saya membicarakan soal ini dalam entry saya pada kali ini.Baiklah,ceritanya agak panjang jadi saya akan pendekkan.Saya sering tertanya-tanya,bagaimana seseorang itu mampu meluahkan rasa sayangnya terhadap seseorang individu yang baru ditemuinya dalam jangka masa sehari.Tidakkah itu pelik sedangkan seperti yang saya katakan perasaan sayang itu mengambil masa yang panjang untuk ditemui.

Bagaimana seseorang itu mudah memberikan perasaan sayangnya kepada seorang yang bukan muhrim tetapi tidak kepada orang yang mempunyai pertalian darah dengannya.
Mereka sanggup menyerahkan segalanya kepada sang kekasih tetapi tidak kepada kedua orang tuanya.

Mereka meluahkan kata sayang tetapi hakikatnya mereka sendiri tidak begitu pasti apakah definisi sayang itu.Mereka mengatakan sayang sebaik melihat keindahan rupa paras seseorang hamba Allah itu tetapi hakikatnya itu hanya perasaan suka.
Sayang tidak mengukur rupa paras seperti perasaan kita terhadap kedua ibu bapa.

Setiap insan mempunyai perasaan suka tetapi perasaan suka yang dikaburi oleh nafsu serakah hanya akan membawa padah.Hati menjadi buta pabila nafsu mendominasi hati.Hasilnya,hati tidak dapat menentukan mana baik dan mana buruk.Nafsu yang akan memimpin gerak geri.

Apa yang ingin saya tegaskan disini ialah tidak salah untuk menyukai sesuatu kerana rasa suka itu merupakan sebahagian daripada lumrah manusia tetapi kita harus ingat,suka dan sayang adalah dua perkataan yang berbeda dari segi definisi.Suka juga boleh membawa padah sekiranya perasaan itu dipimpin oleh nafsu.

p/s:Minta maaf jika penyampaiannya tidak begitu baik.Hanya untuk renungan bersama.