Tuesday, March 1, 2011

Cukuplah !!!


Memang betul kata orang,cara pembawakan diri sememangnya boleh mengundang fitnah.
Masakan tidak,setiap gerak geri kita akan dipantau oleh mata-mata sinis.
Baru sahaja ingin melangkah kaki keluar,semua mata memandang terus kearah kita dengan penuh kejam.
Terasa seperti tidak mahu saja keluar dari rumah.

Sedang mengamati keindahan alam tiba-tiba telinga mengesan suara sumbang manusia sedang menyebarkan fitnah.
Zzzzzaaaaapppp.!
Pedih sekali tikaman yang tepat menusuk hati itu.
Otak mula memutarkan persoalan,
"Apa yang saya dah buat!?"

Kemana sahaja kaki membawa diri,mulut-mulut manusia yang 'baik' itu memulakan tugas masing-masing.
Hati menjadi semakin sesak dengan bisikan-bisikan ganas itu.
Kaki terasa semakin lemah akibat bisa mulut si pengata.
Ingin menjerit tetapi mengapa tidak terkeluar !?
Terpaksalah menahan sakit di dalam hati.
Sekali lagi...."Apa yang saya dah buat !?"

Masing-masing hanya berbisik kecil,tidak berani
untuk meluahkan rasa isi hati.
Apabila ditanya,pelbagai jawapan diberikan. Semua itu semata-mata untuk mengelak daripada memberitahu perkara sebenar. Giat sungguh mereka menutup kesalahan si penyebar fitnah.
Apakah mereka gembira dengan melakukan penindasan ke atas si mangsa?
Beritahulah perkara sebenar,cukup-cukuplah menyeksa hati ini !!

Niat di hati ialah untuk berbuat baik,tetapi syaitan-syaitan di luar sengaja menyalah tafsirkannya.
Sakit mata sangatkah melihat diri ini melakukan kebaikan?
Namun,apakan daya...berusahalah si pemilik badan lemah ini dengan sekuat hati.
Dengan membawa hanya satu niat,iaitu untuk membahagiakan hati para manusia di luar.

Walau hati terasa seperti dirobek-robek,terpaksalah juga.
Pedih di hati kian membuak-buak,seakan tinggal di dalam penjara saja.
"Saya mahu bebas !!"
Tetapi kepada siapa untuk diluahkan rasa?
Hanya kepada Yang Berkuasa.










No comments:

Post a Comment