Monday, January 31, 2011

Jangan Murahkan Diri

Perempuan sememangnya terkenal dengan sifat lemah lembut,ayu dan sopan santun.Martabat kaum hawa juga telah diangkat di dalam agama Islam walaupun perempuan bukannya seorang khalifah.Namun jika kita renung kepada realiti semasa,sifat semulajadi itu semakin terhakis selaras dengan arus modenisasi.Apakah zaman moden itu merupakan tanda bahawa sifat-sifat tersebut sudah tidak relevan lagi bagi kaum hawa?

Kaum perempuan masa kini,sudah berani menunjukkan belang.Didedahnya aurat mereka dengan hati yang rela,atas alasan untuk kelihatan cantik.Bukan itu sahaja,pendedahan-pendedahan secara rela hati itu juga dijadikan sebagai sumber rezeki.Betapa murahnya harga diri wanita masa kini !

Apakah mereka tidak malu?Tidak malu untuk membuka kemaluan yang sepatutnya ditutup rapi? Berpakaian tidak cukup kain,menampakkan bentuk badan,mendedahkan atas dan bawah?Apakah tujuan mereka sebenarnya?Dan apa juga manfaat yang mereka akan dapat?Mereka rela menerima azab Allah di akhirat kelak semata-mata untuk mengikut tuntutan nafsu.

Apabila,maruah tercabar,diusik..mulalah menunding jari ke sana ke sini.Walhal mereka tidak sedar bahawa semua itu salahnya berpunca daripada diri sendiri.
Jika sudah diajar dari kecil bahawa aurat itu tidak perlu dijaga,maka sehingga besarlah mereka tetap begitu.Jika ingin menunggu masa yang sesuai untuk membuat perubahan,bilakah pula masa itu?

Maruah wanita Islam zaman kini sudah tercemar.Tercemar dengan teruknya.Saya sebagai seorang perempuan turut berasa malu,hampa,kesal,kecewa dengan perkara ini.
Apakah masih wujud perempuan sejati di muka bumi ini?Jika ya,dimana ia?
Apakah kualiti wanita kini setaraf dengan kualiti wanita zaman lampau,zaman yang dimana,digelar 'Zaman Tok Nadok' itu?

Kaum hawa zaman itu tidak seperti kita,pergi ke sekolah,belajar tinggi-tinggi.Tetapi kualiti diri mereka jauh lebih tinggi,lebih hebat dari kita.Wanita ketika itu,masih tahu menjaga maruah diri tapi wanita kini....?Anda tentukan.

Konklusinya,kaum hawa diluar sana janganlah terlalu murahkan diri.Janganlah perjudikan harga diri dan janganlah calarkan nama baik kaum perempuan yang sudah sedia tercalar ini.Kembalikanlah maruah kaum perempuan.


p/s:Untuk renungan bersama...

Thursday, January 27, 2011

Idola !

Guru:Siapakah idola kamu,kelas?
Para pelajar: Miley Cyrus ! Justin Bieber ! Taylor Swift !

Jika kita lihat kepada realiti semasa,fenomena di atas merupakan fenomena tipikal yang sedang melanda anak-anak muda masa kini.Tetapi jangan terkejut,terdapat juga sebahagian orang dewasa yang turut mengalami fenomena seperti ini.Saya pelik,adakah insan-insan seperti di atas itu berhak dijadikan idola?Apakah mereka begitu istimewa sehinggakan mereka dipuja-puja,dijunjung-junjungkan?

Dari segi pakaiannya saja,kita dapat rumuskan bahawa moral mereka itu sama seperti cara pemakaian mereka itu.Bagi non-muslim,itu bukanlah menjadi satu kesalahan.Namun bagi mereka yang beragama Islam,wajarkah insan-insan seperti itu dijadikan idola hidup? Tidaklah salah untuk mengambil iktibar dari segi pemikiran atau prinsip hidup atau kunci kejayaan mereka,asalkan tidak melanggar hukum syarak.
Tetapi,bukan itu faktor yang menyebabkan anak-anak muda Islam zaman kini pujakan mereka.Mereka amat menyanjungi individu-individu,khususnya artis dari segi cara pemakaian,cara hidup tanpa mengira yang mana hak dan yang mana batil.

Keluar berjalan di tepian jalan dengan memakai pakaian yang kekurangan kain,menyanyi dijadikan profession pilihan,menjadi seorang penari dijadikan sebagai hobi...
Saya ingin tanya,adakah semua itu betul?
Bukankah sebagai seorang Muslimah,kita diwajibkan menutup aurat dari atas hingga ke bawah.Dari segi pakaian,suara,lagak serta perbuatan?

