Saturday, December 11, 2010

Suka,Sayang

Definisi suka dan sayang tidak pernah sehaluan.Tetapi,masih ramai pihak menyalah ertikan kedua-dua perkataan tersebut.Suka ialah perasaan senang terhadap sesuatu perkara.Perasaan suka merupakan satu rasa dimana hanya akan hadir pada masa,keadaan yang tertentu.

Manakala sayang ialah perasaan dimana,apabila kita menyayangi sesuatu perkara itu,kita perlu bertanggungjawab menjaga perkara tersebut dalam semua aspek.Rasa sayang amat susah dicari dan memerlukan masa yang panjang untuk menjumpainya.

Pasti anda tertanya-tanya,mengapa saya membicarakan soal ini dalam entry saya pada kali ini.Baiklah,ceritanya agak panjang jadi saya akan pendekkan.Saya sering tertanya-tanya,bagaimana seseorang itu mampu meluahkan rasa sayangnya terhadap seseorang individu yang baru ditemuinya dalam jangka masa sehari.Tidakkah itu pelik sedangkan seperti yang saya katakan perasaan sayang itu mengambil masa yang panjang untuk ditemui.

Bagaimana seseorang itu mudah memberikan perasaan sayangnya kepada seorang yang bukan muhrim tetapi tidak kepada orang yang mempunyai pertalian darah dengannya.
Mereka sanggup menyerahkan segalanya kepada sang kekasih tetapi tidak kepada kedua orang tuanya.

Mereka meluahkan kata sayang tetapi hakikatnya mereka sendiri tidak begitu pasti apakah definisi sayang itu.Mereka mengatakan sayang sebaik melihat keindahan rupa paras seseorang hamba Allah itu tetapi hakikatnya itu hanya perasaan suka.
Sayang tidak mengukur rupa paras seperti perasaan kita terhadap kedua ibu bapa.

Setiap insan mempunyai perasaan suka tetapi perasaan suka yang dikaburi oleh nafsu serakah hanya akan membawa padah.Hati menjadi buta pabila nafsu mendominasi hati.Hasilnya,hati tidak dapat menentukan mana baik dan mana buruk.Nafsu yang akan memimpin gerak geri.

Apa yang ingin saya tegaskan disini ialah tidak salah untuk menyukai sesuatu kerana rasa suka itu merupakan sebahagian daripada lumrah manusia tetapi kita harus ingat,suka dan sayang adalah dua perkataan yang berbeda dari segi definisi.Suka juga boleh membawa padah sekiranya perasaan itu dipimpin oleh nafsu.

p/s:Minta maaf jika penyampaiannya tidak begitu baik.Hanya untuk renungan bersama.

No comments:

Post a Comment