Monday, January 31, 2011

Jangan Murahkan Diri

Perempuan sememangnya terkenal dengan sifat lemah lembut,ayu dan sopan santun.Martabat kaum hawa juga telah diangkat di dalam agama Islam walaupun perempuan bukannya seorang khalifah.Namun jika kita renung kepada realiti semasa,sifat semulajadi itu semakin terhakis selaras dengan arus modenisasi.Apakah zaman moden itu merupakan tanda bahawa sifat-sifat tersebut sudah tidak relevan lagi bagi kaum hawa?

Kaum perempuan masa kini,sudah berani menunjukkan belang.Didedahnya aurat mereka dengan hati yang rela,atas alasan untuk kelihatan cantik.Bukan itu sahaja,pendedahan-pendedahan secara rela hati itu juga dijadikan sebagai sumber rezeki.Betapa murahnya harga diri wanita masa kini !

Apakah mereka tidak malu?Tidak malu untuk membuka kemaluan yang sepatutnya ditutup rapi? Berpakaian tidak cukup kain,menampakkan bentuk badan,mendedahkan atas dan bawah?Apakah tujuan mereka sebenarnya?Dan apa juga manfaat yang mereka akan dapat?Mereka rela menerima azab Allah di akhirat kelak semata-mata untuk mengikut tuntutan nafsu.

Apabila,maruah tercabar,diusik..mulalah menunding jari ke sana ke sini.Walhal mereka tidak sedar bahawa semua itu salahnya berpunca daripada diri sendiri.
Jika sudah diajar dari kecil bahawa aurat itu tidak perlu dijaga,maka sehingga besarlah mereka tetap begitu.Jika ingin menunggu masa yang sesuai untuk membuat perubahan,bilakah pula masa itu?

Maruah wanita Islam zaman kini sudah tercemar.Tercemar dengan teruknya.Saya sebagai seorang perempuan turut berasa malu,hampa,kesal,kecewa dengan perkara ini.
Apakah masih wujud perempuan sejati di muka bumi ini?Jika ya,dimana ia?
Apakah kualiti wanita kini setaraf dengan kualiti wanita zaman lampau,zaman yang dimana,digelar 'Zaman Tok Nadok' itu?

Kaum hawa zaman itu tidak seperti kita,pergi ke sekolah,belajar tinggi-tinggi.Tetapi kualiti diri mereka jauh lebih tinggi,lebih hebat dari kita.Wanita ketika itu,masih tahu menjaga maruah diri tapi wanita kini....?Anda tentukan.

Konklusinya,kaum hawa diluar sana janganlah terlalu murahkan diri.Janganlah perjudikan harga diri dan janganlah calarkan nama baik kaum perempuan yang sudah sedia tercalar ini.Kembalikanlah maruah kaum perempuan.


p/s:Untuk renungan bersama...

No comments:

Post a Comment