Apabila ditanya mengapa anda berpakaian sebegini pelik,mereka akan menjawab..."ini trend la." atau "artis-artis dok pakai" atau "baru la lawa"
Manusia...
Kemudian,apabila diberi nasihat,mereka memberi reaksi seperti..."kampung la lu !" atau "suka hati la,ada kacau kamu?" atau "Buat warak pulak" ada juga "narrow minded la !"
Mengapa manusia ini begitu degil? Adakah mereka terlalu buta,atau bodoh untuk melihat kebenaran?

Manusia zaman sekarang..terlalu terbawa-bawa dengan keasyikan dunia.Sampaikan terlupa bahawa dunia ini hanya sementara.Orang yang sepatutnya dijadikan idola untuk membimbing ke jalan yang benar,disalah ertikan.Apabila terlalu banyak minda-minda yang terpesong,semakin banyaklah gejala-gejala membuka aurat yang dimana menjurus kepada berlakunya maksiat-maksiat.Kemudian,Allah menurunkan peringatan,manusia masih alpa,lupa bahawa semua itu merupakan satu peringatan.

Oleh itu jika dirumuskan kembali semua coretan-coretan di atas,adakah idola seperti para artis wajar dijadikan contoh dan idola dalam hidup? Sedangkan mereka tidak membawa banyak faedah melainkan kemungkaran?Jika mereka berpakaian tutup aurat sekalipun,namun dari sudut lain seperti suara tidak dijaga..masih tidak layak dijadikan pembimbing hidup.Berlakon sebagai seorang yang warak,namun masih memegang sana sini dengan yang bukan muhrim...juga masih tidak layak.

"Mengapakah kamu kufur kepada Allah sedangkan kamu dahulu asalnya mati,lalu Allah hidupkan kamu,kemudian kamu mati lalu dihidupkan semula,setelah itu kepadaNyalah kamu semua akan dikembalikan."(al-baqarah;28)

Dengan yang demikian,renung-renungkanlah,muhasabah diri,dan fikir-fikirkanlah apa yang terbaik.Hidup kita di atas bumi Allah ini,tidak lama..hanya sementara.Kutiplah seberapa banyak pahala,gandakanlah amal ibadat sebagaimana kita gandakan keseronokan hidup yang tak terhabis itu.

Thursday, January 20, 2011

Nikmat


Mengapa kita terlalu ego untuk mengakui semua ini ciptaan Allah Yang Maha Esa? Tiada lansung rasa syukur,kita masih dapat melihat sebuah ciptaan hebat.Saban hari,kita pijak diatas tanahNya.Menghirup udaraNya.Mendongak ke atas langitNya.

Allah SWT sesungguhnya Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.Dia membenarkan kita hidup diatas bumiNya.Patutnya kita bersyukur.Apa salahnya,kita ruangkan sedikit masa untuk menghayati dengan lebih mendalam anugerah Allah ini.

Kita lebih mengutamakan kepentingan diri tanpa menyedari bahawa Allah boleh menarik semua kenikmatan yang telah Dia anugerahkan dengan sekelip mata.
Siapalah kita? Hanya seorang hamba yang lemah.Tatakala kita diundang bencana,hanya kepada Allah kita bergantung.Namun,apabila mengecap kebahagiaan,Dia kita lupakan.Sungguh angkuh sikap manusia.!

Allahukabar ! Semoga kita tidak akan tergolong daripada golongan orang-orang yang angkuh.Amin...

Friday, January 14, 2011

Bagai Keju Dan Coklat

"Bagai keju dan coklat"
Bukan sahaja menjadi tajuk bagi sebuah novel karya Rose Harissa malah,memberi 1001 inspirasi.

Keju dan coklat merupakan dua bahan yang amat berlainan.Tidak sesuai untuk digabungkan menjadi satu.Dari segi warnanya juga,ternyata jauh berbeza.Apatah lagi rasanya.

Begitulah hidup.Manusia diciptakan berlainan.Berlainan,bangsa,tempat tinggal,cara hidup,tutur kata,pemikiran dan sebagainya.
Tetapi adakah wajar perkara tersebut dijadikan penghalang untuk kita bersatu?Bersatu sebagai kawan,bersatu sebagai masyarakat,bersatu sebagai sebuah komuniti?

Semata-mata terdapat perbezaan warna kulit dan bahasa,kita sewenang-wenangnya meletakkan hukuman untuk meminggirkan mereka.Siapakah kita untuk melaksanakan perkara sedemikian?

