Thursday, February 17, 2011

Pemimpin Agung

15 Februari 2011.Baru saya jumpa sinar kebahagiaan yang sebenarnya.
Apa maksud saya ? Adakah kerana AE Percival menyerahkan diri kepada Yamashita Tomoyuki pada tanggal ini(Sejarah tajuk 1)?
Tidak. Sebenarnya tanggal 12 Rabiulawal telah jatuh pada tarikh ini untuk tahun ini.
Satu tarikh yang amat bersejarah dalam Islam. Lahirnya seorang pemimpin yang agung.
Selama ini,tidak pernah saya terfikir atau cuba memikirkan apa maksud sebenar tarikh ini.
Apabila ditanya,pantas saja saya menjawab maulidur rasul.Tetapi hati tidak pernah faham apa itu maulidur rasul.

Ya Allah ! Terasa begitu rugi sekali. Sebagai seorang insan beragama islam,tidak sepatutnya saya mengabaikan perkara-perkara sebegitu.Tetapi semuanya sudah berubah.
Kini saya mengerti apa makna sebenarnya. Hati bagai disentap angin pilu.Terasa begitu bersyukur sekali. Tanpanya,saya tidak akan menjumpai kedamaian.
Kedamaian yang amat besar.

Baginda amat menyayangi umatnya. Diharunginya segala ranjau dan onak duri semata-mata untuk memastikan umatnya menerima kebenaran,untuk menegakkan agama Allah.Jika dilihatkan pada realiti semasa,semakin hilang insan yang mempunyai sifat sedemikian. Begitu sukar sekali untuk mencarinya. Mungkinkah insan sebegitu masih wujud dimuka bumi ini?

Hati meronta-ronta ingin berjumpa dengannya. Dikhabarkan bahawa semasa pemerintahannya,telah lahirnya hamba-hamba Allah yang begitu sejati hatinya. Alangkah indahnya andai dapat hidup dalam kalangan masyarakat sebegitu kuat imannya. Namun apakan daya,saya tidak mempunyai kuasa untuk pergi ke masa-masa lampau.

Namun,mengapa mulut ini begitu berat untuk memujinya setiap saat? Mengapa saya tidak bisa menjadi seperti insan lain? Saya amat menyayangi Rasulullah,walaupun saban hari melakukan dosa. Semua ini bukannya satu pembohongan. Saya tidak menipu diri sendiri.Semua ini kenyataan. Akan tetapi,masyarakat sering menyalah tafsirkan cinta murni ini.

Biarlah. Saya mengenali diri saya sebaik-baiknya. Saya tahu apabila saya bercakap benar. Jika masyarakat ingin memanipulasi perasaan saya ini,saya tidak kisah.Mungkin anda masih tidak menjumpai sinar kebenaran.
Akhir kata,saya ingin mengucapkan salam maulidur rasul.Marilah kita kenang akan pengorbanan dan perjuangan Baginda yang cukup besar.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    haha.kmi dah bca dah. u inspired me la. kmi nk tulih psai mpa la dlm blog kmi ty. haha. tunggu tau.

    ReplyDelete
  2. hahaha ! wah.wah.wah. alhamdulillah.terima kasih.! km tunggu2.waalaikumsalam.

    ReplyDelete