Friday, March 4, 2011

Ayuh Kita Bangkit !!!


Ramai orang masih mencari-cari gaya hidup yang betul.Bagaimana untuk menguruskan hidup dengan baik tanpa cacat celanya.
Tapi mereka tidak sedar,bahawa jawapannya sudah terang terangan di hadapan mereka.
Mereka hanya perlu berusaha sahaja untuk mendalami dengan lebih dalam.

Jika gaya hidup berlandaskan nafsu dan bisikan syaitan menjadi pilihan,itu bukanlah gaya hidup yang tepat.Kerana bisikan nafsu dan syaitan itu tidak membawa apa-apa melainkan kemungkaran.

Islam itu merupakan satu agama yang berkait rapat dengan kehidupan.Selagi kita berpegang kepadanya maka kita tidak akan sesat dalam dunia yang semakin hari makin mengelirukan ini.

Sebaik sahaja seorang insan lahir ke alam dunia ini,semuanya sudah tersedia untuknya. Sebut saja,semuanya ada.Kita hanya tinggal untuk memilih mana yang terbaik sahaja.Namun ingatlah,sekali kita tersilap pilih sukar untuk kita mencari jalan pulang. Dunia kini makin mengelirukan. Amat keliru untuk menyatakan mana satu betul mana satu salah.

Apabila orang Islam sendiri menolak gaya hidup yang
diajar oleh Islam,siapa lagi yang akan menerimanya? Siapa lagi yang akan bangkit berdiri mempertahankan ajaran Islam?
Sebut sahaja perkataan Islam,semua cuba menjauhinya.Seolah-olah menunjukkan bahawa Islam itu tidak relevan lagi untuk diikuti.

Orang Islam kini makin ditindas oleh manusia-manusia kafir diluar sana. Mengapa saudara Islam lain tidak bangun membantu mereka? Kita mampu melawan pihak-pihak kafir itu tetapi mengapa hati tidak membenarkannya?
Rela saja kita membenarkan mereka mereka itu menjajah minda kita.
Segala perkataan,perbuatan mereka...diiyakan saja.!

Sedarkah anda bahawa semua itu hanya satu cara untuk menjatuhkan Islam.Islam,agama kita !?
Mengapa kita masih menuruti mereka semata-mata untuk mengejar 'keindahan' dunia yang fana ini !?
Mereka mudah menyebarkan doktrin mereka itu kerana kita sendiri tidak berpegang teguh kepada Islam.
Salah siapakah semua itu ?
Ya tuan-tuan puan-puan,salah kita sendiri !

Relakah kita lihat saudara-saudara kita diseksa kejam oleh mereka?
Relakah kita lihat Islam tumbang?
Relakah kita lihat mereka menyorak kegembiraan,meraikan kekalahan kita?

Jika perkara ini tidak diubah,maka lengkaplah misi mereka iaitu untuk menjatuhkan kita.
Sekarang ini,mereka sudah pun berjaya menjatuhkan iman kebanyakan orang Islam.
Adakah kita mahu perkara itu berterusan?

Ayuh,bangkitlah semua ! Bangkitlah kita menegakkan panji Islam,bangkit melaungkan kalimah Allahuakbar,bangkit mempertahankan ajaran Islam !
Kebenaran berada di pihak kita !

Allahuakbar !


No comments:

Post a Comment