Hanya kerana kita mempunyai sedikit perbezaan daripada mereka,mereka kita jauhi.Amat sukar bagi kita untuk menerima kewujudan mereka dalam komuniti.Bukankah kita hidup dalam sistem bermasyarakat? Jadi,bukankah juga tanggungjawab kita adalah untuk menghormati mereka?

Dalam memilih kawan,paras rupa bukan menjadi ukuran namun hati.Hati serta perasaan yang luhur,ikhlas,suci yang menjadi tumpuan. Namun,masyarakat kita sering menyalah tafsirkannya.Kita fikir,sekadar paras rupa yang sedap mata memandang,tiada perbezaan antara kita dengan mereka menjadi kunci utama dalam sesebuah perhubungan.

Janganlah berfikiran terlalu sempit,perbezaan bukannya penghalang untuk membina sebuah ikatan perhubungan,tidak kira ikatan perhubungan jenis persahabatan,jiran maupun kekeluargaan selagi tidak menyalahi hukum syarak.
Jadikanlah,perbezaan sebagai perhiasan untuk mencorak hidup kita menjadi sebuah jalan hidup yang indah.
Bagai keju dan coklat,siapa tahu jika digabungkan kedua-duanya mampu untuk mencipta satu rasa hebat.

Sama-samalah kita buka pekung minda seluas-luasnya dan melihat keindahan hidup yang kita boleh capai dengan hanya membuat satu perubahan iaitu perubahan pemikiran. ;)

Wednesday, January 12, 2011

Masa

Saat bertukar minit,hari bersilih ganti,tahun bertukar tahun....
Diam tak diam,semakin membesar kita.Jika kita toleh ke belakang,terasa begitu sayu sekali.Masa bergerak pantas tanpa menunggu kita.Hati tiba-tiba berasa begitu kesal dengan masa yang berlalu.
Mungkinkah saat-saat dulu akan diulang kembali? Saat tika kita masih kanak-kanak,tika kita memperoleh kebahagiaan....mungkinkah?

Alangkah indahnya jika dapat mengulang kembali waktu-waktu dulu.Hati meronta-ronta untuk mengubah sejarah,namun apakan daya.Kita tidak sedikit pun mampu untuk melaksanakan perkara sedemikian.

Sejarah lampau dijadikan panduan serta pengajaran untuk melonjakkan hidup ke paradigma yang lebih baik.Jika masa dapat dikembalikan,pastinya manusia tidak akan belajar daripada kesilapan.
Pastinya manusia juga tidak akan mempunyai rasa kesal dalam diri.
Sekilas pandang,bunyinya agak menarik.Tetapi jika renung-renungkan,terdapat 1001 akibat negatif yang akan berlaku sekiranya masa dapat diputarkan kembali.

Masa itu amat berharga.Berharga bak emas dan permata.Tetapi sayang,ramai insan dimuka bumi ini tidak pandai menghargai masa.Saat dan minit dipandang ringan,diperlekehkan...
Tidak lansung ada walaupun sekelumit perasaan menghargai yang di tanam di dalam kalbu.Begitulah masyarakat kita.....

Saya juga seorang insan biasa,tidak mampu untuk mengubah fenomena ini.Tapi,saya ingin tegaskan disini bahawa masa itu amat penting.Siapa tahu,mungkin masa kita di atas bumi ini semakin hampir kepada penghujungnya.Siapa tahu,bukan?
Oleh itu,ayuhlah kita berazam dalam diri untuk lebih menghargai masa dan menggunakan masa itu sebaik-baiknya. :D


Thursday, January 6, 2011

2011 !!!

Musim sekolah sudah kembali ! Berbukit kerja sekolah yang para guru kesayangan bagi. Agak risau dengan big exam hujung tahun ini.Tapi,lepas exam tu yang tak sabar2 .! Huhu...
Rindu terhadap kawan2 2010 bergunung dalam hati. Dapat berkenalan dengan guru2 dan kawan2 yang baru,adalah terbaik !

Ya Allah,aku harap keputusan peperiksaan aku dan teman2 cemerlang !
Azam : Tahan semua godaan baik internet,tv dan berbagai-bagai lagi untuk 1 tahun . Demi untuk peroleh keputusan yang superb,kena berkorban sikit bukan?Hoho

Peralihan sesi persekolah,memang tak best.Memenatkan,mengantuk....tapi takpa,untuk beberapa tahun saja lagi.Tahan....tahan....
Perlu tempuhi cabaran baik dari segi pelajaran,guru2....malah tugasan pengawas juga.Amat memerlukan masa untuk adapt. Tolong beri sedikit ruang ya !

Diharapkan,tahun ini...akan menjadi sebest tahun2 lepas.! Amin. Sama-sama kita layari dan terokai adventure hidup pada tahun ini.