Saturday, February 26, 2011

Si Tukang Cerita & Si Pendengar

Gosip dan perempuan sememangnya serasi.Semua orang tahu akan hakikat tersebut. Tapi,jangan terkejut...kaum lelaki kini juga pandai bergosip setaraf dengan kaum perempuan. Namun,bukan itu yang bakal menjadi isu perbualan hari ini.

Menurut pemerhatian mata saya,gosip akan melibatkan dua pihak yang utama iaitu si tukang cerita dan si pendengar. Sudah tentulah,sekiranya tiada si pendengar kepada siapalah si tukang cerita mahu melepaskan cerita yang terbuku di hati,bukan? Si pendengar tugas mereka mudah sahaja,iaitu mendengar dan memberi komen. Mereka memegang prinsip,mendengar dan mempercayai. Mudah saja mereka mempercayai apa yang diceritakan.

Saya agak hairan,kenapa begitu mudah? Cubalah selidik dahulu kebenaran cerita tersebut.Ini tidak,terus saja percaya kemudian memberi komen dan menyebarkan cerita tersebut.Cubalah fikir seandainya si tukang cerita itu sedang mereka cerita dan memanipulasikan otak anda,betapa geramnya anda kan? Tambah-tambah pula,cerita yang berunsur fitnah. Tak pasal-pasal anda mendapat dosa.Oleh itu,periksalah dahulu kesahihan cerita tersebut.

Si tukang cerita itu,sememangnya tidak boleh hidup tanpa si pendengar.Dunia mereka seakan tidak lengkap. Mengapa ya? Si tukang cerita ini pula mudah saja bercerita tanpa pastikan dulu kepada siapakah mereka bercerita itu.Andai kata si pendengar tersebut menghebahkan rahasia anda itu ke seluruh pelosok dunia,kemudian pula telah menukarkan versi anda menjadi versi mereka,saya percaya...sudah tentu anda berasa ingin melenyek-lenyekkan orang itu.Haha !

Percayalah,saya pernah berada dalam situasi sebegitu.Saya mengerti bagaimana rasanya. Para si pencerita dan si pendengar di luar sana,berhati-hatilah ya. Anda tidak mahu berasa tertipu di kemudian hari,bukan?
Jangan menjadi seorang yang mudah. Pabila kita menjadi seorang yang mudah,orang juga akan melayan kita dengan mudah. Sementara menunggu belang sebenar si si tu terserlah,bukalah mata anda seluas-luasnya.

SELAMAT BERJAYA !!!



No comments:

Post a Comment