Sememangnya lumrah manusia,ditimpa dengan pelbagai ujian.Demi untuk memantapkan iman,ujian itu amat penting.Namun kadangkala,kita sering terlupa bahawa setiap kesulitan yang berlaku,terdapat hikmah disebaliknya.
Apabila kita mengecap kebahagiaan,segala kesusahan dilupakan.Apabila kita ditimpa kesusahan,segala kebahagiaan dilupakan.Manusia....
Setiap insan tidak pernah terlepas daripada menerima ujian dan rezeki,tidak walaupun sehari.
Kita sedar akan hakikat tersebut,tetapi mengapa masih sukar untuk kita menerimanya?
Disaat kita mendapat bala,kita menangis,meraung,meminta pertolongan Allah,berdoa siang dan malam meminta pertolonganNya namun pabila kita mendapat kebahagiaan,kemasyuran,kemakmuran....kita lupa.Lupa untuk mengucap kata kesyukuran.Lupa kepada siapa yang memberi kita kebahagiaan,kemasyuran,kemakmuran tersebut.Mengapa !?
Dari kecil,kita telah diajar akan kewujudan syurga dan neraka.Untuk masuk ke syurga,kita harus memperbanyakkan amal ibadat,pahala...tinggalkan larangan Allah.
Namun,adakah kita lupa atau masih tidak sedar atau tidak percaya semua itu sehinggakan perkara yang membawa dosa diagung-agungkan,perkara yang membawa pahala diperlekeh-lekehkan !?
Insan bergelar manusia merupakan satu makhluk yang diciptakan tidak sempurna.Saya pernah bertanya,"mengapa begitu?".Waktu itu,saya masih terlalu kecil untuk memahami perkara tersebut.Semakin saya membesar,saya memperoleh jawapannya.Kita diciptakan sedemikian pasti ada alasan disebaliknya iaitu ketidaksempurnaan kita adalah merupakan sebuah ujian.
Tetapi wajarkah kita menggunakan alasan tersebut untuk tidak berusaha? Tidak berusaha untuk menjadi seorang insan yang BERIMAN,BERTAKWA,HEBAT dari segenap aspek !?
Ingatlah,kita hidup di atas muka bumi ini,hanyalah sementara.Untuk memperoleh kebahagiaan yang hakiki di akhirat kelak,amal ibadat perlu diperbanyakkan didunia.Amatlah tidak wajar bagi kita menggunakan alasan 'manusia tidak sempurna' untuk tidak berusaha.
Kebahagiaan maupun kesusahan merupakan sebuah ujian....sentiasalah ingat kepada Allah SWT walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
p/s:Sebagai sebuah renungan bersama.
No comments:
Post a Comment