Monday, October 4, 2010

TABARRUJ

TABARUJ..
apakah erti tabaruj tu?oke...mari kita bersama-sama menyingkap definisi Tabaruj itu
Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.
Daripada ayat itu,kita dapat mengagak maksud tabaruj itu sendiri.Bagi siapa yang masih tidak mendapat erti kata tabaruj itu,ini adalah maksudnya; TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.
Pasti,para rakan sudah dapat mengetahui apa yang akan dibicarakan oleh saya dalam post ini.Jika ya,bagus.Saya ingin mengfokuskan kepada dosa-dosa yang dilakukakan di dalam faceb,terutamanya kepada kaum hawa.Jika kita lihat,hampir setiap orang yang kita kenal yang mempunyai faceb(of course) akan menukar gambar2 mereka setiap almost every month.Bagi saya,itu bukanlah menjadi satu kesalahan tetapi apa yang salahnya ialah gambar2 mereka itu memperlihatkan aib atau aurat2 mereka.Walaupun,mereka berpakaian sopan,memakai tudung..tetapi itu tidak menghalang daripada mendedahkan aurat mereka.

Saya ambil satu contoh yang mudah;apabila mereka tangkap gambar..pelbagai reaksi muka atau cara posing ditonjolkan.Sebenarnya,tindakan mereka itu dapat menaikkan nafsu lelaki atau kata yang mudah..mengghairahkan lelaki.Cuba bayangkan..sekiranya seorang lelaki tengok gambar itu...kita mendapat 1 dosa...bagaimana jika 100 orang yang tengok...bukan setakat tengok...menatap lagi gambar tersebut.Subhanallah...

Berposing berlebih-lebihan saja sudah mendapat dosa..inikan pula jika lansung tidak menuntup aurat...menunjuk-nunjuk rambut yang pelbagai fesyen,berpakaian tidak cukup kain...bermekap 3 inci...
Allah s.w.t telah berfirman dalamsurah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Suara.Saya ingin menyentuh mengenai suara.Ya Para Muslimah di luar sana,ketahuilah bahawa perempuan dilarang melunak-lunakkan suara mereka.Suara itu aurat.Bukan sahaja melunak-lunakkan malah melalak2,menjerit2 juga ditegah.

“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)

Oleh itu,berubahlah rakan-rakan ku..berubahlah menjadi seorang Muslimah yang dapat memartabatkan taraf perempuan.Berubahlah menjadi seorang insan yang taat pada perintah Allah.Kerana sesungguhnya Allah itu mengetahui.Setiap larangannya mempunyai sebab yang tersendiri.

p/s:Tujuan saya menulis post ini bukanlah atas niat ingin menunjul-nunjuk atau ingin menunjuk baik tetapi saya berniat sekadar untuk memberi kesedaran dan pengetahuan.Marilah sama-sama kita menuju ke jalan Allah.

No comments:

Post a Comment